Memaparkan catatan dengan label Anak kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak kecil. Papar semua catatan

Isnin, 22 September 2014

RESEPI ISTIMEWA MEAL SHAKES SHAKLEE

Jumpa lagi petang ni, haaa kali ni nak story pasal meal shakes lagi, ramai juga yang tanya meal shake ni boleh ke campur dengan apa-apa jenis minuman? boleh la sangat, bukan sekadar campur dalam minuman, nak buat kek, aiskrim, lempeng dan apa je lah semua boleh campur meal shakes selain sedap ia juga berkhasiat.

Kat bawah ni antara resepi yang boleh anda cuba, In Sha ALLAH anak yg liat nak minum meal shakes tu pasti akan suka n minta sokmo.

Isnin, 15 September 2014

Susu Kambing Lennoza


SUSU KAMBING LENNOZA SUSU UNTUK KETAJAMAN MINDA DIFORMULASIKAN
7 RUMUSAN ISTIMEWA (KURMA, KISMIS, BUAH TIN, DELIMA, HABBATUS SAUDA, ZAITUN, ZA'FARAN) TANPA GULA DAN TANPA BAU

Sabtu, 26 Mac 2011

.:: Ke Night Market @ Setapak Jaya ::.

Salam,
Ermm dah lama rasenyer ibu tak p pasaq malam aka night market setapak jaya.
So petang tadi dalam 6.30pm terkedek2 la ibu ngan Arif p pasaq malam, p naik bas T302.
Arifkan suka naik bas... Sampai je p,malam ibu terus singgah tempat DVD, hajat nak beli DVD upinipin lagi.
Tapi tak jadi.. ibu beli DVD barney untuk Arif, biar dia belajar BI skit... 


Pastu Singgah beli Mainan Arif sbb hari tu masa jatuh tangga pujuk dia nak beli mainan baru,
Tapi ibu bukan beli mainan yg tak de faedah k, ibu beli English Learner (22 xtvt untuk my little boy)


Tadaaaaa inilah dia dari rege RM38.90 Ibu kecek2 dapatlah rege RM33.00



Dah Dapat dah... Sangat teruja dapat lap top sendrik..
Lepas ni jgn kacau notebook Ibu ye sayang musyuk masyam!



Kusyuk kan Arif ngadap Laptop baru dia
(laptop la jugak kan)

Lepas dapat barang2 tu semua dia sibuk ajak balik... 
ermmm bertuah punya anak.. ibu ni tak sempat beli apa pun tau..
makanya ibu just beli laksa penang & 3 cucuk steamboat untuk Arif.
& 7.35pm Ibu dah sampai umah... 



'

Rabu, 23 Mac 2011

.:: Buah Hati Ibu ::.


Arif dlm pantang...
Rasa baru je semalam lahirkan budak musyuk-musyuk ibu ni.
Ermmm semalam Arif sibuk  tengok cubang yang bercet cet dlm bilik air.
Ibu suruh Arif keluar, "Arif kuar yang x mo men dlm bilik air kotoq".... Diam je..
"Arif Keluar!"(Nada tinggi) - Arif: "Ye Mak, Jap jap abg tauu" Sambil keluar dr bilik air.



Adehhhh... 
Dah busat anak ibu ni, akal pun panjang dah, menjawab pandai sesangat la.. siap cakap abg tau bila ibu suruh keluar... Ermmm dah la masih tak boleh nak panggil IBU, Mak, Mak je yg dia sebut, tapi bila dia panggil IBU buat ibu tersentuh naluri keibuan ibu ni.. Haii Arif Arif.... Sekarang ni plak suka benor tengok katun upin ipin, hari tu tengok suh amik bawak keluar budak botak tu, dah dapat... Terbaru nak kan rambutan plak... aduhaii mmg betul la budak2 suka mengikut apa yang dia tengok... Dah janji dapat gaji ni nak belikan dia rambutan. 
.
Skrg ni pun dah mandai nak majuk2, dah 3 kali seingat ibu Arif x mau balik umah bila ibu p amik lps balik kerja kat umah pengasuhnya. memula masa pagi abg firdaus dia anto, dia menangis tak mau p sbb ibu ngan abah dia ade kat bawah.. abg dia dukong so melalak2 lah Arif mengamuk. cian abg daus dah la kecik kena dukung Arif naik tingkat 5 plak. 

Kali ke2, petang semalam semua gara2 x dpt ikut abah dia naik kette p kerja, puas lah ibu memujuk Arif ajak balik... sampai umah duk merengek je, teringat gambar upin ipin kat pintu esbok, suwoh dia berdiri ibu nak amik gambar, baru lah ok.... tengoklah senyumm meleret je tu....  Besar dah anak ibu 14 Dec ni genaplah 3 tahun... Nanti ibu bagi adik kat Arif ye kalau ALLAH izinkan ye sayang Muahhhh!!!!





