~*~
Semalam petang memang cukup membuatkan aku kalut malut, mahu tidaknya.. Dalam 4pm mama zah Arif kol aku.. katanya Arif tak tahu kenapa menangis dari pukul 3pm tadi dan baru je diam... ahh sudah detik hatiku kenapa ni anak bujang kesayangan aku tu?
Awalnya aku tak de lah risau mana selepas bercakap dengan Arif, Arif diam tapi bila telifon dimatikan dia kembali menangis, sekali lagi mama zah dia kol.. masa tu memang kedengaran suara Arif yang bersungguh2!
~*~
Bila dengar suara tangisan Arif teruk sangat aku pun sama nangis kat opis ni dan tak pk lain dah... balik..balik.. balik... bos minta maaplah semalam balik tak bagitahu bos, apa yang penting adalah Arif... apa tindakan bos selepas tu lantak lah! Hehehe..
~*~
Turun je teksi aku terus ke rumah pengasuh, tak seperti selalu aku singgah di rumah untuk simpan beg, sebaik sampai aku tengok muka Arif merah padam kerana menangis, Arif plak bila nampak je ibu dia continue nangis lah tapiiiiii.... ermm ade tapinya kali ni, setelah di pujuk dan di cium Arif diam dan tak sampai 5 minit Arif start tunjuk taring... melompat, berlari, kacau baby wani (anak pengasuh) main pintu dan sebagainya... aduhai anakku.. menangis kali ini hanya nak kan ibu je? Sabar je lah... Ibu ni kalut mcm ibu sorang je ade anak.. aduhai anak!
~*~
Tapi walau macamana pun Arif tetap semput, Nafasnya laju dan ade bunyi.. cuma time2 semput kali ni dia tetap xtif dan hanger tetap aku acahkan padanya... bukan apa takut bertambah teruk pulak semputnya kena pulak abahnya tak bermalam di rumah semalam!
~*~
Adoyai Anakku...
Lain kali buat lagi ye sayang, Ibu ni walaupun garang2 tapi ibu tak boleh dengar Arif menangis bila ibu tak ade disisi Arif, kena pulak Arif menangis tanpa di ketahui puncanya... jangan buat lagi sayang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan