Jumaat, 27 November 2015

Uncang Air Dan set Baby

Salam Jumaat semua....
Hari ni saja nak share uncang air yang sy buat semalaman sbb nak pakai masa gathering hari tu di KL sentral.... suami pun terkejut coz cepat siap, selalu seharian baru leh siap... hehehehe semangat nak bawa hasil kerja sendiri..... jeles tau tgk kawan2 semua ada hasil sendiri yang dipakai... sy sblm ni just buat untuk pelanggan je....

Ok yang ni set baby untuk adik kembar saya Siti Darna Binti Zainol dari kedah, dia tempah untuk anak sulung dia Abdul Yassir.... Tq dik tempah ngan akak!

Ok kalau ada yang berminat boleh terus wassap saya

Selasa, 24 November 2015

Gathering with geng Mok Cun Nisa Kamal LY

Assalamualaikum....
Apa khabar semua? lama ku biarkan umah ni bersawang...
ok hari ni nak imbas kembali 2 mini gathering with geng kain with mok cun Nisa Kamal LY...
Kami berkumpul di depan KFC KL Sentral dan lepak santai sambil mengait di hadaan kedai buku bersebelahan gate B, pada perjumpaan pertama kami belajar knitting (kait 2 jarum) sessi ni kami lebih kepada bersuai kenal..... ok yg kedua plak kami belajar ngayam ketupat bermahkota dari Pak Tam PD (Shukur Ismail) pak tam ni org nya hebat tau kalau jari jemari Salleh eh silap bukan salleh tapi kaum hawa....

ok jom kita tengok gambar2 sepanjang 2 perjumpaan ni, sebenarnya ada satu lagi perjumpaan yang saya x join masa depavali baru2 ni coz jauh ke jeram k selangor...





 Ok 3 gambar kat atas ni masa perjumpaan kali pertama di KL sentral, haa bunga pakma tu kalau ada yang berminat boleh la pm Puan Fredolina,






Yang ni yg kali ke 2, seronok kan, santai2 je kami atas lantai tu, mmg best....
tengok la hasil kerja depa, cantik bangat...

jom la sesapa yang nak bljr mengait... seronok tau disamping tu boleh tambah pendapan.... ok lah saya x tau nak citer apa, cuma maybe kami akan berehat untuk apa2 gathering buat masa ni coz nak beri tumpuan kepada keluarga, mcm saya dan kak Nisa Kamal Ly anak nak sunat, ada yang anak nak nikah dan mcm2 la termasuk persediaan anak nak sekolah.

ok sampai jumpa lagi
daaaa

Jumaat, 6 November 2015

Sarung Kotak Tisu







Sarung kotak tisu 
RM25

SET BABY (TOPI, MITTEN & BOOTIES)







Set Baby (topi,mitten&booties)

RM50

Koleksi Kopiah Kait

 Assalamualaikum...
lama betul x update blog ni, ok kali ni saya nak share hasil mengait yang dah berjaya saya hasilkan untuk anak dan juga pelanggan saya yang disayangi,.... Dan untuk pengtahuan sahabat2 saya mengambil tempahan untuk kopiah, cover tisu, uncang botol air, keronsang dan apa je lah jika saya mampu....

ok jom tengok koleksi kopiah yang dah siap saya buat...









Sekiranya anda berminat boleh la wassap saya di 0129076237

jumpa lagi

Sabtu, 5 September 2015

KETAYAP KASIH IBU ARIF

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381174108659284&set=a.297347210375308.63110.100003000931269&type=1&theater
Assalamualaikum...
hai semua sahabat2 ... kali ni saja nak tayang kuih ketayap yang Darna buat untuk minum petang suami dan anak cucu darna patang tadi, Alhamdulillah sekejap je siap kuih untuk depa..... dah lama nak buat tapi baru petang tadi dapat buat...

Sebelum ni Darna buat ketayap inti coklat masa tu Arif makan x memilih janji perasa coklat, sekarang x mau dah dia...... {KLIK GAMBAR UNTUK RESEPI}

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381174108659284&set=a.297347210375308.63110.100003000931269&type=1&theater

Alhamdulillah habis depa makan...
puas hati dapat buat minum petang yang x seberapa ni untuk depa...

ok kali ni entry pendek je x larat nak sembang panjang....

Khamis, 27 Ogos 2015

HOMEMADE JAMU WANITA: CANTIK DARI DALAM


Assalamualaikum...

Ok kawan-kawan wanita sblm ni pernah minum jamu x? mcm darna sendiri mmg tak lalu nak minum jamu yang agak pahit dan berbau busuk, tapi kali ni darna dah jumpa jamu yang wangi, sedap dan tak pahit, paling best bagus untuk kesihatan tubuh badan juga keintiman wanita terutama wanita yang sudah mendirikan rumahtangga...


jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat jamu ni....


  1. Manjakani

  2. Halia - Dihiris

  3. Ibu kunyit - Dihiris

  4. Asam jawa

  5. Gula Merah

# Rebus semua bahan diatas dengan 2 gelas air sehingga menjadi 1 gelas, apabila suam boleh la diminum seminggu sekali pagi sebelum sarapan sebaiknya waktu subuh....


Dan ini saya sharekan secara lebih kurang kelebihan2 bahan2 diatas untuk kesihatan tubuh badan kita....


ASAM JAWA

Khasiat asam jawa ia dapat mengurangkan kesakitan ketika haid dan merawat masalah keputihan. Air asam dan gula jawa dengan tambahan parutan kunyit tua, boleh mengatasi keputihan yang terjadi pada wanita. Minum secara rutin 2 hari sekali dan kurangkan makanan atau minuman manis serta aktiviti berlebihan. Antara khasiat air asam jawa untuk:-

  • Perut Bawah Tidak Selesa - Ada kalanya selepas haid atau sebelumnya, tubuh dalam keadaan keletihan dan bertindak balas pada kawasan tubuh lain seperti perut bawah, payudara, punggung atau pinggul. Minum sari kunyit dengan sedikit halia boleh meredakan rasa sakit tersebut.

  • Kesihatan Umum - Kunyit pada dasarnya mengandungi anti-oksida yang bagus bagi tubuh. Bila mau, tambah kunyit dalam minuman anda. Seperti wedang tradisional, jus atau dalam makanan. Cara ini boleh membantu membersihkan tubuh anda.


HALIA

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

GULA MERAH

 

Khasiatnya:-

 

  • Meredakan sakit perut - Sakit perut memang bisa terjadi kapan dan pada siapa saja, itu dipengaruhi oleh berbagai faktor salah satunya dari makanan. Tapi anda sekarang gak usah khawatir, karena ternyata gula merah juga dapat mempercepat meredakan rasa sakit tersebut. Caranya yaitu ambil satu gelas air hangat kemudian letakan gula merah secukupnya kedalam air tersebut, kemudian minum.

  • Menambah energi - Gula merah didalamnya mengandung banyak karbohidrat, zat tersebut berfungsi untuk memberi asupan energi pada tubuh. Emut lah gula merah tersebut ketika anda merasa lemas ataupun lesu, karena glukosa yang terkandung didalamnya cukup mudah untuk dicerna.


SEMALU


Khasiat dari pohon semalu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian antaranya:

  • Untuk kegunaan wanita bagi membantu mengecut, menguat dan membersihkan alat sulit kaum wanita terutama selebas bersalin ataupun haid.

Bagi tujuan ini beberapa batang pokok semalu digunakan bersama akarnya sekali (pastinya pokok yang tidak terlalu besar) dan dibersihkan. Kemudian ianya direbus di dalam periuk bersama dengan Semua bahan yang diatas.

  • Pokok semalu juga amat sesuai untuk merawat masalah kegatalan akibat 'makan air' atau Athlete's foot - keadaan di mana kaki merasa gatal dan berair.

  • Pokok semalu juga dikatakan dapat membantu merawat masalah batu karang.

Menurut dua orang pengkaji tempatan iaitu Mostafa Ali dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Zakaria M.A. dari Jabatan Kimia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Mengabang Telipot, Terengganu - mereka mendapati ekstrak pokok semlau mengandungi dua bahan kimia utama yang mampu bertindak sebagai bahan perencat dan pemecah batu karang terutama kandungan kalsium oksalatnya. Ini kerana batu karang dalam pundi kencing manusia terdiri daripada 70 peratus garam organik tidak mudah larut, kebanyakannya kalsium oksalat.

 

Jadi jika anda ingin tubuh segar dan berbau wangi boleh cuba buat jamu yang sangat mudah ini... Darna nak amalkan mana tahu lekat anak ke dua pula lepas ni, kesian Arif dah 7 tahun masih x de adik.. kawan2 doakn ye... 

 

Cukuplah setakat ni je dulu In sha ALLAH kita jumpa lagi...



Rabu, 26 Ogos 2015

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN.

 

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN. 

 

Wanita bersalin anak mempunyai darah nifas. Manakala wanita keguguran bergantung kepada keadaan dan jangka hayat janin tersebut untuk menentukan hukum solatnya. Terdapat 2 hukum solat untuk keguguran yang berlainan:- 

 

1. Pada keadaan janin ada yang sudah sempurna sudah kelihatan anggota badan tertentu seperti kepala, tangan dan lain-lain. Atau telah berumur 81 hari iaitu kurang dari 3 bulan. Menurut para ulama, janin itu sudah disebut makhluk apabila telah berumur 81 hari. Maka darah yang keluar adalah darah nifas. Wanita tersebut tidak boleh bersolat, berpuasa dan tidak halal bagi suaminya sehingga wanita itu sudah bersih maka wajib mandi hadas. 

 

Apabila lebih dari 40 hari masih saja ada darah yang keluar bererti ia adalah darah istihadhah yang tidak menghalangi solat, puasa dan menggauli suaminya. Wanita tersebut harus berwuduk setiap kali hendak solat seperti wanita yang sedang istihadhah. Apabila keluar darahnya bersambung dengan darah haid. Hukumnya berubah menjadi darah haid. Haram untuk solat, puasa dan menggauli suami. 

 

2. Pada keadaan janin itu belum diketahui bentuknya dengan jelas misalnya masih berupa daging atau darah. Atau janin tersebut belum berumur 81 hari. Maka hukum solatnya sama dengan wanita istihadhah, bukan haid dan bukan pula nifas. Dia harus tetap harus melaksanakan solat, puasa dan halal buat suaminya. Setiap kali solat harus memakai tuala wanita untuk kebersihan dan kepastian tiada darah yang keluar mengalir semasa solat.

 

 Wanita keguguran jangan ambil mudah dari hukum solat dan juga penjagaan kesihatan dalaman. Ramai wanita keguguran keliru samada mereka harus bersolat atau tidak dalam keadaan keguguran.

MENARIK!!!! PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA....

Assalamualaikum, Ok hari ni Darna nak share tentang PENYEMBUHAN BADAN MELALUI asmaul husna, sangat menarik kan, dengan nama-nama ALLAH kita boleh menyembuhkan penyakit yang kita hidapi, Jom kita lihat apa yang sangat menarik tu?

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.
Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razaqq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)



,* semoga bermanfaat buat kita semua.. aamiiin..
Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj

Amin ,,,,

Selasa, 25 Ogos 2015

Tips Kecantikan Murah Lagi Menjimatkan!!!

Assalamualaikum sahabat sekelian....
Lamanya tak bersiaran kan kan? ok pagi ni Darna nak share tip kecantikan yang murah lagi menjimatkan, semuanya ada didapur anda in sha ALLAH... Semuanya gara2 sahabat Darna share tips nak cantik murah ni la.... katanya kalau ada kopi yang dah masuk angin atau keras tu jangan buang, ambil dan campur dalam air kemudian oleskan pada tubuh atau badan so Darna pun cuba la, masa taip entry ni tengah pakai masker kopi ni....

 

Ok jom kita lihat lagi info kecantikan dengan kopi ni.......

 

Manfaat kopi secara umum untuk wajah dan tubuh.Kopi yang diserap oleh tubuh baik melalui pengambilan sebagai minuman maupun sebagai topeng untuk wajah akan memberikan manfaat yang sangat baik bagi kulit dan tubuh. Kopi mempunyai kandungan dari zat antioksidan iaitu polifenol dan juga flavonoid. Kopi yang murni mempunyai kandungan zat yang dapat mencegah adanya radikal bebas yang berpotensi untuk menyebabkan timbulnya penuaan awal di kulit terutama di kulit wajah. Sehingga dengan mengambil kopi, anda boleh menjaga kulit anda agar tetap awet muda.  

 

Selain itu, pengambilan kopi juga boleh mengurangkan risiko daripada kanser kulit. Hal ini dibuktikan daripada kajian yang telah dilakukan oleh Brigham and Women 's Hospital yang mencari bahawa orang yang mengambil kopi dalam jumlah paling tidak 3 cawan setiap hari mempunyai risiko kanser kulit yang lebih rendah kurang lebih 20% untuk wanita dan 9% untuk lelaki. Kopi juga dapat membantu untuk mengeluarkan zat zat racun dari dalam tubuh. Manusia tentunya tidak akan dapat lepas dari zat racun yang masuk ke tubuh baik kerana makanan, minuman, atau pencemaran alam sekitar di sekitar anda.

Isnin, 24 Ogos 2015

KENAPA TUBUH KITA PERLU DIDETOK?


Proses Mengeluarkan toksin (racun) yang masuk dari luar tubuh mahupun yang dihasilkan  secara spontan di dalam tubuh dari semua organ seperti
 
  • sistem jantung 
  • darah dan mekanisme perkembangannya
  •  pembuluh darah dan sistem peredaran darah
  •  hati dan sistem pembersihan hati ipid (lemak) 
  • usus dan sistem saluran pencernaan
  •  ginjal dan sistem saluran pengeluaran kencing 
  • paru-paru dan sistem pernafasan 
  • limpa dan sistem limpatik
  •  pankreas dan sistem pengawalan gula di dalam tubuh 
  • sistem saraf
semua bertujuan untuk menghasilkan kesihatan yang optimum


Apa itu toksin?

  • Toksin adalah segala bentuk zat yang memiliki efek destruktif bagi fungsi dan struktur sel tubuh. 
  • Toksin bersifat fatal atau bersifat lebih ringan. 
  • Toksin terdiri daripada toksin larut air dan larut lemak. 
  • Toksin yang lebih berbahaya adalah yang sifatnya larut dalam lemak kerana bersifat akumulatif, dan menyebabkan  kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada metabolisme tubuh.

Dari mana datangnya toksin?

RACUN EKSTERNAL 
  1. Persekitaran : udara    
  2. Makanan    : Makanan segera, pestiside, pengawet, pewarna, perasa makanan, borax dan formalin. 
  3. Gaya Hidup : Rokok dan Alkohol

RACUN INTERNAL
  1. Bakteria berbahaya di usus, 
  2. Fikiran dan emosi negatif
  3.  Stress 
  4. Radikal bebas 
  5. Ureum dan Amonia
  6.  Asam urat( MASALAH SENDI)  



ORGAN APAKAH  YANG PERLU DI DETOX?

  1. USUS - SISTEM SALURAN PENCERNAAN 
  2. JANTUNG dan SISTEM PEREDARAN PEMBULUH DARAH
  3.  HATI - SISTEM PEMBERSIHAN RACUN DAN LEMAK 
  4. PANKREAS - SISTEM KAWALAN GULA DARAH 
  5. PARU-PARU dan SISTEM PERNAFASAN 
  6. GINJAL - SISTEM PEMBERSIHAN - SALURAN KENCING 
  7. KULIT - SISTEM PENGAWALATUR SUHU TUBUH 
  8. MATA - SISTEM PENGLIHATAN 
  9. TELINGA - SISTEM PENDENGARAN 
  10. TULANG dan OTOT
 


Siapa yang perlu detox? mereka yang:

  • Kegemukan (abdominal obesity) 
  • Penderita diabetes dan darah tinggi yang mengambil ubat kimia dalam jangka panjang
  •  Merasa diri sakit meskipun pemeriksaan kesihatan menunjukkan hasil yang normal
  •  Perokok dan peminum alkohol 
  • Kurang bersenam
  •  Kurang memakan sayuran 
  • Mengalami pembengkakan (edematous) 
  • Sering memakan daging dan makanan segera 
  • Penderita alergi 
  • Sering mengalami selesema atau sakit 
  • Sering kencing 
  • Mengambil ubat kimia jangka panjang 
  • Pasangan yang menginginkan anak 
  • Merasakan tubuh berat, lelah dan mengantuk 
  • Tenaga yang kurang dan cepat lelah 
  • Kurang konsentrasi dan daya ingatan menurun 
  • Emosi yang tidak stabil dan merasa cemas 
  • Wanita yang merasa menopaus 
  • Penyembuhan luka yang lambat 
  • Mengalami pendarahan di hidung, gusi dan dubur
  •  Sering mengalami radang di mata, tangan dan kaki 
  • Sering kebas di tangan dan kaki ( Kadar kolesterol tinggi ) 
  • Rasa tidak selesadi perut dan mengalami cirit birit 
  • Perut terasa sebu
  •  Menurunnya daya seksual 
Apa yang boleh anda lakukan untuk detox?
 



1. makan lebih banyak serat, seperti beras merah,buahan dan sayur segar
2.bersihkan dan lindungi hati dengan pengambilan herba seperti the hijau
3. Ambil vitamin C, untuk membantu menghasilkan gluthathione, komponen hati yang menyah toksin
4. Minum air yang banyak (7 gelas sehari)

5. Tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen dapat sampai ke seluruh badan 
6. Tukar emosi stress anda dengan emosi yang lebih positif
7. Praktis hidro terapi: mandi dengan menggunakan air panas selama 5 minit kemudian air sejuk 30 saat. Lakukan sebanyak 3 kali dan tidur selama 30 minits.
8. rawatan sauna
9. senaman.(palimg penting!) What is the most important way to detoxify? "Exercise," says Bennett. "Yoga or jump-roping are good. One hour every day."
10)Kalau nak senang, anda boleh amik je produk detox dari shaklee ni..
 
i) herb lax
 
      #membersihkan najis yang tersekat
      #merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
      #mengempiskan perut
      # membantu masalah sembelit

ii) DTX complex
      # menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati dan membantu mengekalkan aliran hempedu

iii) Alfalfa
      #Raja segala tumbuhan. mencuci hati, darah dan usus.membaiki masalah saluran penghadaman, menghilangkan toksik dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.


JIKA ANDA NAK DAPATKAN SUPPLEMENT DETOX ANDA BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI WHATSAPP 0129076237 PUAN DARNA SANOESI

Khamis, 20 Ogos 2015

Nasihat-nasihat berharga untuk para isteri dan para ibu


1)      Taat pada suami

 

Antara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya.” [Riwayat Thabrani]

 

Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga.

 

Rasulullah saw bersabda:

 

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.”

 

Dalam hadis yang lain pula diterangkan:

 

“Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan  suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke  dalam syurga.”

 

Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

Jumaat, 14 Ogos 2015

RESEPI ayam KFC

Assalamualaikum....

hari ni nak share RESEPI ayam ala2 KFC, tak perlu lagi nak g KFC beli, dijamin anak2 pun pasti suka...
ok jom kita tengok bahan2 dan cara2 untuk buat ayam kfc ni..

1 kg tepung beras
1 paket tepung jagung
1 bungkus perencah hilal
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 Paket rempah kari daging
serbuk cili ikut citarasa

# Gaul dan simpan, guna bila diperlukan

Bila nak perap, gaul ayam dgn garamn kunyit dulu, lg sedap guna kunyit hidup, + halia, bwg putih, bwg merah, kmudian pecahkan sebiji telur kedalam ayam, gaul rata.

Kemudian salut ayam seketul demi seketul hingga habis n perap 20 minit, nak sedap perap 1 mlm dlm peti.

Selamat mencuba
posted from Bloggeroid

Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan?

 Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan? Alternatif Kepada Clomid?

Isoflavon adalah unsur yang terkandung dalam soya. Namun, seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, cara pemprosesan sesetengah protein soya yang menggunakan alkohol, menghilangkan isoflavon yang bermanfaat. Berlainan dengan ESP Shaklee, ianya dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

 

Soya isoflavon boleh berfungsi sama seperti ubat clomiphene kesuburan (Clomid dan Serophene). Kedua-dua bertindak ke atas laluan estrogen dalam badan dan boleh digunakan untuk memanipulasi kitaran haid. Jika kitaran haid anda tidak teratur atau tiada sama sekali, ianya boleh membantu memulakan ovulasi. Jika masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain, ianya tidak akan membantu anda.

 

Secara teori, begini bagaimana ia akan berfungsi. Soya isoflavon menyekat reseptor estrogen dalam otak anda dan menipu badan supaya berfikir bahawa tahap estrogen semula jadi adalah rendah. Sebagai tindak balas, badan akan mula aktiviti untuk meningkatkan pengeluaran estrogen. Sebagai sebahagian daripada proses ini, sekumpulan telur akan matang supaya salah satu akan bersedia untuk dilepaskan semasa ovulasi. Selepas lima hari, anda berhenti mengambil isoflavon. Apabila kesan sekatan reseptor berkurangan, badan anda berkata, “Oh, kami mempunyai banyak estrogen sekarang – masa untuk berovulasi” dan kemudian mengeluarkan hormon yang mencetuskan ovulasi. ^_^

 

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid, mengurangkan FSH dan mengurangkan LH. Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Soya

 

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

 

Fakta ini dikuatkan lagi melalui kajian di American Journal of Clinical Nutrition yang menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Berikut adalah cara bagaimana sesetengah wanita menggunakan soya isoflavon untuk mendorong ovulasi.
Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa suplemen baru atau sekiranya terdapat perubahan kepada diet anda. Sila ambil perhatian, maklumat ini bukan nasihat perubatan, yang sepatutnya diperolehi terus daripada pengamal penjagaan kesihatan profesional yang berkelayakan.

 

Ahad, 5 April 2015

Toksin Dalam Badan



TOKSIN DALAM BADAN

Pembentukan Toksin

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenaga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Kemudaratan Toksin

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.
2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.
3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksin yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.
4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksin dan berasid.
5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.
7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.
8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksin

Proses pembuangan toksin sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksin dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

1. Berasid
2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. Protein tinggi

Mcmn nak detox tubuh kita? Salah satu cara semula jadi ialah minum air secukupnya... Dan anda digalakkan mengambil supplement detok utk kesihatan berpanjangan...

Disini ibu cadangkan, herba lax, DTX @ alfalfa complex, blh pilih salah satu ataupun jika bajet lebih digalakkan amal keduanya....

Info lebih lanjut

Darna
018-394 8582

posted from Bloggeroid

Selasa, 31 Mac 2015

Urat timbul @ Simpul




Urat Membiru

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.


Sering Dialami Wanita

Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.


Kesan Urat Simpul

Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...