Isnin, 13 Oktober 2014
Rabu, 17 September 2014
Bersantai With Keluarga Shaklee @ Taman Tasik Titiwangsa
Assalamualaikum....
Alhamdulillah seronok beronok2 sangat ibu semalam pagi dapat berkumpul bersantai beramai2 di taman tasik titiwangsa dengan geng shaklee anjuran Master Dila Roslan...
Aktiviti kami tak padat mana pun lebih kepada santai dan makan2 sambil tu acara cabutan bertuah, pakaian sedondon, testimoni terbaik dan acara untuk anak-anak.
Ibu Alhamdulillah dapat juga salah satu dari hadiah tersebut, apa ibu dapat? Haaaaa ibu dapat payung dari US tau, payung shaklee yg x dijual di Malaysia... Yg penting ade cop Shaklee.
Ok jom tengok gambar2 yg ibu kongsi untuk tatapan sahabat2 ibu...
Isnin, 15 September 2014
Susu Kambing Lennoza
Isnin, 24 Mei 2010
Emak~
Salam buat sahabat,
Sejak mendapat khabar yang buah pinggang mak juga sudah rosak, aku jadi sebak, mungkin luaran org nampak aku happy tapi yg sbnrnya aku sedih kenangkan mak yang terjejas kesihatannya.
Tak tahu bagaimana aku nak membalas jasa mak, aku hanya boleh jaga mak dihujung minggu sahaja kerana aku berkerja, selebihnya mak habiskan masa dengan cucu2nya di rumah abangku.
Khamis 27/05/10 ni mak perlu ke hospital untuk check up susulan seterusnya ambil darah untuk pastikan samaada mak perlu gunakan mesin untuk cuci buah punggang mak yang dah rosak, aku pun tak faham kenapa doktor boleh kata yang penyakit mak dah lama sedangkan sebelum ni bila check up doktor kata yang semua ok cuma perlu makan ubat.
Entahlah, agaknya dia ingat mak aku ni patung atau bahan xperiment kot...
apa pun aku berdoa pada Allah supaya Panjangkan usia mak dan berikan kesihatan yang baik.... Ameen!
Rabu, 4 November 2009
BESDAY MAK HARI NIH....

Hari ni genap usia mak 63 tahun, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan sejak kebelakangan ni. Jumaat 2 minggu lepas mak jatuh tangga ketika nak p kedai, puas sebelum ni aku nasihatkan mak supaya jangan keluar sorang2 tapi mak kata bosan duk kat umah tak buat apa ye lah sekarang kami tinggal di rumah flat bukan rumah kampung, kesan dari itu kaki mak bengkak dan tulang lututnya retak sikit, malam tu abang aku Mail bawak mak ke GH untuk rawatan, mujur mak tak di tahan wad.

Berbalik pd ulang tahun mak, tahun ni macam tahun lepas juga rasanya kami adikberadik tak dapat nak meraikan ulangtahun kelahiran mak.. gambar2 ni masa sambutan hari ibu tahun lepas kami adikberadik raikan mak... masa tu aku baru saja disahkan mengandungkan buah hati pengarang jantungku Ahmad Arif yang kini berusia 11 bulan...

pagi tadi selesai mandi dan nak bersiap ke tempat kerja aku hulur tangan pada mak, mak pelik dan tanya nak apa kau kata lah nak salam, mak pelik sbb kuar je bilik air aku terus nak salam dia, bila salam aku di sambut aku ucap selamat ulang tahun kelahiran, mak boleh tanya sape punya besday? aku ketawakan mak rupanya mak tak ingat hari ni hari lahir mak...
Apa ye nak belikan mak? dalam keadaan kegawatan ekonomi (poket aku kering walau masih awal bulan) biasanya kami akan belikan baju @ pun barang2 lain yang boleh mak pakai... tapi tahun ni rasanya aku cuma dapat berdoa supaya mak sihat dan murah rezki serta panjang umur!
"YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA IBUKU DAN MURAHKAN LAH REZKINYA SERTA BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN"
Rabu, 27 Mei 2009
Kasihan mak...

Semalam sampai saja kat rumah mak bagitahu yang dia ada mengidap penyakit baru, aku terkejut tapi buat muka selamba je..
"Sakit ape mak?"
ntah lah jwb mak sambil menghulur sekeping surat dari hospital, rupanya mak menghidap masalah usus, dan memerlukan rawatan segera pada pertengahan bulan tujuh ini, teringat tahun sudah mak tiba-tiba tak sedar diri meracau-racau, ape yang mak cakapkan tak masuk di akal minta di buat benda2 yang bukan2.perkara yang sama juga berlaku ketika mak berada di rumah kakakku, bila berulang 2 kali suami kakakku membawa mak ke hospital.
Bila sudah sampai hospital baru lah terjawab segala persoalan rupanya mak kurang gula dalam darah akibat terlalu berpantang makan.
Terbaru mak di masukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah pula,
juga kerana terlalu berpantang.
kasihan mak, kalau la dapat di pindahkan penyakit mak pada aku, aku sanggup. mak terlalu istimewa dan tiada pengganti...
SABAR YA MAK... Darna selalu doakan mak....
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...