Khamis, 30 September 2010

Warkah Bisu Buat Kakak


Kakakku...

Adikmu ini terlalu merindui kalian,
Bilakah agaknya masa dapat menyatukan kita?

Kakakku Y...

Agaknya kenapa kau terlalu membenciku?
Kata abang kakak Y tak marah kat adik, kakak Y cuma terkejut dengan kehadiranku.
Betul kah kakak Y?

Kakakku...

Tak rindukah kakak Y dan kakak M pada adik?
Adik terlalu merindui kalian.

Bilakah agaknya abang mahu menggunakan kuasa vetonya untuk menyatukan kita?

Adik tak sabar kakak!
Abang kata "Sabar lah akan sampai suatu hari nanti".

Bila? Bilakah suatu hari nanti yang abang katakan?

Adik tak sabar kakak.
Adik mahu peluk kakak Y dan juga kakak M.
Adik mahu cium tangan dan pipi kakak Y dan kaka M.

Kakakku M...

Adik minta maaf kerana selalu mengusik kakak...
Kadang2 adik minta hak kakak, dan kakak memberikan,
Walaupun adik tahu gelora hati kakak M ketika itu,
Tapi adik nak juga, dan adik khabarkan pada abang yang kakak sudah izinkan.
Maafkan adik kakak M, kakak terima kasih juga kerana sudi menjaga Arif sepanjang adik berkerja... kakak memang baik.

Kakak Y Dan Kakak M...

Agaknya bila kita boleh sama2 memasak lauk kesukaan abang bersama2?
Bila ya kak?
Tak mengapa, Adik akan terus meminta dari ALLAH supaya tunaikan impian adik...
kakak pun doa sama ya?

Adik sentiasa mendoakan kakak berdua.

Semoga kita bertiga menjadi isteri yang solehah buah hati abang, penyejuk hati abang dan pengubat duka lara abang.

Ameen!!!!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...