Rabu, 15 Disember 2010

~KAU PERGI JUA~


Salam buat teman2....
Dah lama tak updet N3...
Buat yang tidak mengetahui, bonda kesayangan saya telah kembali kerahmatullah pada hari Ahad / 5 Dis 2010 / 3.30pm di Hospital Nur zahirah Kuala Terengganu kerana Serangan Stroke mengejut...

```````````````
29 Nov 10 / Isnin
Mak berangkat ke Terengganu bersama kakak dan abg iparku,
Mlm tu aku kol mak dah siuk mintak aku dtg amik dia bawak balik KL, tp aku pujuk kata duk dulu sampai buka sekolah nanti.... Selang seharinya pun begitu juga tapi bila di pujuk aku dia akur.

3 Dis 10 / Jumaat
Lili adik ongsuku tiba2 bagi fon pada aku, katanya cuba dengar apa mak cakap, aku dengar suara mak di ujung talian dengan bahasa yang tak di fahami. Terus ku matikan talian dan kol abg ipar minta kakak ku tengok mak di bilik, aku katakan yang mak sakit tu, rupanya mak dah terbaring.
.... Bersambung tak kuat untuk teruskan maaf kawan2....

Khamis, 2 Disember 2010

~Just Photo~


Cute tak baby2 ni semua...
wajah2 yang menyejukkan hati setiap mata memandang!




Telur Emas????
Kalau lah ayam belaan kita bertelurkan telur emas setiap hari, akulah salah seorang penternak ayam di Malaysia ni.... hahahaha

Rabu, 1 Disember 2010

~Nangka~

"Abah, Ibu teringin nak makan nangka"........
"Nangka? Abah pun sbnrnya teringin nak makan nangka jugak ni...."
Aduhhh dia pun sama nak makan nangka tapi aku nak yang kat tepi jalan ke UPM Serdang...
Dia pulak nakkan yang bila dia bau aroma nangka terus bangkitkan seleranya..... acapkali jugalah dia ke gerai nangka tapi bila hidu aroma nangka terus putus selera.. katanya bukan nangka tu yang dia nak makan. hai macam2 lah aku n mr.Lalink ni....
Apa yang penting Ibu nak juga nangka from UPM serdang.......

Selasa, 30 November 2010

Mak Dan Arif ~2


*
Malam tadi sebelum tido aku msg kakak aku tanyakan khabar mak, sebagai balasan msg kakakku kol balik, ermm katanya mak dah nak tido tapi kalau nak cakap boleh.
sebaik dengat suara mak perasaan simpati menerjah diri aku, kedengaran suara mak sedih saja. aku tanya khabar mak, dan bagi dia bercakap dengan cucunya anak bujang aku si Arif.
Arif apa lagi dapat sembang ngan nenek macam2 lah bunyi yg dia buat kemain lagi dia bersembang dengan neneknya.
*
Kesian mak merindui Arif!

Isnin, 29 November 2010

Mak Dan Arif


Pagi ni mak bertolak ke Terengganu mengikut kakak aku, aku tahu mak berat hati nak kesana, bukan mak tak suka tapi mak mungkin tak selesa bila berada di tempat orang, lebih2 lagi mak tak faham loghat terengganu. Oleh kerana cuti sekolah ni kakak ipar aku tak ade so aku lah yang paksa mak p sana.
~
Sampai opis je tadi aku kol kakak aku, tanya mak macammana 'Menangis tak tadi?'. kakak aku jawab tak cuma pagi tadi cek baju mak yang dia masukkan dalam beg terjumpa sepasang baju baby... Ya Allah baju Arif mak bawak... Kesian mak, dia takut dia rindukan Arif.. Risau pulak aku, takut Arif rindukan neneknya pula. ye lah mak p lama lah jugak.
~
~
Itu cerita mak, yang aku plak dari malam td masa nak tido asyik teringatkan mak, terasa kosongnya masa2 yang berlalu tanpa mak, selalunya mak akan duduk kat rumah aku dari aku balik kerja hingga adik aku balik dari kerja. Tapi petang nanti..... aku n Arif je kat rumah.. sunyi... jangan aku yang menangis sudah....
~
Adat dunia "waktu insan tersayang berada didepan mata kita tak hargai... bila tiada mula terkenang2 dan dirindui"
Mak.... sedih mak tak ade, lambatnya mak nak balik KL (mak belum pun sampai gannu aku dah sibuk)

Semoga ALLAH selamatkan perjalanan mak n kakak aku sekeluarga...Amin

Jumaat, 26 November 2010

~CERITERA ARIF ~


~ Lama rasanya tak menulis di sini, bukan kerana apa tapi aku agak ketandusan idea untuk menulis lagi, kali ini tak de apa yang menarik untuk teman2 tapi agak menarik bagi aku kerana entry kali ini mengenai my hero Arif....

~ Besday Arif tak lama lagi, hanya berbaki beberapa hari sahaja, cepat benar masa berlalu Arif nak menjangkau usia 2 tahun, rasa macam baru semalam aku melahirkan Arif, Masih lagi aku ingat saat Arif jalani pertukaran darah kerana demam kuning yang hampir2 ke fasa 2 kritikal dgn bacaan 544... Time tu Allah je yang tahu bagaimana perasaan aku.

(ARIF MASA NAK TRANSFER WARD SELESAI TUKAR DARAH)

~ Alhamdulillah Arif sekarang dah banyak ragamnya, walaupun kerap kali aku hilang sabar dengan ragamnya yang berbagai itu namun aku tetap bersyukur kerana Arif aktif. "Adik Manni" (anak pengasuh) selalu bermain2 di bibirnya, kadang2 tengah tdo boleh dia ngigau sebut "Manni, Manni". (bila agaknya Arif akan dapat adik sendiri secomel adik manninya?)

~ La ni setiap malam sebelum tdo mesti kena kol abahnya, kalau tak merengek dan merajuk tak berhentilah, awalnya aku tak endahkan tapi rajuk dan sendunya membawa ke dlm tdo. So la ni dah jadi rutin setiap malam aku kol abahnya, dan kadang2 abahnya yang tak tahan mendengar suara anaknya balik lagi malam itu walaupun malam sebelum itu sudah bermalam bersama kami.

