Seawal tiga pagi aku mendapat arahan supaya masuk ke dapur untuk menyediakan sambal belacan oleh yang berhormat Dato' Atan Ahmad (suka2 je bg pangkat) suamiku yang tercinta.
Suamiku yang baru pulang dari kerja mungkin lapar, aku yang sudah memahami keadaan dia terus kedapur, dalam kepala memikirkan tak bising kah nanti kerana rumah sewa kami di tingkat 4, untuk tidak mengecewakan suami aku yang beli ulam petai bagai ketika itu aku pun memulakan langkah pertamaku.
Mula2 aku melipat kain buruk setebal yang boleh, aku letak lesung dan memulakan tugas menumbuk setelah semua bahan2 aku sediakan, waktu menumbuk lada aku jadi geli hati ade ke org tumbuk sambal belacan seawal tiga pagi? dah la tu aku yang macam sedar tak sedar je buat kerja sedap ke nanti sambal belacan ni? ishh.... biarlah saper suruh tak bagitahu awal2.
Setelah menumbuk dengan penuh hati2 dan tanpa mengeluarkan bunyi bising kerana takut jiran dengar dan yang paling penting anak comel ku tak bangun kerana kalau dah bangun mmg tak tidur lah aku sampai pagi. Bila sudah terhidang suami aku makan, aku duduk bersandar di dinding blkg suamiku sambil tutup mata, adusss lambatnya makan aku dah ngantok bangat nih....Aku terlena sedar2 suamiku dah selesai makan, aku apa lagi cepat2 kemas dan terus masuk tidur tanpa hiraukan suamiku yang biasanya aku akan menemani dia di koridor untuk menghabiskan sebatang rokok. Baru je aku nak melangkah masuk ke alam mimpi Arif bangun bila terdengar abahnya batuk... aduhh....terpaksalah aku tidurkan Arif dahulu.
Anak aku nih kalau nampak kelibat abahnya mmg payah nak tidur balik dekat setengah jam jugak lah aku dodoikan dia baru lah dia lena. tarik nafas lega aku. Tengok2 jam sudah menunjukkan 4.30 pagi, setengah jam lagi nak kena gerak suamiku yang nak keluar kerja semula jadi tak lah aku tidur.
Enam pagi suamiku sudah keluar berkerja Arif bangun lagi kali nih mmg aku tak boleh tidur nanti terlajak, bas 7.30 pagi mesti aku naik untuk sampai awal ke tempat kerja. Dalam perjalanan pergi kerja aku terlena maklumlah aku kan pakai pemandu...hahhaha. lena punya lena sedar2 aku terlepas perhentian bas tawakal jadi terpaksa aku turun di titiwangsa mujur dari situ aku masih boleh ke opis dan tidaklah begitu jauh.
Inilah penangan tumbuk sambal belacan awal pagi dan tak cukup tidur.... nasib baik bas tak ke pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau tak ntah pukul berapa aku sampai opis....
Walau bagaimana sekali pun aku gembira sebab dapat jalan kan kewajipan aku sebagai isteri iaitu menyediakan apa yang di minta suami, walaupun nampak remeh tapi besar ganjaran di sisi Allah jika kita betul2 Ikhlas.
Psttt... Gambar tu copy org punya, yang aku buat tak sempat nak amik gambar sbb ngantuk mengatasi segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan