Selasa, 19 Oktober 2010

Pemanggil Misteri


@ opis editorial jam 10.10am, tengah aku ziarah blog member2 tetiba:

Kringggggg... Kringggg bunyi telifon menjerit minta di angkat!
Ishhh sibuk na la tepon ni hehehe rungut orang malas... sebaik di angkat ini lah perbualan aku dengan lelaki yang tak ku kenali tapi sangat di kenali...

Aku: Hello Assalamualaikum...
Pemanggil: Senyap tanpa jawapan..
Aku: Helloooo Assalamualaikumm... (Ulangku lagi)
Pemanggil: Hello Assalamualikum boleh bercakap dengan Mokhtar? (Dengan suara seperti orang sengau)
Aku: Maaf ye encik, boleh call no 1 lagi, 03-4023675* Mokhtar di no yang ini ya!
Pemanggil: Oooo ya ke? ermm Siti Darna ke ni?
Aku: Ya!! (agak pelik siapa mamat ni)
Pemanggil: Saya Atan!!! (Kurang jelas)
Aku: Haaa Apa encik?
Pemanggil: Atannnn... Tak kenal ke?
Aku: Abang! Mencik tau suka main2 kan orang... (geram tak terkata kat my lalink)
Pemanggil a.k.a Suamiku: Hahahhahahahaha (ketawa jahat)

Geram aku dengan lalink aku, saja je buat aku marah pepagi buta ni, kol aku just nak mengusik.. entah apa mimpi dia semalam pagi ni call aku.. selalunya sehari suntuk aku tunggu lewat malam baru lah dia call aku. agaknya rindu kat isterinya yang montel ni kot..hehehee

Sebenarnya aku merinduinya semalaman dan senangtiasa merinduinya.. biasalah bila hidup berkongsi kasih makanya yang tersayang tak selalu di sisi namun aku bahagia...

Airmata dan kesedihan tu biasalah adat dalam rumahtangga...
Aku menyayangimu sayang...

Ya Allah,

Kau peliharalah kami sekeluarga Ya Allah,
Jauhkan kami dari segala mala petaka dan juga murahkan rezki kami sekeluarga,
Eratkanlah kasih sayang kami kerana Mu Ya Allah!!!
Amin Ya Rabbal 'alamin.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...