Sejak Arif demam dan semput ni aku memang tak boleh nak tido malam dengan nyenyak.. begitulah aktiviti ibu2 yang beranak kecil...
Arif pulak kalau dah demam, batuk berkahak n semput semestinyalah kena pam gas Astalin inhaler & Flixotide vohaler melalui Aerochamber (pengantara).
Aerochamber yang Arif Gunakan
Tapi Arif ni memang sedari dulu tak suka kena pam, jadi aku kena pam dia time Arif tdo, Kesian pun ada tapi nak buat macammana dah nasihat doc macam tu.. Kalau di wad lagi lah meraung2 Arif bila tiba untuk ambil nebulizer (neb).
Asthalin Inhaler untuk melegakan semput Arif
Diambil 1 pam setiap 6 jam @ jika keadaan Arif teruk setiap 4 jam.
Flixotide Evohaler Arif mesti ambil 2 pam 2 kali sehari ,
ini untuk mengelak dari semput.
Inilah yang Arif perlu ambil setiap hari sejak setahun lebih yang lalu.
Kadang2 kesian pun ade tapi dari Arif tak sihat n sakit lebih baik aku buat semua ni..
Harapan aku semoga Arif cepat sembuh dan tak perlu melalui semua ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan