Khamis, 30 Oktober 2014

Bronkitis kronik

Bronkitis kronik ditakrifkan sebagai pengeluaran batuk dan kahak pada hampir setiap hari untuk sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut, sekurang-kurangnya selama 2 tahun berturut-turut. Penyakit ini adalah sebahagian daripada penyakit paru-paru obstruktif kronik, biasanya dikenali sebagai COPD. COPD ditakrifkan sebagai penyakit paru-paru yang dicirikan oleh had aliran udara yang tidak boleh balik sepenuhnya. Keterbatasan aliran udara ini biasanya disebabkan oleh tindak balas keradangan yang tidak normal dari paru-paru kepada zarah berbahaya atau gas walaupun ia boleh dicegah dan dirawat. Ia juga dikaitkan dengan komplikasi lain seperti gizi terjejas, penurunan berat badan dan disfungsi otot rangka.

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada orang yang mengambil jalan keluar dengan merokok tembakau. Pencemaran alam sekitar juga menimbulkan risiko bagi keadaan ini. Pada tahun 2005, COPD menyumbang kepada lebih dari 3 juta kematian, dan jika ia terus dengan langkah ini, ia mungkin menjadi punca yang paling penting ketiga kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Kesan ini secara khusus akan menjadi kuat di negara-negara Asia dan Afrika karena kepada penggunaan tembakau yang berlebihan.

PERCAYA SEBELUM BERJAYA



[Percaya Sebelum Berjaya]

Kenapa saya suka sangat dengan pepatah ni? Sebab saya nak BERJAYA jadi saya mesti PERCAYA. Bagaimana?

BEGINI, petang semalam waktu nak ke HKL saya tunggu teksi, mmg x ada la teksi lalu diwaktu puncak mcm ni, semua org pakat sibuk nak balik dr kerja, kalau ada pun teksi yang lalu semua ada penumpang.

Teringat pepatah diatas, jadi saya cakap sorg2 tepi jalan yang saya percaya teksi tu akan ambil saya, cakap berulang kali di selangi doa " Ya Allah permudahkanlah urusanku" bila teksi lalu berpenumpang sy ulang doa diatas berulang kali sambil mata melilau dan minda berkata "saya percaya ada orang berhenti tumpangkan saya" tiba2 kawan sepejabat lalu dan berhenti tumpangkan saya.

Alhamdulillah urusan dipermudahkan Allah walau agak lambat sedikit, kerana apa? Kerana saya Percaya Sebelum Berjaya, berjaya sampai ke hala tuju yg saya ingin sampai.

Paling penting positive sokmo

Shaklee effect - LUA

posted from Bloggeroid

Selasa, 28 Oktober 2014

Doa dan petua untuk betulkan kedudukan bayi songsang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa habaq semua? Hehehehe... Ok hari ni ibu just nak share doa dan petua untuk betulkan kedududkan bayi songsang. Ok kat bawah ni doa yang boleh di amalkan sebagai usaha kita, apa pun kita WAJIB kembali kepada Allah.



Selain doa kita boleh juga amalkan benerapa petua orang lama antaranya sujud lama-lama in sha Allah baby akan berubah kedudukan dan anda boleh juga mengamalkan doa Nabi Yunus as seperti dibawah.



Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan urusan anda...

posted from Bloggeroid

Isnin, 27 Oktober 2014

Halal Test - Kit Untuk Mengesan Unsur Babi





PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.


Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. –Utusan

posted from Bloggeroid

Sabtu, 25 Oktober 2014

Cadangan Supplement Shaklee untuk Mencegah dan Menghilangkan Sunburn

ALHAMDULILLAH MASIH LAGI DAPAT KITA BERSUA DALAM N3 KALI NI, KALI NI IBU NAK CERITA MENGENAI SUPPLEMENT UNTUK SUNBURN, ATAU LEBIH MUDAH FAHAM MUKA HANGUS KERANA MATAHARI. MACAM IBU SENDIRI KALAU WORKOUT MESTI KULIT WAJAH NI HANGUS TERBAKAR, SEKEJAP JE MESTI HANGUS WALAUPUN TAK DUK BAWAH PANCARAN MATAHARI, TAPI DEK KERANA BAHANG MATAHARI TU KUAT SO MUKA IBU PUN TURUT TERKENA....

SELAMAT TAHUN BARU

ASSALAMUALAIKUM...

DIKESEMPATAN INI IBU NAK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG IBU NI, JADI SEMPENA TAHUN BARU NI JOM KITA BINA AZAM BARU, JOM KITA BERHIJRAH BERSAMA-SAMA.


HIJRAH YANG DIMAKSUDKAN BUKAN LAH HIJRAH BERPINDAH RUMAH ATAU TEMPAT TINGGAL, TETAPI HIJRAH DARI SATU PERKARA YANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK. HIJRAH DIRI KITA. SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU PERLUKAN PERUBAHAN.


OK AKHIR SEKALI SEKALI LAGI IBU NAK UCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.


LOVE U ALL

Khamis, 23 Oktober 2014

Rahsia kurma



Sekadar perkongsian ilmu.


1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?


2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

Rabu, 22 Oktober 2014

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

APA ITU REBOFLAVIN?


Seperti yang kita tahu salah satu kandungan yang terkadung didalam b complex shaklee adalah REBOFLAVIN, apa itu reboflavin? so hari ni ibu nak share apa itu reboflavin yang ibu ambil dari wikipedia...


Riboflavin (Vitamin B2) adalah sebahagian daripada kumpulan vitamin B. Ia adalah komponen utama dalam FAD kofaktor dan FMN dan oleh itu diperlukan untuk pelbagai Flavoprotein reaksi enzim termasuk pengaktifan vitamin lain. Ia sebelum ini dikenali sebagai vitamin G. [2]

Riboflavin adalah bahan pepejal kuning-oren dengan kelarutan yang rendah dalam air. Ia paling dikenali secara visual kerana ia menyampaikan warna untuk vitamin tambahan dan warna kuning kepada air kencing orang yang mengambilnya.

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

* Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

IBU ARIF NAK MENANG CONTEST

ASSALAMUALAIKUM, HARI INI IBU MOHON JASA BAIK SAHABAT SEMUA UNTUK LIKE GAMBAR DI FACEBOOK IBU  KERANA IBU PERLU MENDAPATKAN LIKE YANG BANYAK UNTUK MEMENANGI HADIAH CONTEST. CONTEST NI TAMAT JAM 5 PETANG HARI INI YA, MOHON SANGAT JASA BAIK KALIAN.


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=605797009530325&set=a.180915468685150.34457.100003000931269&type=1&theater&notif_t=like




TAK PERLU LIKE PAGE MANA-MANA PUN JUST LIKE GAMBAR NI SAHAJA, HARAP SAHABAT SEMUA SUDI LAH BANTU IBU

SEGALA JASA BAIK KALIAN AMATLAH DIHARGAI DAN SAYA UCAPAKAN RIBUAN TERIMA KASIH.


SAYANG ANDA SOKMO

Selasa, 21 Oktober 2014

KEJAYAAN MENURUT KITAB SUCI AL QURAN

 


ALHAMDULILLAH SUMMALHAMDULILLAH....

SEMUA MANUSIA DIMUKA BUMI INI INGINKAN KEJAYAAN...

DIDALAM SERUAN AZAN JUGA DISERU DENGAN SERUAN "MARILAH MENUJU KEJAYAAN"  JADI APAKAH SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI INSAN YANG BERJAYA? DIDALAM ALQURAN SENDIRI TELAH ALLAH SWT MENYEBUT BEBERAPA CIRI ORANG-ORANG YANG BERJAYA, JADI KITA SELAKU UMMAT ISLAM SEHARUSNYA (WAJIB) MENJADIKAN ALQURAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK MENJADI INSAN YANG BERJAYA. JOM KITA LIHAT APA MAKSUD KEJAYAAN MENURUT KITAB SUCI AL QURAN?

Isnin, 20 Oktober 2014

Laporan Kemalangan Maut di Zon Timur 1 (KL-Lanchang)

Laporan Kemalangan Maut di
Zon Timur 1 (KL-Lanchang)
Tarikh : 19/10/2014 (Ahad)
Jam : L/kurang 1124 hrs.
Lokasi : KM 26.5(B).
Daerah : Gombak
Ringkasan Kejadian
-----------------
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis & no. pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta - Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi & P.Alza.
Keterangan :
- 2 buah Superbike telah behenti di lrg tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang & 2 org lagi penunggang tercampak & cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry & Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar. Manakala P.Exora, P.Alza & P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.
Unit bantuan : ANIH Ronda, peg dan ang Trafik Ipd Gombak,Bomba dan Penyelamat Daerah Gombak, pihak Hospital Selayang.
Butir -butir Mangsa (Si Mati)
-----------------
1) Penunggang M/sikal (Rentung) :
Nama: Zali bin Khalid(Maklumat penuh belum diperolehi)
2) Penunggang M/sikal (Mati)
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 Thn)
No KP:670629-02-5399
Alamat:Kg Napoh Mk Hosba
Kbg Pasu Kedah
06000 Jitra.
2 lagi Penunggang M/sikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Peg Penyiasat : Insp Zuriati bin Dollah, Trafik Ipd Gombak.
Cuaca baik dan Lalulintas Lancar.

Sehari Bersama ateh - Tuan Zuhairi nopiah - 19/10/14

Alhamdulillah syukur tak terhingga, semalam seharian dapat ibu hadirkan diri ke kelas Sehari Bersama ateh - Tuan Zuhairi nopiah, Kelas yang agak santai dan sangat2 menyentuh perasaan... Banyak yang ibu dapat dari kelas tu, kelas lebih berbentuk kepada sessi coach, memang sesuai untuk kami yang berada dalam bidang pengurusan tak kira lah samaada pengurusan masa atau pun pengurusan diri, keluarga juga anak cucu shaklee ibu. Dan baru lah kali ini ibu tahu apa itu coaching yang sebenar, sebelum ni apa yang ibu buat adalah teaching.


Kami juga diberi info apa itu SMART, apa itu SOIF dan kami juga ditugaskan untuk menyenaraikan Kekuatan diri, peluang yang akan dapat bila impian tercapai, untuk mencapai kebaikan apa yang kita perlu lakukan dan apakah keyakinan ibu untuk mencapai impian itu? kemudian kami diarah menyampaikan keyakinan kami kepda 7 org sahabat.. dan sessi ini lah yang sangat menyentuh perasaan. bilamana apa yang nak disampaikan itu hadir dari hati yang tulus ikhlas kita akan merasakan aura yang sangat2 positif.

Ok ibu rasa x nak cakap banyak lagi jom kita lihat gambar-gambar sepanjang kelas..

 

 Santai je kan kelas kami?

Sabtu, 18 Oktober 2014

ESP BAIK PULIH SEL YANG ROSAK, DAN ADAKAH INI PENTING?

Tahukah anda yang Esp Wajib membaik pulih  sel-sel yang telah rosak? dan ini amat penting untuk proses penyerapan supplement shaklee yang lain, jadi di nasihatkan supaya anda ambil esp disamping mengambil supplement shaklee supaya kesan pengambilan lebih baik, jadi ibu cadangkan beberapa set yang boleh anda ambil bersama ESP SHAKLEE 

ONLY TODAY - BUY 6 FREE 1 VITAMIN C SHAKLEE


ONLY TODAY... hahhh shaklee buat promosi hanya untuk hari ini je?

ya jika anda tak nak terlepas promosi ni cepat2 hungungi saya, beli 6 dapat 7 rugi kalau anda lepaskan peluang keemasan ini..... jom kita tengok apa itu bitamin c shaklee?

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Jumaat, 17 Oktober 2014

Zuriat dan set kesuburan shaklee


Siapa yang tak mahukan zuriat yang ramai, setiap insan menginginkan kasih sayang dari insan bergelar anak.. Namun ada diantara kita diuji dengan sukar untuk mendapatkan zuriat, jadi hari ini ibu nak share antara produk2 shaklee yang in sha Allah dapat membantu anda.

Sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.

Jenis-jenis Penyakit Jantung

Kebanyakan orang menggolongkan semua jenis penyakit kardiovaskular ke dalam satu kategori, yakni serangan jantung. Namun, seringkali kita tidak menyadari bahwa serangan jantung adalah hasil akhir dari berbagai jenis penyakit jantung. Mengalami serangan jantung merupakan implikasi dari penyakit jantung. Istilah kardiovaskular sendiri merujuk pada jantung dan pembuluh darah yang memasok darah ke jantung. Setiap masalah baik pada jantung atau pembuluh darah yang memasok darah ke jantung dapat menyebabkan penyakit kardiovaskular. Berikut adalah beberapa jenis penyakit jantung yang perlu Anda waspadai, seperti dilansir Boldsky.

32 Kebaikan dan Kelebihan ESP



Apa itu ESP Shaklee

Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka.

Siapa perlu ambil ESP Shaklee?

1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik

Khamis, 16 Oktober 2014

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !






PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! | Ini diantara petanda Kiamat sudah semakin hampir dengan kita. Semoga gambar ini memberi ingatan dan kesedaran kepada kita semua.

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.

















Rabu, 15 Oktober 2014

Jadual Waktu Sistem Badan



Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

PETUA MENGATASI MASALAH JERAWAT

Tidakkkkk jerawat!!!!!
Jerawat salah satu masalah bagi individu yang begitu pentingkan kesihatan kulit wajah... bila naik jerawat nak picit takut berbekas tak pun jerawat jadi merah menyala sehingga malu nak keluar rumah...

So jom kita baca serba sedikit petua untuk mengatasinya..

CARA PERTAMA
AMBIL SEDIKIT MADU DAN CAMPURKAN DENGAN BEDAK SEJUK. OLESKAN DIMUKA ATAU TEMPAT YANG BERJERAWAT TU. LAKUKAN SEKURANG-KURANGNYA 2KALI SEHARI.

CARA KEDUA

TAK SAKIT BUKAN BERMAKNA ANDA TIADA PENYAKIT

JADI SILA BERI PERHATIAN YANG LEBIH KEPADA DIRI ANDA...

JOM JAGA KESIHATAN ANDA DENGAN MENJANA KESIHATAN BERSAMA IBU ARIF

Selasa, 14 Oktober 2014

Apa Fungsi Toner Untuk Wajah?

 

Kebanyakan orang hanya tahu Toner adalah penyegar wajah setelah wajah dibersihkan/dicuci, padahal bukan hanya itu saja fungsi toner, sebenarnya masih banyak manfaatnya jika kita memakai toner.

Beberapa fungsi toner sebagai berikut:

1- Fungsi toner adalah langkah pembersih kedua, jika kapas yang digunakan berwarna (tidak seputih kapas aslinya) itu berarti wajah kita masih kotor.... jadi kita harus membersihkan wajah lebih teliti.

2- Sebagai penyegar wajah dan dengan pemakaian yang rutin toner bisa membantu mengecilkan pori-pori

RAHSIA BUAH MANJAKANI

 

 

BUAH MANJAKANI,BUAH AJAIB. CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

Sejak berzaman lagi,manjakani sudah terkenal dan sinonim dengan keupayaannya merawat seribu satu masalah yang dihadapi wanita. Ini merupakan sedikit ringkasan mengapa setiap wanita harus memiliki serbuk manjakani ini sebagai perisai kegunaan harian.

Sebiji buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah menyeluruh yang begitu besar

" Buah ini digunakan untuk kesihatan di tahap optimum dalaman dan luaran.Ia mampu mengetatkan faraj,menegangkan kulit dan menjadikannya bercahaya cantik, payudara yang terletak indah dan rahim yang terletak elok kedudukannya"-

TIPS PILIH IKAN SEGAR DIPASAR


Hai hari ni ibu nak share skit tips nak memilih ikan di pasar.
Ikan merupakan salah satu makanan yang cepat rosak kerana kandungan proteinnya yang sangat tinggi menyebabkan ia menghasilkan bau yang kurang enak.


Untuk keperluan memasak saya sarankan kepada anda untuk memilih ikan yang betul-betul segar supaya rasa hidangan yang anda sediakan lebih sedap, segar dan kandungan proteinnya pun terpelihara.


Ciri-ciri ikan segar adalah:


1.Warna kulit terang dan cerah


2.Daging ikan bila ditekan terasa keras dan ia akan kembali ke keadaan asal.


3.Mata ikan jernih menonjol dan cembung


4.Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat sisik tidak banyak yang tertanggal.


5.Insangnya berwarna merah


6.Siripnya kuat.


7.Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak, terutama pada bahagian perut.


8.Tidak berbau busuk.


Tanda ikan yang sudah tidak segar:


1.Mata suram, merah dan tenggelam.


2.Sisik kusam dan mudah tertanggal.


3.Warna kulit kusam dengan lendir tebal.


4.Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.


5.Dinding perut lembik dan koyak.


6.Warna keseluruhan kusam dan berbau busuk.


Ikan yang licin dan berlendir permukaannya menandakan ikan itu tidak diawet.


Kalau anda membeli ikan yang dihiris atau sudah dipotong-potong, yang perlu diperhatikan ialah cium bau daging ikan.


Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk yang menusuk hidung bermaksud ikan itu sudah tidak segar.


Sentuh dan tekanlah daging ikan. Jika terlalu keras seperti lobak merah kemungkinan ikan tersebut sudah diberi bahan pengawet atau telah dibekukan.


Lihat juga warna dari dagingnya, ikan yang segar warna dagingnya cerah, sedangkan ikan yang berpengawet cenderung pucat dan tidak ada lalat yang mendekati.


Kebiasaannya selak pipi ikan itu bagi membolehkan anda melihat warna insangnya. Ini adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan.


Jika anda perlu membeli ikan untuk simpanan stok, pastikan ikan itu disimpan di dalam peti beku.


Janganlah dibiarkan ikan terlalu lama pada suhu bilik bagi memelihara kesegarannya.


Ikan air tawar dan laut mengandungi protein, Omega-3 serta rendah lemak yang tentunya sangat baik untuk tubuh.


Sementara itu, ikan yang tidak segar boleh membuat anda kerugian dan alergi.

Mengapa Protein Penting Untuk Tubuh Manusia?

 

Selain air, protein adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita. Protein sangat penting untuk setiap fungsi badan. Setiap sel dalam badan kita mengandungi protein, dari kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti jantung, hati dan otak.


# Protein Untuk Badan Yang Lebih Langsing dan Kurus 


Protein adalah makanan tambahan yang amat baik digabungkan ke dalam sebarang program pengawalan berat badan. Diet tinggi protein menyekat hormon 'ghrelin' yang merangsang nafsu kelaparan dan meningkatkan 'cholecystokinin' 9CCK), suatu penahan selera yang mengisyaratkan otak untuk menghasilkan rasa kenyang dan puas. Protein juga mempunyai sifat termogenik yang menyebabkan badan mebakar lebih banyak kalori. Protein turut menyokong pembangunan jisim otot pejal yang penting untuk mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan.

Isnin, 13 Oktober 2014

Perbezaan ALFALFA SHaklee dgn produk lain?

 

 

1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yg kaya dengan pelbagai jenis zat.
2) Ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
3) Mempunyai akar tunjang 6meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam
tanah.
4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)
5) Mengandungi vitamin B6, U, K dan D serta mineral yg penting iaitu :-
* Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
* Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
* Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Apa itu Manna?



Menurut riwayat lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas pula, beliau berkata bahawa “‘Manna’ adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang biasanya melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberinya erti madu. Apabila makanan itu di makan, maka yang memakannya akan merasa kenyang.

 

 

SEPRAIS BUAT CHENTA MATIKKU


Semalam 12 Oktober genap usia yang terchenta 48 tahun, Puas hati sangat2 sebab dapat buat seprais untuk dia, biar pun kek comot dengan coklat meleleh membawa lari susunan huruf yang disusun sorok2, apa x nya duk kobar ke hubby yang ni kek cust order... ampun ya sayang bohong sbb nak seprais.....

