Isnin, 29 November 2010

Mak Dan Arif


Pagi ni mak bertolak ke Terengganu mengikut kakak aku, aku tahu mak berat hati nak kesana, bukan mak tak suka tapi mak mungkin tak selesa bila berada di tempat orang, lebih2 lagi mak tak faham loghat terengganu. Oleh kerana cuti sekolah ni kakak ipar aku tak ade so aku lah yang paksa mak p sana.
~
Sampai opis je tadi aku kol kakak aku, tanya mak macammana 'Menangis tak tadi?'. kakak aku jawab tak cuma pagi tadi cek baju mak yang dia masukkan dalam beg terjumpa sepasang baju baby... Ya Allah baju Arif mak bawak... Kesian mak, dia takut dia rindukan Arif.. Risau pulak aku, takut Arif rindukan neneknya pula. ye lah mak p lama lah jugak.
~
~
Itu cerita mak, yang aku plak dari malam td masa nak tido asyik teringatkan mak, terasa kosongnya masa2 yang berlalu tanpa mak, selalunya mak akan duduk kat rumah aku dari aku balik kerja hingga adik aku balik dari kerja. Tapi petang nanti..... aku n Arif je kat rumah.. sunyi... jangan aku yang menangis sudah....
~
Adat dunia "waktu insan tersayang berada didepan mata kita tak hargai... bila tiada mula terkenang2 dan dirindui"
Mak.... sedih mak tak ade, lambatnya mak nak balik KL (mak belum pun sampai gannu aku dah sibuk)

Semoga ALLAH selamatkan perjalanan mak n kakak aku sekeluarga...Amin

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...