Isnin, 27 September 2010

Bidadari Syurga

Tak tahu apa aku nak coretkan kali ini, aku pun dah ketandusan idea, so aku cuma menziarahi blog2 yang terluahnya isi hati ibu2 yang kehilangan anak kesayangan kerana di jemput awal untuk berada di sisi Allah antaranya:

Sepanjang aku menziarahi blog2 ini buat hati aku kagum dengan kekuatan ibu2 ini. Tak terbayang seandainya aku berada di tempat mereka, kekuatan yang mereka miliki sememangnya bukan calang2 org yang boleh melaluinya, dimana silap perhitungan boleh membuat seseorang hilang pertimbangan. Namun bagi aku ibu2 ini terlalu kuat berbanding aku yang hanya melalui sedikit ujian dari yang Esa!

Maryam, Alanna & Mia...

Sewaktu ibu melewati taman2 yang melakarkan kisah dan nukilan luahan rasa hati ibu kalian buat ibu terasa terlalu menginginkan memeluk anak ibu setiap waktu..

  • (kerana mahu menghargai masa yang Allah berikan ibu untuk bersama anak ibu)
  • (kerana ibu tak sekuat ibu2 kalian nak!)
  • (kerana ibu takut kehilangan anak ibu, walaupun kematian sesuatu yang pasti)
Wajah putih bersih kalian buat ibu begitu tenang tapi sayu, ini ibu yang merasakannya mungkin ibu2 kalian lagi hebat mainan perasaan mereka. setiap saat dan detik waktu kalian sentiasa berlegar2 di fikiran mereka.

Doa dari ibu semoga kalian tenang dan damai di sana bersama2 bidadari syurga yang mengasuh kalian dengan sempurna.


Al-Fatehah buat anak2 bidadari syurga!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...