Ok kat bawah ni gambar2 sepanjang merai hubby, asalnya kek duk dalam peti, bila dia masuk toilet cepat2 ibu lari keluarkan dan tutup dengan tudung saji.. pastu suh dia buka tudung saji, dia suh kami balik, tapi kami buat dek je n suh dia buka, hahaha mesti pelik sbb selalu panggil tudung saji dah siap buka kali ni suh dia buka plak... jeng jeng jeng.... bila dia buka dia siap buat muka lawak dia... berdekah2 lah kami semua....

HERBA LAX MAKANAN SUNNAH?


Adakala ibu suka pm sahabat2 di fb untuk bertanya berminat tak nak jana pendapatan dibawah bimbingan group JUTAWAN SHAKLEE, berbagai balasan dari kawan-kawan yang ibu dapat antaranya "Maaf kak, sy tak berminat produk US ni, sy lebih suka produk yang mengamalkan makanan SUNNAH" -- tak mengapalah sbb itu pilihan mereka. tapi tahukah anda yang produk shaklee juga terdapat yang isi kandungannya dari sumber makanan sunnah? antaranya herba lax sendiri, yang mana ia terkandung daun senna.. Kandungan paling tinggi dalam Herbalax adalah daun Senna. lihat gambar diatas....

BUMBUNG JEJANTAS MELAYANG ATAS LEBUHRAYA

Kejadian berlaku di Johor Bharu... Hujan lebat berserta ribut membuatkan bumbung jejantas di lebuhraya terbang jatuh keatas jalan. beberapa kenderaan terkena bumbung berkenaan, mengenai ada kemalangan jiwa atau tidak itu tak pasti, tapi kalai dilihat keadaan salah satu kenderaan dibawah mungkin ada yang tercedera, semoga semuanya baik-baik sahaja.


Ahad, 12 Oktober 2014

CARA PEMIKIRAN DAN SIKAP ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN

Ini adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.

1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa."

2. Orang kaya berusaha untuk menang/berjaya. Orang miskin berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.

3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.

4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil-kecilan.

5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan.

6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. Orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.

7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.

8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi. Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih. Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.

11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan result/hasil. Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman. Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!

13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka. Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.

16. Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.

Cuba ubah pemikiran kita, insyallah kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.

posted from Bloggeroid

ISTIMEWANYA SHAKLEE DIMATA DUNIA


Apa yang sangat istimewa shaklee dimata dunia? Produk Shaklee dijamin selamat dan sumbernya adalah tumbuhan semulajadi. Melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

o TIDAK Mengandungi Paraben.

o TIDAK Mengandungi Triklosan.

o TIDAK Mengandungi Phthalates.

o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS).

o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES).

o TIDAK Mengandungi Bisfenol-A.

o TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates.

o TIDAK Mengandungi Toulene.

o TIDAK Mengandungi Peluntur Warna.

o TIDAK Mengandungi Bahan Perisa.

o TIDAK Mengandungi Pewarna.

o TIDAK Mengandungi Lemak Trans.

o TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan.




Sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesara alam...

Sds ibu arif atan

posted from Bloggeroid

SELAMAT HARI LAHIR ENCIK BOSS

HARI NI 12 OKTOBER 2014 ADALAH TARIKH LAHIR ENCIK BOSS SAYA, SELAMAT HARI LAHIR BOS SAYANG, I LOVE U SAMPAI SYURGA INSHAALLAH AAMIIN.....

SEMOGA BOS PANJANG USIA DAN MURAH REZEKI, SEMOGA BOS BAHAGIA DISISI I DAN KEUARGA KITA, INSHAALLAH KAMI AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK BOS, KASIH SAYANG BOS AKAN I BAWA SAMPAI I MATI...


OK BOS X BOLEH JIWANG LEBEY2 NANTI ADE YANG FENGSAN X PUN MUNTAH PELANGI....

LOVE SAYANG

Sabtu, 11 Oktober 2014

PETUA UNTUK WAJAH CANTIK BERSERI.



Pilihan 1: Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

Pilihan 2: Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.

Pilihan 3: Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Pilihan 4: Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”

Pilihan 5: Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

Sumber:RahsiaPerkhawinan

posted from Bloggeroid

Jumaat, 10 Oktober 2014

PETUA: BAWANG MERAH ANTI VIRUS TERBAIK



Sharing is Caring..
Hari ni ibu nak share petua mengenai bawang merah yang mampu menjadi anti virus dan anti septik kepada kita, ermm teringat member opis ibu dulu kalau anak dia selsema dia pasti mandikan anak dia dengan air ramasan bawang merah, Alhamdulillah mandi pagi tghr dah lega selsemanya.

Ok jom kita baca cerita di bawah ni...

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri
petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruangrumah.

Doktor amat tertarik dan meminta untuk
melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani
dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati
ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di
beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian
dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati
bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya.

Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya
menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteria dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas.

Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat,
adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi pengetahuan ini supaya bertambah berkat dari Allah
s.w.t.


Selamat mencuba....

posted from Bloggeroid

Khamis, 9 Oktober 2014

Jangan Buang Botol Supplemen Anda!!!

Semalam masa blog walking ke blog SURIJUNIOR blog Master Farihah Abu Kasim, ibu terbaca entri menarik ni, yang mana master Farihah share tentang kitar semula botol2 supplemen yang dah habis isinya, sebenarnya sblm ni ibu dah pun buat benda ni, bekas meal shake ibu buh gula & bekas Perfomance Drink ibu buh kopi, tapi lama ibu tak beli kopi n kurang amik gula so td ibu bersihkan bekas2 tu dan buh barang masakan ibu dalam bekas tersebut....

Antara cadangan untuk anda:-

1. Simpan rempah-ratus
2. Letak daun bawang yang ada akar tu, untuk dimasak masa akan datang
3. Simpan syiling ikut kategori. 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen
4. Tabung duit
5. Simpan barang-barang sekolah anak / barang-barang kecil - eraser 1 botol, sharpener 1 botol, stickers, sepit rambut, getah ikat rambut, paper clips, mata pensel, bullet
(kredit blog master Farihah SURIJUNIOR)

Taddaaaaa...... ermmm kali ni bekas meal shakes ibu buh rempah kari ibu yang bertambun tu, bekas Perfomance Drink ibu buh uncang tea & botol Alfalfa ibu buh bunga lawang.... ermmm thanks Master farihah bagi idea... ade lagi bekas2 kosong tu malam nnt pk nak sumbat apa dalam tu...
Kalau anda nak tengok lebih banyak idea blh la blogwalking blog master farihah...

Selamat mencuba

AJAIBNYA ESP SHAKLEE

Ok hari ni ibu nak share pengalaman ibu dengan ESP SHAKLEE, Alhamdulillah sejak amal esp ni, ibu lebih bertenaga, kalau tak sebelum ni bangun pagi mmg susah sangat, badan rasa mcm lemah je, tapi tak lagi sekarang, ibu & arif pun x lewat sampai opis dan sekolah. Disamping tu kulit muka pun ibu dapat rasa kelainan skit, kalau dulu muka tu pucat je tp sekarang x lagi, x yah pakai bedak pun dah ok... malah tona kulit lebih sekata.... wahhh ibu dah betul2 jatuh cinta dengan esp shaklee ni....

  Mungkin tak banyak perbezaan, tapi slps amal esp tona kulit lebih sekata

Kenapa Diciptakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang   dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Masker Dari Bahan Didapur Rumah Anda

Assalamualaikum... Hai semua... Ermmm ni nak cerita lagi pasal masker yang boleh anda buat dari bahan2 yangbada didapur rumah anda. Haaa x semua masker tu kena beli di pasaraya bahagian kecantikan tau.



Ok yg ni masker alfalfa + vivix + esp + vit e, semua ada dirumah kan? semalam ibu sibuk bermasker dia pun sibuk la juga nak pakai, memula x nak bagi tp bila pk anak kwn pernah pakai bila lihat ibunya bermasker kena pulak bahan2 yg di buat masker dr sumber semula jadi, tak ada bahan2 yang membahayakan so ibu sapu lah nipis2.

