Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Mac 2011

.:: Ke Night Market @ Setapak Jaya ::.

Salam,
Ermm dah lama rasenyer ibu tak p pasaq malam aka night market setapak jaya.
So petang tadi dalam 6.30pm terkedek2 la ibu ngan Arif p pasaq malam, p naik bas T302.
Arifkan suka naik bas... Sampai je p,malam ibu terus singgah tempat DVD, hajat nak beli DVD upinipin lagi.
Tapi tak jadi.. ibu beli DVD barney untuk Arif, biar dia belajar BI skit... 


Pastu Singgah beli Mainan Arif sbb hari tu masa jatuh tangga pujuk dia nak beli mainan baru,
Tapi ibu bukan beli mainan yg tak de faedah k, ibu beli English Learner (22 xtvt untuk my little boy)


Tadaaaaa inilah dia dari rege RM38.90 Ibu kecek2 dapatlah rege RM33.00



Dah Dapat dah... Sangat teruja dapat lap top sendrik..
Lepas ni jgn kacau notebook Ibu ye sayang musyuk masyam!



Kusyuk kan Arif ngadap Laptop baru dia
(laptop la jugak kan)

Lepas dapat barang2 tu semua dia sibuk ajak balik... 
ermmm bertuah punya anak.. ibu ni tak sempat beli apa pun tau..
makanya ibu just beli laksa penang & 3 cucuk steamboat untuk Arif.
& 7.35pm Ibu dah sampai umah... 



'

.:: Obses Ngan Upin & Ipin ::.

Petang semalam ibu balik2 tengok adik lelaki ibu demam panas,
Hati ibu ni terusik sbb bila dia sakit arwah mak lah yg duk uruskan makan minum dia, ni arwah dah tak de jaga diri sendrik la jawabnya, tapi ibu tak de lah lepas tangan tau.. ermm sampai umah cek telifon rupenye ade msg dr adik ibu suruh beli air kotak milo. Siannya.... adehh gaji tak masuk lagi macammana ni...
.
Ermmm Pk punya pk try kol member opis tny gaji, alhamdulillah dah clear ptg semalam so ibu pun terus siap2 p K4 wangsa maju, alang2 kuar tu p sana teruslah boleh beli barang arif skali. Kat K4 biasalah Arif buat prangai, kena cubit je ngan ibu, tetibe ibu teringat nak ke farmasi tetengah K4, masuk je area tu Arif dah jerit2 upin ipin rupenye dia nampak barangan baby ade gambar 2 budah botak tu, seperti biasa jika hajat tak dipenuhi mengamuk sakan lah...  so ibu belek2 ade cream bath... tengok harge pun tak mahal ibu sambar 1 & arif senyum puas hati.. Geram kannnn?

Inilah Cream Bath yg Arif amukkan!!!

Lepas dah bayar semua ibu terus p kaunter P1 wimax bayar bil sbb nak on9 sampai lebam.. 
Alhamdulillah settle semua...





'

Jumaat, 13 November 2009

Kek Besday Adam Ammar Anak Sahabat Baikku..






Inilah kek besday anak member aku Adam Ammar yang genap setahun pada 5/11/09 baru2 ni. Lawakan kek bentuk kumbang nih? bulan depan buah hatiku pulak genap setahun pada 14/12/09, tak sabar nak tunggu hari tu sbb aku berniat hendak meraikan ulangtahun kelahiran Arif yang pertama ni.



Inilah buah hati aku Ahmad Arif & buah hati sahabatku Adam Ammar
Doakan mereka menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat...Ameen!!!

Khamis, 12 November 2009

Cerita Sambal Belacan & Terlajak Bas



Seawal tiga pagi aku mendapat arahan supaya masuk ke dapur untuk menyediakan sambal belacan oleh yang berhormat Dato' Atan Ahmad (suka2 je bg pangkat) suamiku yang tercinta.

Suamiku yang baru pulang dari kerja mungkin lapar, aku yang sudah memahami keadaan dia terus kedapur, dalam kepala memikirkan tak bising kah nanti kerana rumah sewa kami di tingkat 4, untuk tidak mengecewakan suami aku yang beli ulam petai bagai ketika itu aku pun memulakan langkah pertamaku.

Mula2 aku melipat kain buruk setebal yang boleh, aku letak lesung dan memulakan tugas menumbuk setelah semua bahan2 aku sediakan, waktu menumbuk lada aku jadi geli hati ade ke org tumbuk sambal belacan seawal tiga pagi? dah la tu aku yang macam sedar tak sedar je buat kerja sedap ke nanti sambal belacan ni? ishh.... biarlah saper suruh tak bagitahu awal2.

Setelah menumbuk dengan penuh hati2 dan tanpa mengeluarkan bunyi bising kerana takut jiran dengar dan yang paling penting anak comel ku tak bangun kerana kalau dah bangun mmg tak tidur lah aku sampai pagi. Bila sudah terhidang suami aku makan, aku duduk bersandar di dinding blkg suamiku sambil tutup mata, adusss lambatnya makan aku dah ngantok bangat nih....

Aku terlena sedar2 suamiku dah selesai makan, aku apa lagi cepat2 kemas dan terus masuk tidur tanpa hiraukan suamiku yang biasanya aku akan menemani dia di koridor untuk menghabiskan sebatang rokok. Baru je aku nak melangkah masuk ke alam mimpi Arif bangun bila terdengar abahnya batuk... aduhh....terpaksalah aku tidurkan Arif dahulu.

Anak aku nih kalau nampak kelibat abahnya mmg payah nak tidur balik dekat setengah jam jugak lah aku dodoikan dia baru lah dia lena. tarik nafas lega aku. Tengok2 jam sudah menunjukkan 4.30 pagi, setengah jam lagi nak kena gerak suamiku yang nak keluar kerja semula jadi tak lah aku tidur.

Enam pagi suamiku sudah keluar berkerja Arif bangun lagi kali nih mmg aku tak boleh tidur nanti terlajak, bas 7.30 pagi mesti aku naik untuk sampai awal ke tempat kerja. Dalam perjalanan pergi kerja aku terlena maklumlah aku kan pakai pemandu...hahhaha. lena punya lena sedar2 aku terlepas perhentian bas tawakal jadi terpaksa aku turun di titiwangsa mujur dari situ aku masih boleh ke opis dan tidaklah begitu jauh.

Inilah penangan tumbuk sambal belacan awal pagi dan tak cukup tidur.... nasib baik bas tak ke pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau tak ntah pukul berapa aku sampai opis....

Walau bagaimana sekali pun aku gembira sebab dapat jalan kan kewajipan aku sebagai isteri iaitu menyediakan apa yang di minta suami, walaupun nampak remeh tapi besar ganjaran di sisi Allah jika kita betul2 Ikhlas.

Psttt... Gambar tu copy org punya, yang aku buat tak sempat nak amik gambar sbb ngantuk mengatasi segalanya.




Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...