~ Arif juga dah pandai meminta susu dan beritahu yang dia buang air besar, dia juga akan minta di salin pampers @ CD nya jika dah terlampau banyak tampungan. Cuma aku sebagai ibunya terasa sangat terkilan kerana aku rasa masih tak dapat menjadi ibu yang terbaik untuk Arif. Doakan saya ye teman2.

~ Semoga anak2 kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah juga sihat selalu.

*Adik Manni adalah Adik Wani)

Sabtu, 13 November 2010

Facebook


*
Entah kenapa petang ni aku tetiba nak buat entry mengenai Facebook @ nama ringkasnya Fb.
La Di mana2 saja bagi yang memiliki enpon yang canggih boleh melayari internet antaranya FB ni lah. Tapi bukan itu persoalannya sbb aku yang pakai enpon cokia ni pun masih bleh melanggan sms fb by celcom, dgn kadar rm1 seminggu.
*
Lumayankan... hahaha tak perlu enpon canggih...
ok persoalannya kenapa bila aku rajin mengapdet status fb aku menjadi masalah pada org lain?
agaknya mungkin depa sakit mata kot... ok lah lepas ni aku tak apdet selalu dah... so jgn carik aku lagi jika aku jarang kelihatan di FB!
sekian!





Jumaat, 12 November 2010

AMAL & SAMPAIKAN

Entry kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang di perolehi dari email titipan seorang teman...
Selamat membaca:

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. '
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah
melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dalam merenung
sedalam-dalamnya tentang hal ini dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada
yang lebih baik


Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam a.s. wafat, maka
amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang
bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu
Dawud, At-Tirmidzi ,Nasa'i dan Ahmad)


SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will
gain hasanaat


2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda dapat hasanah..

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you
will gain hasanaat


3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat
hasanah

Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a

Share a dua or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin udara di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade
or eats from the tree, you will gain hasanaat


10. Yang teramat mustahak lakukanlah sesagala sesuatu amalan agama ini
dan yang lain dengan ikhlas semata-mata hanya pada ALLAH TAALA dan
banyakkan hisab diri serta doa untuk diri sendiri dan seluruh umat
dalam mendapat keredhaan ALLLAH TAALA.

Rabu, 10 November 2010

Semalam yang kalut

~*~
Semalam petang memang cukup membuatkan aku kalut malut, mahu tidaknya.. Dalam 4pm mama zah Arif kol aku.. katanya Arif tak tahu kenapa menangis dari pukul 3pm tadi dan baru je diam... ahh sudah detik hatiku kenapa ni anak bujang kesayangan aku tu?
Awalnya aku tak de lah risau mana selepas bercakap dengan Arif, Arif diam tapi bila telifon dimatikan dia kembali menangis, sekali lagi mama zah dia kol.. masa tu memang kedengaran suara Arif yang bersungguh2!
~*~
Bila dengar suara tangisan Arif teruk sangat aku pun sama nangis kat opis ni dan tak pk lain dah... balik..balik.. balik... bos minta maaplah semalam balik tak bagitahu bos, apa yang penting adalah Arif... apa tindakan bos selepas tu lantak lah! Hehehe..
~*~
Turun je teksi aku terus ke rumah pengasuh, tak seperti selalu aku singgah di rumah untuk simpan beg, sebaik sampai aku tengok muka Arif merah padam kerana menangis, Arif plak bila nampak je ibu dia continue nangis lah tapiiiiii.... ermm ade tapinya kali ni, setelah di pujuk dan di cium Arif diam dan tak sampai 5 minit Arif start tunjuk taring... melompat, berlari, kacau baby wani (anak pengasuh) main pintu dan sebagainya... aduhai anakku.. menangis kali ini hanya nak kan ibu je? Sabar je lah... Ibu ni kalut mcm ibu sorang je ade anak.. aduhai anak!
~*~
Tapi walau macamana pun Arif tetap semput, Nafasnya laju dan ade bunyi.. cuma time2 semput kali ni dia tetap xtif dan hanger tetap aku acahkan padanya... bukan apa takut bertambah teruk pulak semputnya kena pulak abahnya tak bermalam di rumah semalam!
~*~
Adoyai Anakku...
Lain kali buat lagi ye sayang, Ibu ni walaupun garang2 tapi ibu tak boleh dengar Arif menangis bila ibu tak ade disisi Arif, kena pulak Arif menangis tanpa di ketahui puncanya... jangan buat lagi sayang!

Selasa, 9 November 2010

Ibu Lalai

~
Petang semalam masa amik Arif dari rumah mama zah (pengasuh). Hidung Arif berair, kata pengasuhnya Arif hari ni cirit birit n selsema, badan pun dedah je macam nak demam, makan pun tak mau just nak makan sayur je.
Arif!!! Seperti biasa sampai je rumah tengok nenek ade so mula lah buat xtvt lasak dia.. naik basikal lah kejap naik kereta pulak.. siap di gelek2 tangan aku & neneknya.
(Nampaknya tak jadi demam)
~
Tapat jam 11pm kami tdor dengan perut kosong, aku biasalah malas nak makan so makan biskut je, arif plak tak mau makan n just minum susu... dalam jam 12.30am arif mula meragam, apa aku buat semua tak kena malah makin di pujuk makin menjadi2 tangisnya.. Agaknya sakit perut coz td minum air soya sejuk...Fikir aku, "Sayang ibu kenapa sakit perut ye" sambil tangan mengetuk dengan jari perut Arif, ternyata tekaanku betul. lalu aku sapukan minyak. Alhamdulillah dia kenmbali tidur walau pun agak tak selesa kerana selsema.
~
6am: Usai aku solat subuh n nak bersiap ke opis Arif terjaga minta susu dan menangis, abahnya pujuk pun tak mendatangkan hasil arif tetap menangis walau sudah di beri susu, rupanya sakit perut lagi... kembung perut lagi aku berkata sendirian.. mati kutu aku di buatnya. lalu aku angkat arif bawa ke toilet dan basahkan muka dan sedikit kepalanya... alhamdulillah dia diam dan main kereta mainannya.. aku tetpandang roti dan ambil lalu suapkan pada Arif. Makan!!! detik hatiku.. Agaknya dia menangis semalam kerana lapar. kesian anak aku... maafkan ibu sayang.. ibu tak tahu Arif lapar, biasanya Arif tak makan pepagi hari tapi mungkin kerana terlalu lapar n sakit perut dia makan roti coklat yang aku beri.
~
Arif anak yang badannya boleh dikatakan bersemangat tapi tak banyak makan, sekali makan paling banyak pun 4 5 sudu saja, macam2 dah aku buat tapi dia tetap tak mahu makan sehinggakan doc membekalkan vit.Uphavit untuk Arif.
~
Kejadian Arif menangis kelaparan buat aku betul2 menyesal kerana terlalu ikutkan Arif yang tak mahu makan.. Lepas ni aku kena lebih kreatif supaya Arif berminat untuk makan!
Cukuplah sekali Arif menangis n sakit perut begitu.
Semoga aku akan lebih berhati2...
Maafkan Ibu Arif sayang!!!
Ibu Lalai!

Isnin, 8 November 2010

Catatan Pendek: Dan Namanya....

Entry sebelum ni mengenai kelahiran cahayamata ke 14 lalinkku... kini ingin ku kongsi pula nama anakanda baru ini, setelah berfikir tolak bahagi campur dan darap mr.lalink memutuskan satu nama yang sedap di dengar...

Dan namanya AHMAD ADHA B. ATAN. Syukur alhamdulillah tak perlu menunggu lama atau mencari di dalam buku untuk menamakan bayi itu...


Tahniah Kak Y.

Puisi Buat Suami

Puisi ini khas buat suamiku yang di sayangi...

Walaupun bukan dari nukilan isterimu ini, namun isi dan kata2 nya di tujukan khas buatmu....

PUISI BUAT SUAMI

Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Sumber: Majalah

Sabtu, 6 November 2010

~Yang Ke 14~


ALHAMDULILLAH... Pagi tadi my honey selamat melahirkan bayi ke4 nya secara normal di Hospital Ampuan Rahimah Klang.....

Tahniah buat my lalink atas kelahiran anak ke 14 nya... Gambar masih belom ade so ibu letak gambar baby2 ni dulu, nampaknya Arif bukan yang bongsu lagi sekarang, Arif dah jadi abang.... Insyaallah jika ade rezki Arif akan dapat adik dari perut ibu pulak... Bila? Wallahualam...

Khamis, 4 November 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010"


Sesapa kaum ibu yang nak tayang gigi anak memasing sila lah klik kat sini, tak salahkan kita suka2 untuk mencuba..



Nama: Ahmad Arif Atan
D.O.B & umur: 14 Dec 2008 / 1 tahun 10 bulan
Hobi: Berlari2, sepah mainan, naik bas n jalan2
Berapa batang gigi: 16 batang (lambat tumbuh :p)

Jom lah joint sama.... hadiahnya boleh tahan tau.... cepat2 sertai sebelum 3 disember 10!!!

Besday My Mom

4 Nov 2010~ Hari ini besday mak yang ke 44, Alhamdulillah setakat ini mak masih lagi boleh untuk mengurus diri walaupun kesihatannya agak merosot sejak kebelakangan ini. Aku n adikku merancang nak buat makan2 malam ni lepas isyak, just buat makan untuk anak cucu mak saja.. Cukuplah dapat menghiburkan hati mak....
*
"Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Emak sayang,
Allah Selamatkan Emak...."
*
Selamat Hari Lahir mak, semoga mak sihat sokmo n panjang usia....
Sayang mak..muah..muah..muah
*
Ya Allah...
Kau Berikanlah kesihatan yang berpanjangan buat mak, lanjutkan usianya dan murahkan rezkinya.. dan jauhkanlah mak dari sebarang bahaya...
Amin.

Rabu, 3 November 2010

Hampa


Wajah penuh kehampaan


*
Ketawa dan tersenyum mungkin dapat menutup kegusaran dihati namun terlalu perit untuk ku telan, sepanjang hari aku berfikir, kerja2 ku terbengkalai tak dapat ku beri tumpuan sepenuhnya... Arghhh pedulikan kerja2 tu... aku tak mahu melakukan kesilapan dalam tugas ku.. aku tak suka kerja 2 kali, biarlah esok bila emosiku stabil aku akan mula selesaikan tugas yang di amanahkan pada aku.
*
Berbalik kepada masalahku, aku tak tahu selama mana aku mampu bertahan, harapanku semoga ALLAH menguatkan semangatku dan tetapkan hatiku supaya terus cekal dalam keadaan sebegini.... kata2 semangat dari hubby dulu sampai sekarang ku pegang erat untuk motivasi pada diriku. "UNTUK MENCAPAI BAHAGIA KITA PERLU LALUI KESUSAHAN". Memang benar apa yang di katakan.
*
Teman2 doakan lah temanmu ini...
Terima kasih kerana sudi membaca coretan hatiku ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

HAMPA

~BARU & Cerita Semalam Di IPKL~

Salam pagi rabu buat teman2 yang sudi singgah..

Ermmm... entry kali tak de apa yang menarik cuma nak bagitahu pada teman2 yang tajuk n alamat blog dah pun di tukar kepada serba BARU...
~*~
Kasih Ibu Arif & http://kasih-ibu-arif.blogspot.com adalah pilihan ku kali ini, actually dah lama berniat nak tukar tapi lagi terpikir2 n tercari2 apa nama yang sesuai... akhirnya nama ini yang ku pilih.. Kenapa Kasih Ibu Arif? mestilah kan aku mengasihi anak aku dan semestinya semua ibubapa mengasihi dan menyayangi anak mereka betul tak? so itu lah jawapannya...
.
.
.
~Story IPKL~
Semalam pagi dalam jam 8 pagi aku dan Arif naik bas menuju ke opis... dalam 9pagi terpacak aku n Arif kat depan opis, saja aku datang rewang ke opis dulu 12pm nanti baru ke IPKL~ Arif, biasalah memang tak reti diam walau seminit.. ade je yang dia nak buat... dan akhirnya sebelum keluar nak ke IPKL dia jatuh bergolek kat opis aku siap ade kesan melecet sebesar duit 20sen!...
..
12.30pm~ Sebaik turun dari teksi aku terus berkejar ke kuanter pendaftaran untuk ambil no gilirin dan 209 angka giliran yang dapat... tak kisah lah no 9 pun sbb 8 yang awal dari aku tu bukan sama bilik rawatan pun.. huhh aku yakin sekali... 1.30pm baru pendaftaran di buka, sejam penantian begitu meletihkan aku yang ternyata tak berapa sihat dan Arif yang berlari kesana kesini... sekali sekala cubitan ku singgah juga di betis anak kecil itu.
...
Tibalah masa yang di nanti pendaftaran di buka tepat pada masa yang di tetapkan dan Arif mendapat angka giliran 201 bermakna no 1 bagi bilik 8, Alhamdulillah....
Terus menimbang dan mengukur ketinggian Arif, berat Arif cuma naik sikit je tapi normal 5/10 hari tu 12kg n semalam 12.4kg ~ Tinggi Arif masih sama seperti bulan lepas 81cm!!! Doc memberitahu aku yang Arif ok semuanya... Alhamdulillah detik hatiku...
....
2.30pm~ aku dan Arif dah pun mengatur langkah untuk pulang ke rumah terus... oleh kerana Arif lebih gemar naik bas so aku mengambil shuttle ke bus stop dan naik bas sampai ke rumah.. tepat jam 3.30pm kami dah pun sampai di rumah dengan selamat....

Syukur pada Mu Ya ALLAH kerana mempermudahkan segala urusanku....
.....

Isnin, 1 November 2010

Catatan pendek: IPHKL lagi

Esok 2 Nov 2010 bersamaan hari selasa.... perlu ke IPKL lagi, check up susulan Arif lagi.. tapi kali ni bukan dgn respitorary api dengan pakar yang kendali kes jaundis Arif masa baby... Doc just nak tengok perkembangan Arif sahaja... Harap2 Arif ok semuanya... Amin!!!

Dulu Pucuk Paku Merah Kini Mentarang Pula

~*~
Adoyaiiii.... kenapa lh tetiba je tekak ni nak makan ciptaan ALLAh yang satu ni... punyalah banyak benda lain yang boleh di makan MENTARANG jugak yang buat aku kecur air liur...
Kenapa mentarang....? asalnya aku main game cafe di Tagged... ade plak masak kepah dan akhirnya aku terliur.. tapi bukan kepah, mentarang la pulak!
~*~
Terus aku sms mr.lalink minta di carik kan mentarang ni... biasanya banyak di daerah kuala selangor tapi tak tahu lah.... haiii pucuk paku merah tak dapat lagi mentarang la pulak yang aku idamkan... agaknya tak dapat2 lagi idaman aku ni coz aku tak mengandung... org lelaki ni kalau bini tak mengandung diorang boleh tangguh... haishhhh... nak kena mengandung dulu ni.
~*~
Tak pe sabar darna ade rezki nanti dapatlah makan mentarang ni......
Sabarlah perut..... :)

Inilah rupa mentarang yang ku idamkan!!!




Khamis, 28 Oktober 2010

Ukhwah Kerana Allah

*
*
Pertemuan pertama yang membuahkan tautan ukhwah fillah...
Kay & Yus.... Darna bersyukur kerana berkenalan dan bersahabat dengan kalian....
Ramai lagi yang tak dapat nak upload gambar coz x de simpanan! antaranya kak shekah yang cute, kak emyza yang happy, Anie yang selalu gaduh2 gurau dengan saya & anne yang comel!!!.

Semoga Allah merahmati kita semua!!!

~Mak Saya Sakit~

Salam khamis yang penuh ceria buat sahabat2...
entry kali ni mengenai my mak yg tersayang...
~
Mak saya bernama Rudia binti Sanwan (cantikkan nama mak saya?). Di lahirkan di Tanjung Pagar Singapore dan di besarkan di race course seranggon 1 daerah di sana! Usia mak 4 Nov ni genaplah 64 tahun... Alhamdulillah saya masih lagi di beri peluang bersama2 mak. Tapi kesihatan mak agak membimbangkan, sejak2 usianya menginjak ke 60an mak kerap keluar masuk wad! Kesian mak!!!

Wajah mak ketika dirawat di HKL baru2 ni...

Isnin yang lepas (25 Okt 10) mak jalani rawatan susulan di klinik neprology HKL, di temani adik bongsu saya, doc memberitahu yang buah pinggang mak sudah teruk dan di beri 3 pilihan samaada untuk merawat secara cuci darah atau dialesis yang kosnya mahal (RM2600/sebulan).

Ataupun terus tukar buah pinggang... Ya Allah kesiannya mak... bila dapat tahu keadaan mak, aku terbayang segala dosa2 aku terhadapnya... lama mana aku dapat berbakti kepadanya lagi.. Ya ALLAH lanjutkanlah usia mak!
~
Kepada sahabat2 minta jasa baik doakan kesihatan mak saya ya.... Terima kasih banyak2 semua! buat masa sekarang kami mencuba bagi mak minum air ECPI sebagai rawatan awal! ramai yang kata berkesan...Insyaallah berkat doa kalian mak saya sihat sperti dahulu.. amin!

Isnin, 25 Oktober 2010

Ahmad Arif & Ahmad Alif


Ahmad Arif B. Atan & Ahmad Alif B. Atan
*
*
2 Beradik yang bijak bagi aku, Arif dengan caranya Alif pun begitu juga...
Berlainan Ibu tapi punya talian darah yang kuat kerana mengalir darah si bapa dalam tubuh anak2 kecil ini...
*
*
Usia pun tak jauh beza hanya selang beberapa bulan sahaja,
Alif petah berkata2 dan Arif juga sedang menyusul si abang....
Alhamdulillah....

Saat ketika di temukan, ternyata kedua beradik ini serasi...


Wajah2 kesayanganku...
Alif walau bukan dari rahimku tapi kasih sayangku tak pernah berkurangan untuknya.
Harapan ibu semoga anak2 ibu menjadi anak2 yang soleh dan solehah suatu hari nanti...
Amin!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Wajah Kesayangan

Arif Sayang...
Ibu Sayang sangat2 pada Arif,
Maafkan Ibu jika ibu terlalu garang bagi Arif,
yang baru berusia setahun sepuluh bulan!!!
*
*
Ibu Sebenarnya...
sengaja berbuat demikian supaya Arif tak mengulangi perbuatan yang sama,
Tapi ibu lupa bahwa Arif masih lagi kecil...
Apalah ibu ni kan sayang?
*
*
Arif Sayang...
Tak lama lagi Ummi nak bersalin,
Cemburunya ibu pada ummi sayang, tapi ibu tak sedar yang sebenarnya...
ALLAH masih mahu ibu memanjakan dan lebih meluangkan masa dengan Arif!!!
*
*
Doa2kan Ibu ya sayang...
Moga suatu hari nanti Ibu juga akan menyusul mengikuti ummi,
Ibu mahu Arif ada kawan untuk bermain2...
Kalau boleh ibu mahu adik Arif nanti perempuan pula... :)
*
*
Tapi Arif jangan risau kasih sayang ibu tetap tak berkurangan untuk Arif...
Wajah Arif tetap menjadi WAJAH KESAYANGAN IBU!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

Pagi Yang menguji Kesabaran

Seawal 8 pagi aku dah pun tercegat di hadapan opis, seperti biasa aku singgah di opis iklan untuk bersarapan dengan member2 di sana, sebaik aku membuka pintu kelihatan Kak Mek sedang makan di tempat menyambut tetamu bukan di ruang makan seperti biasa.. aku pelik dan terus bertanya kenapa? Kak Mek menjawab "Minah tu tengah sibuk, hari ni kan dia buat jamuan besday dia" "Ooooo... ermm tak pe lah" jawab aku n terus masuk dan duduk di kerusi tanpa menegur si minah yang sibuk itu.

~
Awalnya tak ade apa yang berlaku tapi selang beberapa minit, si minah ni mula buat hal, sengaja menjemput orang lain makan tanpa menjemput aku, (tadak hal lah coz aku dah pun beli nasi lemak, lagi pun nasi dagang bukan makanan saya). Kemudian berlanjutan dengan ayat2 yang menyakitkan dan menyampuk apa yang aku bersembang dengan member2 yang lain, salah seorang member aku dah hangin dan ikut hatinya nak je menampar si minah tadak akal ni.
~
Paling aku menyampah dan buat aku ketar nak menampar muka si minah ni bila dia berkata: "Kak mi & kak mek jemputlah
makan, akak berdua ada dalam senarai jemputan yang di jemput sahaja boleh makan" ~
~
(aku berkata dlm hati) Ko ingat aku ni kebulur sangat ke nak makan hidangan ko tu yang aku boleh beli kat tepi2 jalan tu? kenapa lah ko tetiba jadikan aku bahan kegilaan ko hari ini? tangan aku dah menggeletar menahan marah dan terasa sangat ringan tangan ni nak menampar muka si minah yang cetek akal ni, tapi kenangkan dia tu orang kurang akal aku bersabar. tapi sempat juga aku perli dengan kata-kata "Korang pernah dengar tak orang nak buat pahala tapi dapat dosa?". (Puas Hati aku walaupun kakak2 di bawah menahan aku dr terus berkata2 lagi).
~
Ermmm bukan aku sorang saja yang serabut dengan perangai si minah ni tapi ramai lagi cuma diorang punya sabar yang lebih, macammana aku nak sabar kalau tetiba je menyakitkan hati aku pepagi hari, aku datang ke opis dengan perasaan yang seronok n ceria tetiba ginni jadinya. mujurlah my hubby call menceriakan hati isterinya yang tengah hot tahap gaban ni... sayang u darling!!!
~
Walau apa pun syukur kepada ALLAH kerana aku tak terlepas baran aku pada si minah tak de akal ni.. kalau tak jadi kes la pulak...
~
Terima Kasih Ya ALLAH!

Rabu, 20 Oktober 2010

~Bukan.... Ini Kedai Keranda~


Salam Rabu buat teman2 yang sudi singgah...
Lewat petang baru berniat untuk menulis sedikit entri di teratak buruk aku ini...
Tapi entri apa yang nak aku tulis....?
~
Ermmm.... Rasanya kali ni nak bercerita tentang menjawab panggilan telifon lagi sama seperti entri semalam... Seperti biasa aku leka menyalin nombor2 telifon dari buku lama kepada buku baru kerana buku lama terlalu usang untuk di gunakan wartawan dan aku sendiri. Tiba2:
~
Telifon menjerit minta diangkat, sebaik dia angkat kedengaran suara seorang wanita yang mirip suara teman seopisku kak Fizah, dia bertanyakan samaada opis ini adakah bilik editorial? (gaya suara seolah2 main2kan aku/makanya bertambah kuatlah sangkaanku kak fizah)
~
Tapi malangnya nasib aku rupa2nya bukan! dan aku telah pun menjawab pertanyaannya dgn niat nak bergurau dengan kak Fizah, jawabku "Bukan... Ini kedai keranda.." (jawab aku selamba).
~
Bila pemanggil di sebelah sana cuak baru lah aku tahu yang itu bukan rakan sekerjaku...
Aduhhhh... puas aku memohon kemaafan.. walaupun dia tak marah tapi aku dapat rasakan mesti dia kesal dengan layanan aku...
~
Moralnya... Time kerja jangan main2.. heheheh
Kepada si pemanggil minta maaf banyak2 saya tak sengaja puan!!! tolong jangan puan update status FB puan kejadian tadi ya... (^-^)

Selasa, 19 Oktober 2010

Koleksi Gambar Arif

Hari ni Fb tak bleh buka kat opis aku, so tak dapatlah nak menharvest tanaman n ternakan aku di Farmville..hehehe! So tetiba teringatkan laman Freindster aku, memang dah lama tak buka semenjak aku bergiat aktif di Facebook!

Rerupanya banyak gambar Arif masa baby kat freindster aku, kat bawah ni di antaranya:~



Masa ni Arif 1st time belajar duduk,
tengok betapa sukanya dia...

Nakal tak anak Ibu ni?
Makan nugget sampai tertidoo...

Ni masa Arif kena air nesceffe panas,
masa ni umur tak silap Ibu 6 bulan.

Masa kena tahan wad, kiri kanan tangan kena balut!

Masa ni umur 6 bulan masa duk wad KK2,
Jangkitan kuman pada paru2!

Sebenarnya banyak lagi gambar Arif yang nak aku kongsikan tapi nanti bosan pulak kawan2 tengok... manalah tahu hehehehehe!

Ok tata c u again!!!

Pemanggil Misteri


@ opis editorial jam 10.10am, tengah aku ziarah blog member2 tetiba:

Kringggggg... Kringggg bunyi telifon menjerit minta di angkat!
Ishhh sibuk na la tepon ni hehehe rungut orang malas... sebaik di angkat ini lah perbualan aku dengan lelaki yang tak ku kenali tapi sangat di kenali...

Aku: Hello Assalamualaikum...
Pemanggil: Senyap tanpa jawapan..
Aku: Helloooo Assalamualaikumm... (Ulangku lagi)
Pemanggil: Hello Assalamualikum boleh bercakap dengan Mokhtar? (Dengan suara seperti orang sengau)
Aku: Maaf ye encik, boleh call no 1 lagi, 03-4023675* Mokhtar di no yang ini ya!
Pemanggil: Oooo ya ke? ermm Siti Darna ke ni?
Aku: Ya!! (agak pelik siapa mamat ni)
Pemanggil: Saya Atan!!! (Kurang jelas)
Aku: Haaa Apa encik?
Pemanggil: Atannnn... Tak kenal ke?
Aku: Abang! Mencik tau suka main2 kan orang... (geram tak terkata kat my lalink)
Pemanggil a.k.a Suamiku: Hahahhahahahaha (ketawa jahat)

Geram aku dengan lalink aku, saja je buat aku marah pepagi buta ni, kol aku just nak mengusik.. entah apa mimpi dia semalam pagi ni call aku.. selalunya sehari suntuk aku tunggu lewat malam baru lah dia call aku. agaknya rindu kat isterinya yang montel ni kot..hehehee

Sebenarnya aku merinduinya semalaman dan senangtiasa merinduinya.. biasalah bila hidup berkongsi kasih makanya yang tersayang tak selalu di sisi namun aku bahagia...

Airmata dan kesedihan tu biasalah adat dalam rumahtangga...
Aku menyayangimu sayang...

Ya Allah,

Kau peliharalah kami sekeluarga Ya Allah,
Jauhkan kami dari segala mala petaka dan juga murahkan rezki kami sekeluarga,
Eratkanlah kasih sayang kami kerana Mu Ya Allah!!!
Amin Ya Rabbal 'alamin.

Wanita Solehah


Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah.. Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..
Wahai Gadis Solehah.. Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara.. Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..

Mengingatkanku..

Amirul Mukminin Di Zaman Rasullullah S.A.W

Isnin, 18 Oktober 2010

Pish, Bed & Tannak


Sejak dua menjak ni aku suka benar menyakat Ahmad Arif, ntah kenapa seronok tengok gelagat Arif bila di sakat.

Aku: "Arif mari tido dekat ibu yang..".
Arif: "Tannak"
Aku: "Tak pe la bior ibu tido peluk dinding" ~Sambil aku pusing mengadap dinding.
Arif: "Uwwaaaaaa...

Arif pun sekarang ni dah bijak mengikut apa yang aku sebut, tapi yang paling tak bleh nak tahan bila aku ajar dia....

Burung... wung...


Bird... Bed
(sekarang kalau nampak burung memang lekat perkataan Bird)

Yang terbaru Ikan... (Senyap tak mau ikut)

Fish... Pish!!! heheehe anak aku sekarang sudah bertambah bijak...
Syukur alhamdulillah....

Banyak lagi yang Arif sudah pandai sebut Nenek, Bird, fish Dan yang paling aku suka dengar "Tannak" Tiap kali aku bertanya "Arif nak duduk dalam bilik gelap ke?" mesti dia jawab: Tannak!! hehehee

Semoga Arif membesar dengan sihat... Amin!!!

Sembang Pagi Hari bersama Tan Si gadis Cina

Salam buat teman2 yang sudi singgah...
ermmm... hari ni seawal jam 6am hujan lebat turun membasahi bumi, aku yang masa tu baru saja nak bangkit tidur rasa mcm malas pun ada bila suasana menjadi dingin di tiup air dr luar..
"adehhh macamn nak p kerja ni kalau ujan masih tak berhenti?" Detik hatiku.

Lebih kurang setengah jam hujan pun nampaknya makin reda aku tanpa berlengah bersiap untuk menghantar Arif ke rumah pengasuh di tingkat atas. selepas menghantar arif aku terus bergegas ke bus stop, tak boleh berlengah2 lagi kerana waktu2 hujan macam ni biasanya jalan Genting Kelang jem teruk.. Benar sangkaan aku, memang jem teruk sangat, seawal 7.05am aku naik bas, sampai ke depan Tawakal hospital jam 8.30am.

Di dalam bas aku duduk di sebelah kenalan lama bernama Tan semasa berkerja di kedai buku Geleri Nufair dulu, sejak aku pindah ke Editorial ni memang tak pernah jumpa dia, rupa dia pun dah pindah kerja sebulan selepas aku berpindah ke editorial.

Sepanjang perjalanan ke opis dengan jalan yang jem teruk kami bersembang mengenai diri masing2 dan juga keluarga, berlanjutan dengan kos pengasuh anak.. terkejut aku bila Tan memberitahu aku yang anak saudaranya di jaga pengasuh dengan kos 650 sebulan setiap seorang, Masa 7am-7pm! Ya Allah mahalnya. Tan agak terkejut bila tengok perubahan wajah aku yang terkejut mendengar harga yang dia sebut, dia bertanya melayu berapa jaga anak? aku jawab 250-300 sahaja seorang. huhuhu dia lagi terkejut dengan harga yang aku sebutkan.