Sapu rata pada muka n tunggu sehingga. 1/2 jam bolehbla dibasuh, kulit muka akan rasa lain, lembut dan pori2 akan mengecil.



Ok yg ni tanpa vit e, ok bahan2 seperti didalam gambar.... Vit e ni bagus sangat dibuat masker jika kulit muka anda hangus di mamah sang mentari, cewwwahhhh.... Tp betul, teringat kak cery sapu vit e kat muka anak bujang dia yg hangus terbakar dlm ms beberapa hari je kulit muka faiz kembali normal.

Selain itu anda juga boleh buat masker dari putih telur yang di perahkan sebahagian limau nipis, haa yg ni pun sangat2 bagus dibuat masker, boleh juga bermasker dari beras pulut yang di sanagi terlebih dahulu kemudian ditumbuk dan dicampur air.... Zaman sekolah dulu tepung beras dicampur asam jawa ibu buat, mmg berkesan, kulit muka bersih dan lembut je...

Haa dah tengok cara buat masker dari bahan didapur rumah anda kan? So lps ni boleh la buat, kalau anda yg jarang2 jumpa suami ni boleh la selalu bermasker, bila jumpa biar suami lihat keberkesanan masker2 ni pada kita, ye lah seminggu sblm kulit kusam je, balik minggu ni kot nampak lebih bermaya, suami pun seronok je tengok wajah kita yang ayu ni, bak kata org tua2 sejuk mata memandang.

K take care semua n selamat mencuba

Love u all
Siti Darna
018-394 8582

posted from Bloggeroid

Motivasi Pagi - Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

ASSALAMUALAIKUM

Nasihat berguna untuk para isteri (bakal isteri). semoga dapat dijadikan panduan dalam melayari rumah tangga. Setiap persoalan dan masalah, InsyaAllah.. ada jalannya..


                                                                                                                                   

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua

Solat Walau Dimana Pun!


Gambar di bawah ini menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Yang mana setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak  menjadi kesalahan!

kerana hanya solat membezakan antara Islam dan bukan islam...

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...




SET KULIT DAN JERAWAT SHAKLEE

Bila kulit muka bermasaalah memang sangat2 stres, masakan tidak kulit muka berminyak, berbelang bagi yang berhijab, berjerawat lebih parah jerawat batu.... yang meninggalkan bekas... So hari ni ibu nak share set untuk kulit berjerawat... Berkat kesabaran korang in sha ALLAH akan mendapat kesan yang bagus.... Antara set yang di cadangkan ialah:-


1- GLA COMPLEX

GLA memang terbaik untuk kecantikan kulit wajah, rambut yang berkilat & bersinar, kuku yang cantik, kulit badan yang sihat serta keselesaan perut pada setiap kali datang bulan.

Ianya juga membantu menstabilkan hormon bagi yang mengalami kitaran haid yang tidak konsisten, GLA juga sesuai untuk wanita yang ingin hamil. kerana ia membantu untu kesuburan.

2- ESP

ESP untuk mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut, mencerah dan mencantikkan kulit serta memperbaiki & membina sel-sel baru.

 

Love Shaklee
Siti Darna
018-3948582

Rabu, 8 Oktober 2014

Doa kepada kedua ibubapa



Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli2 kubur pakat kais2 rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan utk bertanyakan kpd org tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais2 rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ.

Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut.Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan utk berjumpa dgn pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum org muda, saya ada beberapa soalan utk org muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh . Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kmpung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat ayah mu dlm mimpi ku, beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging Aku membaca Alqur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kpd ayahku.
Kenapa ahli kubur yg lain sedang mengais2 rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias2 doa yg didoakan oleh org ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua td hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas utknya.

Pesanan: Berbanyakkan berdoa utk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita utk kesenangan mereka di alam barzakh . Doa seorang anak kpd org tuanya, akan terus sampai kpd ibu bapanya.terutamanya anak lelaki yg mana syurganya dibwh telapak kaki ibunya....jom forward~


posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...