Jumaat, 1 Oktober 2010

Kunci Rumah Hilang


Pagi-pagi hari lagi kesabaran aku dah teruji, selepas menghantar hubby ke pintu aku teringatyang kunci rumah hilang. Terus aku cari kunci rumah, puas cari tapi tak jumpa, dari depan ke bilik, bilik ke dapur, dapur masuk semula ke bilik dan setiap ceruk aku geledah, habis bersepah rumah.

Si Arif pulak mana aku pergi dia ikut di belakang, aku mula pening kepala bila hampir sejam mencari tak jumpa, jam dah menunjukkan pukul 8am, sepatutnya aku dah berada dalam bas untuk ke pejabat, ini tidak aku mmg tak bersiap apa pun.

Buntu.... Arghhhh mana nak cari ni... sambil cari kejap2 aku bertanya pada Arif "adik mana kunci Ibu, adik ade ambil tak?".


Setiap kali aku tanya dia tunjuk dalam beg n bawah meja tapi tempat2 tu aku dah cek berulang kali...

Puas mencari aku call mak cerita masalah aku kemudia call hubbyku.. Dia kata "Cari pelan2 ada tu dalam rumah kita, bukan besar sangat pun... Istighfar 10 ke 20x Insyaallah jumpa".

Mencari dan terus mencari sampai ke lubang tandas aku jengah tapi mmg tak ada... Aku beristighfar beberapa kali dan terus mencari.

Akhirnya aku terduduk dalam bilik kepenatan, kebuntuan dan tersandar di kereta mainan Arif, aku berpaling dan cek bawah tempat duduk kereta untuk kali ke2 tp tak ade, tetiba terpandang lubang di bawah tempat duduk, sambil bertanya pada Arif " ke adik masukkan kat sini?" aku tunggengkan kereta... ada bunyi kunci di dalam... YA ALLAH kat situ rupanya Arif sembunyikan. Alhamdulillah.

Ini kereta tempat Arif sorok kunci rumah.

Ada je kunci dalam tangan aku terus terduduk dan call hubby sampaikan berita baik itu, sambil memeluk Arif aku cium kepala dia sambil menangis, ternyata anak yang demam ini benar2 menguji aku kali ini.

Teringat lewat malam tadi juga aku & hubby kalut mecari puting Arif, tak ada puting tak lena lah tidur Arif, setelah kepenatan aku pun bentang toto n tawakal je lah malam ni kalau Arif meragam. masa nak susun kasut hubby aku terpegang sesuatu didalamnya.. Aduhhh anak ibu dalam kasut abah kamu di letaknya puting....

Arif, Ibu bersyukur sangat sbb pagi td walau pun ibu hilang sabar tp ibu tak marah pada Arif. Rumah yang hanya kecil ibu rasa seperti seluas padang bola waktu mencari kunci tadi. Arif cepat sembuh ya.. Ibu ralat sangat bila Arif semput macam malam tadi..

Jangan Aktif sangat ya hari ini....

Ohh Anakku.... :)

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...