Rabu, 20 Oktober 2010

~Bukan.... Ini Kedai Keranda~


Salam Rabu buat teman2 yang sudi singgah...
Lewat petang baru berniat untuk menulis sedikit entri di teratak buruk aku ini...
Tapi entri apa yang nak aku tulis....?
~
Ermmm.... Rasanya kali ni nak bercerita tentang menjawab panggilan telifon lagi sama seperti entri semalam... Seperti biasa aku leka menyalin nombor2 telifon dari buku lama kepada buku baru kerana buku lama terlalu usang untuk di gunakan wartawan dan aku sendiri. Tiba2:
~
Telifon menjerit minta diangkat, sebaik dia angkat kedengaran suara seorang wanita yang mirip suara teman seopisku kak Fizah, dia bertanyakan samaada opis ini adakah bilik editorial? (gaya suara seolah2 main2kan aku/makanya bertambah kuatlah sangkaanku kak fizah)
~
Tapi malangnya nasib aku rupa2nya bukan! dan aku telah pun menjawab pertanyaannya dgn niat nak bergurau dengan kak Fizah, jawabku "Bukan... Ini kedai keranda.." (jawab aku selamba).
~
Bila pemanggil di sebelah sana cuak baru lah aku tahu yang itu bukan rakan sekerjaku...
Aduhhhh... puas aku memohon kemaafan.. walaupun dia tak marah tapi aku dapat rasakan mesti dia kesal dengan layanan aku...
~
Moralnya... Time kerja jangan main2.. heheheh
Kepada si pemanggil minta maaf banyak2 saya tak sengaja puan!!! tolong jangan puan update status FB puan kejadian tadi ya... (^-^)

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...