Seharian aku menziarahi blog2 yang menceritakan tentang ibu yang kehilangan anak selepas di lahirkan juga yang masih berjuang menjaga anak2 yang sedang menderita bermacam penyakit.
Airmata aku tahan dari jatuh di hadapan teman2 yang melewati tempatku. :) ada sedikit perasaan malu, di pejabatku bukan tak ada teman2 yang mana anak mereka menderita sakit, ada aku sentiasa berdoa untuk mereka, antaranya anak kak Anis si Akif yang mengidap penyakit paru2 antaranya Trachea Bronchial Malacia, sama seperti Arif anak kesayanganku cuma Arif cuma Broncho Malacia.
Nureen Irdina anak kepada Peddy yang baru2 ni tenat di HTAA, Juga masalah yang lebih kurang sama dengan Arif N Akif! Dan Admit Wad baru ni kerana Jangkitan kuman pada paru2, dan Insyaallah 2 3 hr lagi Nureen di benarkan discharge dr wad! (Isk... Terganggu coretan aku coz Kak Anis lalu depan aku n aku menangis terkenang anak2 kami).
Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku gemar mencari blog2 yang memaparkan kisah anak2 yang telah pergi mahu pun yang masih ada tetapi sedang sakit. Niat aku bukanlah untuk suka2 tapi aku mahu mendoakan mereka dan berkongsi kisah suka duka mereka.
Setidaknya aku sedar betapa berharganya seorang Arif di sisi aku, bukanlah bermakna sblm ini aku tidak menghargai dia tapi sekarang aku lebih menghargainya.
Ya Allah Panjangkan lah Usia Anak2 kami dan berikanlah kesihatan yang sempurna pada mereka, dan tempatkan lah roh anak2 yang telah pergi mengadap MU di tempat orang2 yang beriman Ameen!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan