Isnin, 20 September 2010

Airmata Dan Syawal

Tahun ini tahun ke 4 aku menyambut syawal sebagai seorang isteri dan juga merupakan tahun ke 2 menyambut syawal sebagai ibu kepada permata hati ku yang tersayang. Dan mengikut perancangan tahun ini aku akan menyambut syawal di samping suami tercinta sehingga ke 3 syawal. Namun kuasa dan takdir Allah menentukan segalanya. lain di rancang lain yang terjadi.

Walaupun begitu aku bersyukur kerana berkesempatan menjadi insan pertama yang mengucup tangan suamiku di pagi syawal memohon kemaafan darinya, Ketika bersalaman dan memohon kemaafan sedikit tazkirah ringkas tapi cukup membuatkan hatiku sebak dan Airmata mengalir selaju air terjun yang menghempas batu.

Antara kata2 yang suamiku ucapkan buat aku tersentuh hiba adalah "Darna jangan salah sangka, abang bukan mengungkit kesalahan2 yang pernah Darna lakukan samaada secara sengaja atau tidak, sebagai suami abang sekadar mahu menegur supaya Darna tahu di mana kesilapan Darna, dan semoga dapat Darna baiki kesilapan dan kekurangan diri". Saat itu barulah aku sedar yang selama ini aku banyak melakukan kesilapan. Maafkan Isterimu wahai suamiku...

Ya Allah Jadikanlah hamba MU ini Isteri yang cerdik dan solehah, penyejuk mata juga penawar duka suamiku... Amin!!!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...