Salam khamis yang penuh ceria buat sahabat2...
entry kali ni mengenai my mak yg tersayang...
~
Mak saya bernama Rudia binti Sanwan (cantikkan nama mak saya?). Di lahirkan di Tanjung Pagar Singapore dan di besarkan di race course seranggon 1 daerah di sana! Usia mak 4 Nov ni genaplah 64 tahun... Alhamdulillah saya masih lagi di beri peluang bersama2 mak. Tapi kesihatan mak agak membimbangkan, sejak2 usianya menginjak ke 60an mak kerap keluar masuk wad! Kesian mak!!!
Wajah mak ketika dirawat di HKL baru2 ni...
Isnin yang lepas (25 Okt 10) mak jalani rawatan susulan di klinik neprology HKL, di temani adik bongsu saya, doc memberitahu yang buah pinggang mak sudah teruk dan di beri 3 pilihan samaada untuk merawat secara cuci darah atau dialesis yang kosnya mahal (RM2600/sebulan).
Ataupun terus tukar buah pinggang... Ya Allah kesiannya mak... bila dapat tahu keadaan mak, aku terbayang segala dosa2 aku terhadapnya... lama mana aku dapat berbakti kepadanya lagi.. Ya ALLAH lanjutkanlah usia mak!
~
Kepada sahabat2 minta jasa baik doakan kesihatan mak saya ya.... Terima kasih banyak2 semua! buat masa sekarang kami mencuba bagi mak minum air ECPI sebagai rawatan awal! ramai yang kata berkesan...Insyaallah berkat doa kalian mak saya sihat sperti dahulu.. amin!
1 ulasan:
semoga mak bertambah sihat..... Aminnn
Catat Ulasan