Selasa, 7 September 2010

Ramadhan berlalu Syawal menjelma

Aidilfitri semankin menghampiri, tinggal 2 hari shj lg Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita, Apakah tahun hadapan masih di beri peluang untuk diri ini menikmati berpuasa di bulan Ramadhan?

Aidilfitri!!! Tahun lepas aku beraya di Institut Pediatrik Kuala Lumpur (IPKL). 3 hari sebelum menjelang raya Arif kena tahan wad.. so beraya lah aku dalam wad bersama 7 ibu2 yang lain.

Bila di kenang2 kembali terasa sayu waktu mendengar suara takbir dari masjid berhampiran, mujurlah nurse2 begitu memahami dan sentiasa membuatkan kami terhibur.

Alhamdulillah insyaallah raya tahun ini aku dan ahmad arif akan beraya di samping suami tercinta jika diizinkan Allah!

Arif... ibu sayang sangat Arif, walaupun... ibu agak garang dengan Arif tapi Arif tetap buah hati pengarang jantung ibu, pengubat duka lara ibu, peneman setia ibu di kala ibu kesepian dan kesunyian.

Arif sekarang dah pandai sebut bird,cat,susu,ujan,ukak dan yang paling ibu suka bila Arif sebut Bibi (baby). kadang2 semua benda Arif sebut panggil baby hatta sampai ke botol susu pun Arif panggil baby.

Pagi tadi masa sahur ibu sembang ngan abah pasal perkataan2 yang Arif dah pandai sebut, abah minta ibu ajar Arif ~Alif,Ba',Ta' dan seterusnya... Insyaallah!!!

Sayang anak ibu... Muah!


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...