Jumaat, 31 Julai 2009

wasiat untuk isteri tersayang


Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.
Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut
apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang
sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10%
setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.
Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang
juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya
dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.
Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah
lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.
Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kitasebagai umat Islam.

She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahua'lam

Khamis, 30 Julai 2009

Hospital lagi..*demam n batuk*

Hampir 2 minggu aku menghuni wad kanak-kanak di institiut pediatrik KL.Sebulan 3x anak aku masuk wad, Dalam pada itu bermacam2 keadaan pesakit yang aku dapat lihat, diantaranya penyakit sawan tarik, asma dan jantung yang lain lebih kepada demam dan jangkitan kuman paru2.

Kali ni anakku arif masuk ke wad ni kerana demam dan batuk yang teruk, 3 malam arif tak boleh tido d sbb kan batuk, kalau tido pun mesti terjaga kerana tersedak kan kahak yang banyak... hari pertama di wad arif di tempatkan di bilik no7 (bilik pemerhatian). Dalam bilik tu cuma 4 pesakit aku tengok semuanya dalam keadaan yang teruk juga lah.. hati aku tersentuh ketika melihat kakak di hadapan ku.. aku sedikit pelik kerana melihat dia menjaga 2 org sekali anak dlm bilik tu, bila aku tanya rupanya anak dia yang kecil tu tidak sakit apa2, tp kerana masih menyusu badan dan tak ada org nak menjaganya jd terpaksalah di bawa bersama menemani abangnya. Kesian anak kecil itu ia terdedah kepada bermacam penyakit kerana menemani abangnya yang sakit sawan dari kecil lagi.

Aku bersyukur krn arif tidak seteruk anaknya, tetapi hati aku tetap runsing memikirkan arif yang masih tidak di ketahui keputusan darahnya.. kali ni doktor takut2 kena denggi.. pening aku tengok keadaan arif yang berwayar di badan dan memakai oksigen.
tapi bila kenang balik kelakar pun ade jugak.. petang hari pertama aku di wad suami ku ketika itu outstation ke kedah, jadi dia minta anak tiri ku Norazam datang menjengok adiknya.. ketika Azam dukong Arif aku tengok carta oksigen Arif di monitor satu line saja.. aku pandang muka arif ok je tp knp monitor tunjuk tak ada oksigen.. kelam kabut jugak la aku, bila aku cek rupanya alat yang di pasang di kaki arif tercabut n rosak kerana arif tendang.. malam tu saja arif rosakkan 2 bnda tu.. aku bgth nurse tak payah lah pakai bnda ni dah 2 arif rosakkan...

Seminggu lebih duduk wad arif di benarkan pulang dengan di bekalkan pam untuk asma,
so skrg aku kn pam arif hari2 lah.. kadang2 arif seronok kadang2 menangis x selesa....

Sbnrnya banyak lagi yang nak d cerita tapi masa tak mengizinkan....


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...