Ternyata perbezaan sara hidup kaum cina dan melayu amat ketara. syukurlah aku berada di dalam golongan bangsa yang tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi... Alhamdulillah n Thank you Allah!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Cucu Baru Oma~14 oktober 2010

Salam semua teman2 yang sudi menyinggah...

harap2 semua sihat... dah 2 3 hari juga aku tak mencorat coretkan sesuatu di sini, ini semua kerana tak ade mood di sebabkan batuk dan selsema yang menyerangku....

Semalam dalam pukul 6.25pm hubby kol memberitakan yang anaknya Nurain sudah pun sakit bersalin... Ya Allah seronoknya aku kerana akan menerima seorang lagi cucu... tak sabar punya pasal aku mendail no Ain, tapi Mie suami Ain yang jawab, Kedengaran suara di sana amat teruja.

9.05pm~hubbyku kol suaranya kedengaran gembira, masakan tidak Nurain telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah segala puji bagi Allah! Syukur Ya Allah! Tak sabar rasanya aku nak menatap wajah bayi itu mesti cantik seperti ibunya...

Oh tak sabarnya Oma mahu menatap wajahmu sayang...

Semoga menjadi anak yag soleh amin!!!

Rabu, 13 Oktober 2010

~12 Oktober 2010~


12.10.10~Semalam adalah hari lahir suamiku yang ke 43, seawal jam 10.25pm pada 11.10.10 aku sudah siap menghantar sms padanya, kerana malam tu suamiku berkerja. Kerana terlalu mengantuk aku tertidur kerana makan ubat jadi tak kisah lah sbb dah wish awal2.

Abang...

Selamat Hari Lahir abang,
Semoga abang panjang umur, murah rezki dan di permudahkan segala urusan baik didunia mahupun akhirat. Darna sayang abang dunia dan akhirat... Terima kasih kerana menghadiahkan seorang anak yang cukup sifatnya dengan Izin Allah.

Abang...

Jaga diri dan kesihatan ya... supaya abang boleh menjaga kami semua...
muah3x!!!

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10 @ Rumah Kak Shekah cute

Seminggu aku demam, batuk dan selsema, lepas arif berganti ke aku, tapi bila aku beransur nak baik arif pulak mula demam lagi :(! Ubat jgn cakaplah dah habis makan tapi masih tak baik2 batuk ni, sebelum tido aku pastikan yang aku makan ubat begitu juga arif, sudahnya time hubby balik kerja aku tak sedar, bangun pagi ade je dia di sebelah. hubby pun tak mau gerakkan aku mungkin kesian tengok aku tdo keletihan.

Ermm.. walau demam2 pun aku 2 branak, petang semalam aku sampai jugak ke rumah kak shekah, sampai agak lewat sbb keluarga abangku datang ziarah mak, kat sana Kimi & yus dah pun selesai makan, kak shekah masak banyak n macam2... TQ kak shekah!

Kenyang aku makan Ayam bakar, puding roti, spagetti n tart bluberry sungguh nyaman bila di suakan kemulut...

Sbnrnya yang paling syok sbb dapat mengenali kak shekah dan berkumpul dengan Kimi & Yus.. tak lama lagi Yus nak balik Saudi... lepas tu ntah bila2 agaknya boleh jumpa lagi...

apa pun semoga persahabatan ini di redhoi Allah!!!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Duhai Hatiku...

Duhai Hatiku...
Ketahuilah marah itu Api,
Api itu Syaitan...
Lagi kau marah maka bergempita lah
Gelak ketawa Syaitan.

Duhai Hatiku...

Bersabarlah kau...
Banyakkanlah berzikir mengingati-NYA,
Alunkan bacaan ayat suci Al-quran agar sejuk kembali,
Insyaallah kau akan tenang.

Duhai Hatiku...
Di Kala Kau merasa marah,
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu...
Itu pun jika engkau bersabar
Kerana...
Allah bersama orang2 yang bersabar..
Ujian yang kau lalui dan tempuhi tidak sehebat
ujian yang melanda insan lain.

Bersabarlah Duhai Hati...

Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Aku Yang Kehilangan Mod Dan Pasrah

Dah menghala ke petang ni baru lah aku terasa nak menulis lagi di blog sunyi sepi aku ni,

Dari petang semalam lagi aku kehilangan mod, malam kat rumah Arif yang jadi mangsa, salah sikit aku marah... ntah lah knp aku cepat marah betul!

Mengingati balik apa yang di khabarkan seseorang pada aku lewat petang semalam buat hati aku bertambah2 sakit.. entahlah semua benda tak kena pada pandangan mereka. aku dah cuba yang terbaik tapi keburukan aku juga yang mereka nampak.

kadang2 aku pasrah sangat dengan keadaan aku yang tak macam orang lain, aku dah penat melalui perjalanan hidup ini, org2 di sekeliling hanya baik di hadapan tp di belakang perangai mereka mengalahkan aku yang mereka kata jahat atau kurang baik ini.

Seandainya aku berpeluang sudah pasti aku akan sepenuh masa berkhidmat sebagai suri rumah tangga sahaj tak perlu aku susah2 keluar mencari rezki.

Apa yang aku tulis di sini untuk luahan hati aku sahaja, kalau ade sesapa yang terbaja kemuadian dibawa kemeja rundingan terimalah persoalan dari Allah kerana ketahuilah Aku adalah yang teraniaya..... Aku pasrah!

Khamis, 7 Oktober 2010

Kenduri/Jamuan anda di undang atau tidak?



Hai 2 hari tak dapat nak menghadirkan diri ke opis!
Ermmm nak buat entry apa ye kali ni.... td member opis ku minta tolong ajar buat blog... huhuhu mcm2 lah che Net ni... dah ada blog rahsia plak tu.
. buat blog hanya untuk luahan hati sendiri katanya bukan untuk di kongsi....

Antara yang hadir kak Laila Isteri bekas tahanan ISA

Oh ya baru teringat lah hari ni opis aku adakan jamuan aidilfitri, maka 3 ekor kambing berjaya di tumbangkan, tapi kali ni memang mengejutkan, baru 1 lebih makanan sudah pun habis ramai sungguh jemputan yang di luar jangkaan... dengar kata ade rombongan yang menapau makanan... ermmm... kalau setakat datang makan walau tak di jemput tak kisah la sangat coz menda ni melibatkan makannan n jadi darah daging tapi dah lah tak di jemput menapau pulak bawak balik ape kesss?

tak tahukah kamu menghadiri kenduri atau jamuan tanpa jemputan adalah haram? inikan pula kamu memakan makanan yang di sediakan...

Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.

Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.

Tapi hari ini aku dapat melihat begitu ramai manusia yang hadir tanpa di jemput (tp tak tahu lah kalau ade penjemput yang mengunci mulutnya)..

Akibatnya jemputan yang datang kemudian tidak dapat menikmati hidangan yang sepatutnya... semoga di masa akan datang perkara begini tidak akan berulang lagi....

Suasana Jamuan Hari Raya Harakah

3 Kambing yang berjaya di tumbangkan



Isnin, 4 Oktober 2010

Catatan Pendek: Esok 5 Oktober 10

Esok tarikh yang buat aku sedikit berdebar, tarikh temujanji Arif dengan respitorary di IPKL!

ermmm batuk n kahak Arif masih tak berkurangan... bimbang kena tahad wad.

Teringat tahun lepas Arif sihat je masa p check up 3 hari sebelum syawal tup tup kerana batuk berkahak n ade bunyi bila dia bernafas doc tahan.

So mcm yang aku cakap sebelum ni lah, aku beraya di Hospital bersama2 nurse n doc!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perempuan

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Kunci Rumah Hilang


Pagi-pagi hari lagi kesabaran aku dah teruji, selepas menghantar hubby ke pintu aku teringatyang kunci rumah hilang. Terus aku cari kunci rumah, puas cari tapi tak jumpa, dari depan ke bilik, bilik ke dapur, dapur masuk semula ke bilik dan setiap ceruk aku geledah, habis bersepah rumah.

Si Arif pulak mana aku pergi dia ikut di belakang, aku mula pening kepala bila hampir sejam mencari tak jumpa, jam dah menunjukkan pukul 8am, sepatutnya aku dah berada dalam bas untuk ke pejabat, ini tidak aku mmg tak bersiap apa pun.

Buntu.... Arghhhh mana nak cari ni... sambil cari kejap2 aku bertanya pada Arif "adik mana kunci Ibu, adik ade ambil tak?".


Setiap kali aku tanya dia tunjuk dalam beg n bawah meja tapi tempat2 tu aku dah cek berulang kali...

Puas mencari aku call mak cerita masalah aku kemudia call hubbyku.. Dia kata "Cari pelan2 ada tu dalam rumah kita, bukan besar sangat pun... Istighfar 10 ke 20x Insyaallah jumpa".

Mencari dan terus mencari sampai ke lubang tandas aku jengah tapi mmg tak ada... Aku beristighfar beberapa kali dan terus mencari.

Akhirnya aku terduduk dalam bilik kepenatan, kebuntuan dan tersandar di kereta mainan Arif, aku berpaling dan cek bawah tempat duduk kereta untuk kali ke2 tp tak ade, tetiba terpandang lubang di bawah tempat duduk, sambil bertanya pada Arif " ke adik masukkan kat sini?" aku tunggengkan kereta... ada bunyi kunci di dalam... YA ALLAH kat situ rupanya Arif sembunyikan. Alhamdulillah.

Ini kereta tempat Arif sorok kunci rumah.

Ada je kunci dalam tangan aku terus terduduk dan call hubby sampaikan berita baik itu, sambil memeluk Arif aku cium kepala dia sambil menangis, ternyata anak yang demam ini benar2 menguji aku kali ini.

Teringat lewat malam tadi juga aku & hubby kalut mecari puting Arif, tak ada puting tak lena lah tidur Arif, setelah kepenatan aku pun bentang toto n tawakal je lah malam ni kalau Arif meragam. masa nak susun kasut hubby aku terpegang sesuatu didalamnya.. Aduhhh anak ibu dalam kasut abah kamu di letaknya puting....

Arif, Ibu bersyukur sangat sbb pagi td walau pun ibu hilang sabar tp ibu tak marah pada Arif. Rumah yang hanya kecil ibu rasa seperti seluas padang bola waktu mencari kunci tadi. Arif cepat sembuh ya.. Ibu ralat sangat bila Arif semput macam malam tadi..

Jangan Aktif sangat ya hari ini....

Ohh Anakku.... :)

Khamis, 30 September 2010

Arif, Aerochamber & Gas

Sejak Arif demam dan semput ni aku memang tak boleh nak tido malam dengan nyenyak.. begitulah aktiviti ibu2 yang beranak kecil...

Arif pulak kalau dah demam, batuk berkahak n semput semestinyalah kena pam gas Astalin inhaler & Flixotide vohaler melalui Aerochamber (pengantara).

Aerochamber yang Arif Gunakan

Tapi Arif ni memang sedari dulu tak suka kena pam, jadi aku kena pam dia time Arif tdo, Kesian pun ada tapi nak buat macammana dah nasihat doc macam tu.. Kalau di wad lagi lah meraung2 Arif bila tiba untuk ambil nebulizer (neb).


Asthalin Inhaler untuk melegakan semput Arif
Diambil 1 pam setiap 6 jam @ jika keadaan Arif teruk setiap 4 jam.

Flixotide Evohaler Arif mesti ambil 2 pam 2 kali sehari ,
ini untuk mengelak dari semput.

Inilah yang Arif perlu ambil setiap hari sejak setahun lebih yang lalu.
Kadang2 kesian pun ade tapi dari Arif tak sihat n sakit lebih baik aku buat semua ni..

Harapan aku semoga Arif cepat sembuh dan tak perlu melalui semua ni.


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...