Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila)banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapatihasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibubersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untukmemulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiatmengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angindari dalam tubuh.
Gerakan Senaman Kacip Fatimah
Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagaipetua tradisional Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepadapetua-petua tradisional India dan Cina untuk membuat perbandingan:
1. Halus Pandangan
Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata inimengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokusmata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baringterlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olahanda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudianpusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yangsama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
2. Angin Tunggal
Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut,mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas.Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda danbawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalamkeadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakankedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
3. Angin Kembar
Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.
Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara.Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dadasambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedualutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisiini selama 7 saat.
Saya kira cukuplah dahulu saya mencatat. Kita jumpa di lain kali dengan berbagai gerakan lagi. InsyaAllah.
sumber : megasutra
'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan