Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2011

.:: TALKIN DAN QUNUT NAZILAH ::.

TALKIN


Apakah hukum membaca talkin orang mati?

Jawapan:

Disunat membaca talkin orang mati selepas dikebumi dan ditimbus tanah ke atasnya berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Abu Al-Qasim Al-Tabrani daripada Sa’id bin Abdullah Al-Azari berkata ia:


“شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال – إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال – إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل – يا فلان ابن فلان فإنه يسمعه ولا يجيبه..... الحديث.”

Sabtu, 9 April 2011

.:: TAHUKAH ANDA KEBURUKAN NESCAFFE 3 IN 1 ::.



Heheeiiiyuuu..
Kali ni ibu nak kongsi skit info ngan korang..
Ibu sebenarnya memang suka sangat minum nescaffe instant, kalau kat opis tu 3x malam plak 2 kali kira 1 hari 5 paket lah, kemudian dalam masa sebulan ibu mengamal amalan yang tak bagus tu ibu bila baring meniarap atau tunduk menulis dimeja dada ibu akan sakit, sampai ibu terpaksa bangun perlahan2.

Khamis, 7 April 2011

.:: TELOR OH TELOR ::.


INFO: SILA AMBIL PERHATIAN !! Hati-hati ketika membeli telur. Telur ayam tiruan sudah ada dipasaran Malaysia. Kandungan pembuatan telur palsu boleh menyebabkan kanser dan keracunan makanan.. 

Isnin, 4 April 2011

.:;Tekanan Darah Rendah & Pencegahan ::.

Entri kali ni khas buat sahabatku Puan El, Semoga bermanfaat buat kita bersama 
Banyak orang menderita tekanan darah rendah. Tak hanya orang tua, usia muda pun sering terkena. Bagi pekerja, gangguan tekanan darah ini sangat mempengaruhi semangat dan produktivitas kerja.  Serangan pusing yang terjadi tiba-tiba, muka pucat, tangan dan kaki yang dingin dapat dikatagorikan karena tekanan darah yang rendah. Sebenarnya apa itu tekanan darah rendah, dan bagaimana cara yang efektif untuk mencegahnya. Simaklah beberapa hal dibawah ini.
Tekanan darah rendah atau hipotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg sehingga menyebabkan keluhan. Namun jika tidak terjadi keluhan dapat dikatagorikan kondisi yang normal. Nilai normal tekanan darah seseorang dengan usia tidak terlalu tua, ukuran tinggi badan, berat badan dan kesehatan normal adalah 120/80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tekanan darah sistolik dan 80 disebut tekanan darah diastolik.

Sabtu, 26 Mac 2011

Apa Itu Rotavirus?

Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi.  Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan  cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.

Rabu, 23 Mac 2011

.::Jangan Telan Panadol::.

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

.::Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir::.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ia nyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.

 Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.

.:: Sejarah April Fool ::.

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. 
Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.

Isnin, 21 Mac 2011

Borak Dengan Anak Tentang Air Mani Dan Haid


Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?
Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?
Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?
Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?
Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.

Hari Sindrom Sedunia : Beri Keyakinan Kepada Anak Sindrom Down

"Membantu anak Sindrom Down agar selesa dengan suasana sekeliling mampu membantu meningkatkan daya keyakinan diri mereka". Itulah nasihat yang diberikan oleh pakar fisioterapi Janice Ng. (Sindrom Down adalah satu daripada masalah genetik yang dialami kanak-kanak di dunia).

Menurut Ng, kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran serta pemikiran dan kebolehan bertindakbalas adalah kurang berbanding dengan anak normal dan sudah tentu pemahaman umum mereka menjadi rendah hingga menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain dari segi mental. "Dalam aspek ini, satu pendekatan perlu diambil (bagi membantu anak sindrom ini dari tahun-tahun awal umur mereka). Ianya bermula di rumah", kata Ng.

Rabu, 16 Mac 2011

.:: TANDA-TANDA & PENYAKIT ::.

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

.::Bagaimana Cara Nak Mengenali Botol Susu Jenis BPA::.

Bagaimana cara nak mengenali Botol Susu jenis BPA?
Check logo apa yang tertera di botol susu anak anda. Simbol No 7 adalah Botol yang mengandungi BPA.



Berikut adalah kesan buruk BPA:

Isnin, 14 Mac 2011

.: Tidak Hamil Tetapi Tidak Datang Haid :.

Tiga ujian air kencing tidak menunjukan saya mengandung, tapi mengapa saya masih tidak datang haid?

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Sabtu, 12 Mac 2011

.:: Adenovirus ::.

Apa itu adenovirus?

  • Adenovirus - sekumpulan virus yang menjangkiti saluran pernafasan, mata, usus, dan saluran kencing.  
  • Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing

Rabu, 9 Mac 2011

.:ISTERI KERAP TERKENCING KETIKA BERSETUBUH:.


Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak keterlaluan sila tinggalkan pesanan supaya ibu dapat buat tindakan selanjutnya

Jarang perempuan terasa hendak kencing atau mengalami perasaan untuk kencing ketika bersetubuh dengan pasangan sehingga mereka terpaksa melepaskan diri bagi melakukannya walaupun hubungan intim itu belum selesai.

 Ini boleh berlaku apabila ketika sedang bersetubuh, geselan ereksi suami amat ketara mengesel pembukaan lubang kencing sehingga membuatkannya radang, maka terasa macam hendak kencing (jika kencing juga, sedikit kencing saja yang keluar atau tiada apa apa yang keluar).  

Ia juga berlaku kerana perasaan hendak kencing itu sebenarnya permulaan perasaan hendak kemuncak atau mencapai klimaks dan ‘ejakulasi’. Jika perasaan berkenaan diteruskan, iaitu perempuan itu terus ‘kencing’ ketika sedang bersetubuh, dia akan dapati cecair atau air yang keluar itu bukan air kencing (walau pun ada sedikit bau seperti air kencing) tetapi cecair dari pundi ‘para urethral’ yang terbuka dalam salur kencing perempuan.

 Wanita yang tidak tahu mengenai fenomena ‘ejakulasi perempuan’ ini tidak akan mencapai ejakulasi jika dia menahan perasaan hendak kencing itu. Sekurang-kurangnya, cubakan ‘kencing’. Di cadangkan ketika anda berdayung dalam faraj, jangan keluarkan ereksi dan jangan menusuk kerana ini akan memberi tekanan kepada lubang kencing yang terletak bawah tundun tetapi kekalkan ereksi dalam faraj selain fokuskan gerakan ereksi dalam faraj dengan tidak menekan pundi kencing. 

 Lakukan gerakan secara sederhana dan tidak rancak kerana geselan yang bertalu-talu itu boleh membuatkan bahagian tu radang! Gunakan pelicin jika jalanan kurang lembap dan cadangkan isteri melegakan corong faraj (longgarkan kemutan) ketika dayungan zakar berlaku. 

Cuba posisi lain saperti isteri di atas dan dengan cara ini, dia yang mengawal pergerakan zakar dalam faraj. Berkaitan saiz zakar, bayangkan yang faraj perempuan berkemampuan mengizinkan bayiyang lebih besar dan luas dari mana-mana zakar keluar melaluinya. Jadi zakar sebesar mana pun mampu diterima faraj. Bersabar dan berlatih selalu.

SUMBER






'

Selasa, 8 Mac 2011

.: Kisah Pengajaran: Wasiat Untuk Isteri :.

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Ahad, 6 Mac 2011

Kisah Benar--> Gadis melampau menerima padah


 Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
  yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat
 menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di
 wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi
 yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis
 tersebut sangat menjolok mata.

 Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang
 patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan

Jumaat, 4 Mac 2011

.:PENYAKIT BONGGOL UNTA:.

Salam sayang buat semua,
Di bawah ibu just nak berkongsi apa yang ibu baca dengan semua kawan2 ibu....
Ok selamat menbaca...

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.

Khamis, 24 Februari 2011

.::N3 Pendek; Berita Dari cloud9::.




Selamat pagi semua..
Sat2 td ibu cek shoubox blog ibu & ade satu link mengenai "Awan ini sudah melepasi paras berjaga-jaga, apakah maksudnya? bila ibu terjah pemilik blog bercerita tentang awan yang bakal mengganas tak lama lagi dan sangat aktif pada waktu malam, paling mengerikan dikhabarkan akan melanda seluruh mesia...
Takunya ibu bila baca separuh dari n3 tu, ibu cuma fikirkan Arif, Ya Allah apa pun yang berlaku Selamatkan lah anakku Ahmad Arif, jauhkan dia dari sebarang malapetaka...
.berbalik pada cerita awan tu kawan2 terjah lah blog Cloud9 ni untuk baca berita selanjutnya... terlalu ngeri untuk ibu terus bercerita.... 

*gambar kredit buat Blog Cloud9

'

Isnin, 21 Februari 2011

.::Senaman Kagel Khusus Untuk Wanita::.

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC – pubococcygeus)

Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...