Khamis, 21 Oktober 2010

Pagi Yang menguji Kesabaran

Seawal 8 pagi aku dah pun tercegat di hadapan opis, seperti biasa aku singgah di opis iklan untuk bersarapan dengan member2 di sana, sebaik aku membuka pintu kelihatan Kak Mek sedang makan di tempat menyambut tetamu bukan di ruang makan seperti biasa.. aku pelik dan terus bertanya kenapa? Kak Mek menjawab "Minah tu tengah sibuk, hari ni kan dia buat jamuan besday dia" "Ooooo... ermm tak pe lah" jawab aku n terus masuk dan duduk di kerusi tanpa menegur si minah yang sibuk itu.

~
Awalnya tak ade apa yang berlaku tapi selang beberapa minit, si minah ni mula buat hal, sengaja menjemput orang lain makan tanpa menjemput aku, (tadak hal lah coz aku dah pun beli nasi lemak, lagi pun nasi dagang bukan makanan saya). Kemudian berlanjutan dengan ayat2 yang menyakitkan dan menyampuk apa yang aku bersembang dengan member2 yang lain, salah seorang member aku dah hangin dan ikut hatinya nak je menampar si minah tadak akal ni.
~
Paling aku menyampah dan buat aku ketar nak menampar muka si minah ni bila dia berkata: "Kak mi & kak mek jemputlah
makan, akak berdua ada dalam senarai jemputan yang di jemput sahaja boleh makan" ~
~
(aku berkata dlm hati) Ko ingat aku ni kebulur sangat ke nak makan hidangan ko tu yang aku boleh beli kat tepi2 jalan tu? kenapa lah ko tetiba jadikan aku bahan kegilaan ko hari ini? tangan aku dah menggeletar menahan marah dan terasa sangat ringan tangan ni nak menampar muka si minah yang cetek akal ni, tapi kenangkan dia tu orang kurang akal aku bersabar. tapi sempat juga aku perli dengan kata-kata "Korang pernah dengar tak orang nak buat pahala tapi dapat dosa?". (Puas Hati aku walaupun kakak2 di bawah menahan aku dr terus berkata2 lagi).
~
Ermmm bukan aku sorang saja yang serabut dengan perangai si minah ni tapi ramai lagi cuma diorang punya sabar yang lebih, macammana aku nak sabar kalau tetiba je menyakitkan hati aku pepagi hari, aku datang ke opis dengan perasaan yang seronok n ceria tetiba ginni jadinya. mujurlah my hubby call menceriakan hati isterinya yang tengah hot tahap gaban ni... sayang u darling!!!
~
Walau apa pun syukur kepada ALLAH kerana aku tak terlepas baran aku pada si minah tak de akal ni.. kalau tak jadi kes la pulak...
~
Terima Kasih Ya ALLAH!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...