Sabtu, 21 Februari 2015




Set kehamilan lengkap shaklee sangat bagus jika diamalkan sepanjang kehamilan anda, selain memberi manfaat kepada anda, kandungan anda juga mendapat manfaat dan khasiat yg sama.

Jom kita lihat apa yang diperlukan anda yang sedang hamil...

Vita-Lea :-
~ Adalah yang terpenting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.


B-Complex :-
~ Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yg sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi. Selain itu, ia membantu penghasilan tenaga dan darah.


Vitamin C :-
~ Penting untuk mengoptimumkan imun sistem anda dan bayi, di samping itu ia membantu dlm penghasilan kolagen. bagus untuk kulit yg cantik dan sihat.


Energy Soy Protien :-
~ Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dlm meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu Isoflavone melambatkan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Di samping itu soya menggandungi protein yg tinggi utk bayi anda.


**Ostematrix (Kalsium) :-
~ Ianya sangat penting untuk memasitkan gigi dan tulang anda. Susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi, jika anda tidak mengambil kalsium yg cukup, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak ramai, tulang anda akan rapuh, gigi rongak, belakang membongkok. Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.


Jika anda ingin kekal sihat sepanjang kehamilan, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut mahupun order...

Darna
018-3948582 (whatsapp)

posted from Bloggeroid

Selasa, 17 Februari 2015

Anak buah baru, cik pp merah ibu...

Hai Assalamualaikum semua...
Lama blog ni tersadai, disebabkan beberapa perkara yang x dpt dielakkan... Wahhh hari ni sy nak cerita skit, awal pagi tadi saya dapat anak sedara baru tau, gegel lagi, sy suka nak panggil dia cik pp merah sbb x de nama lagi...



Omel x cik pp merah saya? Ni anak kedua adik saya.. Anak sulong dia lelaki, skrg ms entry ni dibuat dia duk bwh ketiak ibu... Mummy n baba dia x de so kn la duk ngan ibu n abg2 dia... Semalam tdo berempat la kat depan tu.. Ibu mcm biasa lah dlm bilik anak2 x blh join x muat katil.



Petang ni, cik pp merah dah boleh balik, ni sy tengah siap2 nak g amik la ni... X sabar nak jumpa cik pp merah ibu ni.... Abg adam duk umah ngan abg ayat n abg arif ye... Amzah pun ada so jgn nanges tau....

Ok se u all again...
Miss uuu all

posted from Bloggeroid

Khamis, 12 Februari 2015

Alfatihah, Hilangnya sebutir mutiara...



Berehatlah Wahai Murabbi

Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri Kelantan Serambi Mekah, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati pada tarikh 12 Februari 1949.

Berangkatlah menuju Tuhanmu wahai sang murabbi yang telah melahirkan ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. Takdir Allah yang maha agung, setelah berminggu lamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), beliau dibawa pulang ke rumah dan tiba tepat jam 8.50 malam ketika solat Isyak didirikan di masjidnya.

Allah SWT menjadi saksi terhadap jasa-jasamu di negeri ini. Perjuangan tanpa penat dan lelah membangunkan Kelantan bersama Islam telah menjadi model pentadbiran di seluruh negara bahkan juga di seluruh negara.

Perginya Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah satu kehilangan besar buat perjuangan PAS dan juga dakwah Islam di tanah air ini. Namun, perjuangan perlu diteruskan hingga ke nadi yang terakhir.
Selamat berehat, sampai bersua lagi di akhirat wahai murabbi yang dirindui selalu. Kutitipkan doa dan harapan agar di dalam rahmat Allah jua kau dinaungi. Pesan dan tunjuk ajarmu tidak sekali-kali kulupai.....

AHMAD FADHLI SHAARI
12 FEBRUARI 2015
10.15 MALAM
إنا لله وإنا إليه راجعون
الله اغفر له وعافه واعف عنه وارحمه وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار وأدخله يا الله جنتك الفردوس الأعلى مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقين والشهداء والصالحين

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...