Jumaat, 26 November 2010

~CERITERA ARIF ~


~ Lama rasanya tak menulis di sini, bukan kerana apa tapi aku agak ketandusan idea untuk menulis lagi, kali ini tak de apa yang menarik untuk teman2 tapi agak menarik bagi aku kerana entry kali ini mengenai my hero Arif....

~ Besday Arif tak lama lagi, hanya berbaki beberapa hari sahaja, cepat benar masa berlalu Arif nak menjangkau usia 2 tahun, rasa macam baru semalam aku melahirkan Arif, Masih lagi aku ingat saat Arif jalani pertukaran darah kerana demam kuning yang hampir2 ke fasa 2 kritikal dgn bacaan 544... Time tu Allah je yang tahu bagaimana perasaan aku.

(ARIF MASA NAK TRANSFER WARD SELESAI TUKAR DARAH)

~ Alhamdulillah Arif sekarang dah banyak ragamnya, walaupun kerap kali aku hilang sabar dengan ragamnya yang berbagai itu namun aku tetap bersyukur kerana Arif aktif. "Adik Manni" (anak pengasuh) selalu bermain2 di bibirnya, kadang2 tengah tdo boleh dia ngigau sebut "Manni, Manni". (bila agaknya Arif akan dapat adik sendiri secomel adik manninya?)

~ La ni setiap malam sebelum tdo mesti kena kol abahnya, kalau tak merengek dan merajuk tak berhentilah, awalnya aku tak endahkan tapi rajuk dan sendunya membawa ke dlm tdo. So la ni dah jadi rutin setiap malam aku kol abahnya, dan kadang2 abahnya yang tak tahan mendengar suara anaknya balik lagi malam itu walaupun malam sebelum itu sudah bermalam bersama kami.

~ Arif juga dah pandai meminta susu dan beritahu yang dia buang air besar, dia juga akan minta di salin pampers @ CD nya jika dah terlampau banyak tampungan. Cuma aku sebagai ibunya terasa sangat terkilan kerana aku rasa masih tak dapat menjadi ibu yang terbaik untuk Arif. Doakan saya ye teman2.

~ Semoga anak2 kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah juga sihat selalu.

*Adik Manni adalah Adik Wani)

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...