'

Rabu, 16 Februari 2011

Ternyata dia memahami...

2 Tahun yang lepas tanggal 14 dec 2008 ibu selamat melahirkan insan paling ibu kasihi kini, dialah yang mengisi segala kekosongan dihati ibu, dialah teman ketika duka lara ibu, Ketika ibu sedih ibu peluk dia erat2, ibu luahkan perasaan ibu pada dia walau pun bagi ibu dia tidak memahami...
.

Isnin, 27 September 2010

Anak-Anak Teman Sekerjaku


Seharian aku menziarahi blog2 yang menceritakan tentang ibu yang kehilangan anak selepas di lahirkan juga yang masih berjuang menjaga anak2 yang sedang menderita bermacam penyakit.

Airmata aku tahan dari jatuh di hadapan teman2 yang melewati tempatku. :) ada sedikit perasaan malu, di pejabatku bukan tak ada teman2 yang mana anak mereka menderita sakit, ada aku sentiasa berdoa untuk mereka, antaranya anak kak Anis si Akif yang mengidap penyakit paru2 antaranya Trachea Bronchial Malacia, sama seperti Arif anak kesayanganku cuma Arif cuma Broncho Malacia.

Nureen Irdina anak kepada Peddy yang baru2 ni tenat di HTAA, Juga masalah yang lebih kurang sama dengan Arif N Akif! Dan Admit Wad baru ni kerana Jangkitan kuman pada paru2, dan Insyaallah 2 3 hr lagi Nureen di benarkan discharge dr wad! (Isk... Terganggu coretan aku coz Kak Anis lalu depan aku n aku menangis terkenang anak2 kami).

Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku gemar mencari blog2 yang memaparkan kisah anak2 yang telah pergi mahu pun yang masih ada tetapi sedang sakit. Niat aku bukanlah untuk suka2 tapi aku mahu mendoakan mereka dan berkongsi kisah suka duka mereka.

Setidaknya aku sedar betapa berharganya seorang Arif di sisi aku, bukanlah bermakna sblm ini aku tidak menghargai dia tapi sekarang aku lebih menghargainya.

Ya Allah Panjangkan lah Usia Anak2 kami dan berikanlah kesihatan yang sempurna pada mereka, dan tempatkan lah roh anak2 yang telah pergi mengadap MU di tempat orang2 yang beriman Ameen!!!

Khamis, 23 September 2010

Kanak-Kanak 5 tahun Maut Tersepit Meja Lipat

Terkedu aku mendengar berita ini awal pagi tadi, bagaimana kejadian ini boleh berlaku, baru2 ini sebelum syawal aku memang berhajat untuk membeli meja lipat seperti yang mengepit leher arwah kanak-kanak ini.

Tetapi kerana kesibukan hubbyku asyik tertangguh sehinggakan beberapa kali aku merajuk dan akhirnya putus angin nak beli meja tu.

Memang pada awalnya kakak iparku menasihatkan jangan beli meja lipat takut kejadian tak dingini berlaku, Alhamdulillah syukur aku masih tak membelinya.

Arwah telah selamat di semadikan pada jam 11am tadi

Al-Fatehah buat beliau semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangnya!

Syafiyah Humaira

Masih ingatkah teman2 kes pembunuhan kanak-kanak berumur tiga tahun yang mana suspek, seorang pemandu teksi yang juga teman lelaki kepada ibu mangsa telah membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. Perkembangan terbaru kes tersebut akhirnya, hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan kepada Mohd Fazli Azri atas kesalahan yang dilakukannya.

Inilah wajah pembunuh yang takberhati perut itu!!!


TETAP SAYANG PEMBUNUH ANAK!!! Dimanakah naluri keibuan wanita ini? jika aku tak kan ku pandang lagi wajah lelaki durjana ini apatah lagi untuk menyayanginya.
Nilai nyawa anak yang diragut jantan durjana ini terlalu murahkan bagi si ibu ini sehinggakan masih lagi menyatakan perasaan sayangnya pada si pembunuh anaknya??? dunia..dunia...

Apa yang bermain di fikiran ibu ini agaknya?
Cintamu membunuh segalanya bagi aku wahai ibu Syafiyah Humaira.


Ya Allah Peliharalah anak2 kecil didunia ini dari segala malapetaka dan bahaya yang sentiasa ada dimana2.. Lindungilah mereka Ya Allah...
Amin Ya RAbbal 'Alamin..

Al-Fatihah buat anakanda Syafiah Humaira
Semoga dikau damai disana

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...