Khamis, 23 September 2010

Hatiku Tersentuh, Doakanlah Aku

Sejak akhir-akhir ni naluri keibuan aku begitu mudah tersentuh bila menziarahi blog2 yang mencoretkan luahan hati ibu2 yang kehilangan anak atau pun yang sedang berjuang menjaga cahayamata yang kesihatan terganggu.

Mampukah aku jika aku berada di tempat mereka? walaupun aku juga pernah melalui saat getir menjaga anak di wad kerana sakit, tapi bagiku ujian ibu2 ini lebih hebat dan berat dari apa yang aku lalui. Sesungguhnya mereka ibu2 yang tabah.

Setahun yang lalu Arif di tahan wad 3 hari sblm raya, masa tu Allah je yang tahu betapa ralatnya aku ketika tu. 1st year beraya sebagai ibu tapi di hospital pula.

Mak, selalu marah pada aku, katanya aku terlampau garang pada Arif, garang sangatkah aku? bila aku ingat kembali ya aku lah ibu yang garang milik Arif.

Sedayanya aku menahan untuk tidak garang-garang lagi pada Arif, aku semankin memahami erti kasih sayang seorang ibu, erti menghargai seorang anak semuanya apabila aku mula menziarahi blog2 yang memaparkan kisah anak2 dan ibu2 yang ku sebut diatas.
Sabarlah Ibu Arif!!! Arif anak yang sedang membesar, ragam yang kadang2 mencabar naluri dan kesabaranku sebagai ibu... aku harus kuat, sabar dan cekal. Doakanlah aku ini ibu yang serba kekurangan ini.


Semoga senyuman Arif berpanjangan menyinari hidupnya


Wajah yang menenangkan jiwaku


Renungan matamu membuat aku tertawan


Dua Insan yang ku cintai (Arif seminggu)

******

Buat anak ibu Ahmad Arif Atan

Maafkan ibu seandainya ibu bukanlah yang terbaik untukmu.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...