Ahad, 10 April 2011

.:: TALKIN DAN QUNUT NAZILAH ::.

TALKIN


Apakah hukum membaca talkin orang mati?

Jawapan:

Disunat membaca talkin orang mati selepas dikebumi dan ditimbus tanah ke atasnya berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Abu Al-Qasim Al-Tabrani daripada Sa’id bin Abdullah Al-Azari berkata ia:


“شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال – إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال – إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل – يا فلان ابن فلان فإنه يسمعه ولا يجيبه..... الحديث.”


Hadis ini sekalipun dhaif ia disokong oleh beberapa hadis yang lain umpama hadis 
واسألوا له التثبيت dan wasiat Saiyidina Amru bin Al-‘As R. A. yang kedua-duanya adalah sahih dan juga amalan penduduk-penduduk negeri Syam dari dahulu hingga sekarang.


Rujuk kitab-kitab Fiqh di dalam Mazhab As-Syafie.





QUNUT NAZILAH




Do'a Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Do'a Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Do'a Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.
Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin di mana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Inilah Do'a Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :



Artinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka.

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu, Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa.

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...