Khamis, 7 Oktober 2010

Kenduri/Jamuan anda di undang atau tidak?



Hai 2 hari tak dapat nak menghadirkan diri ke opis!
Ermmm nak buat entry apa ye kali ni.... td member opis ku minta tolong ajar buat blog... huhuhu mcm2 lah che Net ni... dah ada blog rahsia plak tu.
. buat blog hanya untuk luahan hati sendiri katanya bukan untuk di kongsi....

Antara yang hadir kak Laila Isteri bekas tahanan ISA

Oh ya baru teringat lah hari ni opis aku adakan jamuan aidilfitri, maka 3 ekor kambing berjaya di tumbangkan, tapi kali ni memang mengejutkan, baru 1 lebih makanan sudah pun habis ramai sungguh jemputan yang di luar jangkaan... dengar kata ade rombongan yang menapau makanan... ermmm... kalau setakat datang makan walau tak di jemput tak kisah la sangat coz menda ni melibatkan makannan n jadi darah daging tapi dah lah tak di jemput menapau pulak bawak balik ape kesss?

tak tahukah kamu menghadiri kenduri atau jamuan tanpa jemputan adalah haram? inikan pula kamu memakan makanan yang di sediakan...

Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.

Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.

Tapi hari ini aku dapat melihat begitu ramai manusia yang hadir tanpa di jemput (tp tak tahu lah kalau ade penjemput yang mengunci mulutnya)..

Akibatnya jemputan yang datang kemudian tidak dapat menikmati hidangan yang sepatutnya... semoga di masa akan datang perkara begini tidak akan berulang lagi....

Suasana Jamuan Hari Raya Harakah

3 Kambing yang berjaya di tumbangkan



Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...