Lebih kurang setengah jam hujan pun nampaknya makin reda aku tanpa berlengah bersiap untuk menghantar Arif ke rumah pengasuh di tingkat atas. selepas menghantar arif aku terus bergegas ke bus stop, tak boleh berlengah2 lagi kerana waktu2 hujan macam ni biasanya jalan Genting Kelang jem teruk.. Benar sangkaan aku, memang jem teruk sangat, seawal 7.05am aku naik bas, sampai ke depan Tawakal hospital jam 8.30am.
Di dalam bas aku duduk di sebelah kenalan lama bernama Tan semasa berkerja di kedai buku Geleri Nufair dulu, sejak aku pindah ke Editorial ni memang tak pernah jumpa dia, rupa dia pun dah pindah kerja sebulan selepas aku berpindah ke editorial.
Sepanjang perjalanan ke opis dengan jalan yang jem teruk kami bersembang mengenai diri masing2 dan juga keluarga, berlanjutan dengan kos pengasuh anak.. terkejut aku bila Tan memberitahu aku yang anak saudaranya di jaga pengasuh dengan kos 650 sebulan setiap seorang, Masa 7am-7pm! Ya Allah mahalnya. Tan agak terkejut bila tengok perubahan wajah aku yang terkejut mendengar harga yang dia sebut, dia bertanya melayu berapa jaga anak? aku jawab 250-300 sahaja seorang. huhuhu dia lagi terkejut dengan harga yang aku sebutkan.
Ternyata perbezaan sara hidup kaum cina dan melayu amat ketara. syukurlah aku berada di dalam golongan bangsa yang tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi... Alhamdulillah n Thank you Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan