Selasa, 7 September 2010

Aku tak sanggup kehilangan dia



Sejak kebelakangan ini aku begitu mudah mengalirkan airmata terutama bila membaca pengalaman sahabat2 yang pernah melalui keperitan kehilangan cahayamata yang teramat disayangi. Setiap kali bertamu ke blog2 mereka hati aku jadi sayu, tanpa sedar airmata mengalir mengiringi kesedihan ibu2 yang tabah ini.

Ya Ahmad Arif sentiasa bermain2 di ingatanku...

Aku tak sanggup kehilangan dia, aku tidak sekuat ibu2 yang tabah mengharungi keperitan kehilangan insan tersayang... apabila aku membaca kisah2 trsebut aku jadi ngeri bila mengingatkan saat2 aku perlu membuat
keputusan untuk Arif tanpa dapat berbincang dengan suami atas beberapa kesulitan.

Bronchomalacia!!! itu lah penyakit Arif, Alhamdulillah ia tidak berada di tahap yang membimbangkan, namun sebagai seorang ibu aku tak trdaya melihat Arif waktu itu baru berusia di bawah 1 tahun terpaksa melaui bermacam2 ujian untuk mengesan penyakitnya. (CTscan~PH study~Bronchoscoping~Suction)

Masa ni mmg tak bleh tahan bila tengok
wayar berselirat kat badan Arif!!!

Masa ni Arif 6 bulan perlu kan oksigen & Neb

Arif with Harraz, awal bertemu di KK2 dan last di KK5
Sihatlah hendaknya Harraz

Ni masa Arif pakai D-Tab untuk PH Study yang mana mesin ni memantau susu2 yang arif minum naik n masuk kedalam paru2 atau tidak~ 24jam perlu pakai.

Mcm biasa Nebulizer 4 or 6 jam sekali

Nebulizer juga...

Ya Allah kau peliharalah anakku dan anak2 kami semua... Panjangkan lah usia mereka supaya dapat kami mencurahkan kasih sayang kami kepada mereka... Berilah kekuatan pada sahabat2ku yang pernah melalui kepritan ini.... Amin

Al-Fatihah buat:

  • Anakanda Bidadari Alanna Qish
Damailah dikau di sana sayang... Ibu sentiasa mendoakan kamu dan teman2 yang bersama2 mu disana.
Sesungguhnya Mummy Alanna seorang yang tabah...


2 ulasan:

Ila berkata...

Salam Ziarah,

Semoga anak ibu cepat sembuh dan sihat. Amin

Kasih Ibu Arif berkata...

tq ila...

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...