Rabu, 4 November 2009
BESDAY MAK HARI NIH....
Hari ni genap usia mak 63 tahun, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan sejak kebelakangan ni. Jumaat 2 minggu lepas mak jatuh tangga ketika nak p kedai, puas sebelum ni aku nasihatkan mak supaya jangan keluar sorang2 tapi mak kata bosan duk kat umah tak buat apa ye lah sekarang kami tinggal di rumah flat bukan rumah kampung, kesan dari itu kaki mak bengkak dan tulang lututnya retak sikit, malam tu abang aku Mail bawak mak ke GH untuk rawatan, mujur mak tak di tahan wad.
Berbalik pd ulang tahun mak, tahun ni macam tahun lepas juga rasanya kami adikberadik tak dapat nak meraikan ulangtahun kelahiran mak.. gambar2 ni masa sambutan hari ibu tahun lepas kami adikberadik raikan mak... masa tu aku baru saja disahkan mengandungkan buah hati pengarang jantungku Ahmad Arif yang kini berusia 11 bulan...
pagi tadi selesai mandi dan nak bersiap ke tempat kerja aku hulur tangan pada mak, mak pelik dan tanya nak apa kau kata lah nak salam, mak pelik sbb kuar je bilik air aku terus nak salam dia, bila salam aku di sambut aku ucap selamat ulang tahun kelahiran, mak boleh tanya sape punya besday? aku ketawakan mak rupanya mak tak ingat hari ni hari lahir mak...
Apa ye nak belikan mak? dalam keadaan kegawatan ekonomi (poket aku kering walau masih awal bulan) biasanya kami akan belikan baju @ pun barang2 lain yang boleh mak pakai... tapi tahun ni rasanya aku cuma dapat berdoa supaya mak sihat dan murah rezki serta panjang umur!
"YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA IBUKU DAN MURAHKAN LAH REZKINYA SERTA BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan