Tengok gambar ni... ermmm pas ni korang berselera ke nak makan tauhu?
Ibu tobat tak mo dahhhhhhh.... Iyyarkkkkk!!!!
Dimana tempat ni tak tahu, tapi yang pasti kat mesia & diusahakan oleh orang asli... kalau bukan org asli tak kan togel macam tu... eiiii tak sanggup ibu... Kembang tekak!!!
Baik buat sendiri tauhu lepas ni kompem dijamin halal jika kena caranya kannnn?
Langkah Memproses Tauhu Secara Tradisional (Percubaan Membuat Tauhu Sendiri)
Ada 10 langkah bagi menghasilkan tahu dari kacang soya. Bagi setiap langkah, tahap
kebersihan mestilah dijaga rapi bagi memastikan tauhu yang dihasilkan tidak akan
membawa mudarat kepada pengguna yang memakannya.
Bahan :
- Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya
- Kacang Soya : 3 kg
- Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus)
- Air Panas : 2 liter 400 ml
- Garam : Mengikut Keperluan
- Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning)
- Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya.
- Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih.
- Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam.
- Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang soaya terbelah dua.
- Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas.
- Blender Kacang Soya sehingga hancur menjadi seperti Bubur Mentah Kacang Soya. Di dalam sebuah periuk yang cukup besarnya panaskan hingga mendidih Bubur Mentah Kacang Soya ini bersama dengan Air Panas. [Sukatan Air Panas ialah sama banyak dengan sukatan Bubur Mentah Kacang Soya]. Kawal api, dan kacau adunan supaya adunan tidak membuak keluar tumpah dari dalam periuk. Masak selama 15 - 30 minit atau setakat 2 kali adunan membuak naik, tutup api.
- Sediakan baldi yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya di dalamnya untuk dituangkan Bubur Mentah Kacang Soya yang panas itu, dan dibungkus dengan kain belacu itu serta diikat untuk sudia diapait, bagi mendapatkan Pati Kacang Soya.
- Masukkan Garam dan Air Kunyit secukupnya ke dalam Pati Kacang Soya. kacau sebati. Kemdian masukkan pula 60 gram Tepung Calcium Sulphate dan dikacau adunan menjadikan adunan bergumpalan. Biarkan selama 5 – 10 minit supaya adunan menjadi gumpalan dengan sempurna.
- Siapkan sediakan alat pencetak tahu. Sebelum dimasukkan gumpalan tauhu ke dalam pencetak yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya, airnya hendaklah dipisahkan. Setelah gumapalan tahu diisi penuh di dalam pencetak, bahagian tepi kain belacu itu diangkat untuk menutup gumpalan tauhu, dan diletakkan pula bebanan berat di atasnya bagi menindihnya selama satu minit agar tauhu itu menjadi agak mampat. Potong tauhu mengikut saiz yang dikehendaki.
- Tauhu yang sudah dipotong-potong itu hendaklah direbus dengan Air Bersih. Sewaktu merebus tauhu ini, masukkan sedikit garam jika suka hasil tahu itu berasa sedikit masin, dan kunyit, jika mahukan ia berwarna kuning. Setelah direbus, tutup api dan biarkan tauhu itu terendam dan sejuk di dalam air rebusannya.
'
4 ulasan:
tanak makan tauhu lagi :(
loya.huwaaaa.. (saya adalah pencinta tauhu.kadang mkn mentah2)..
alamak,gelinya..suka jgk makan tauhu ni....nak wat sendiri mcm susah je...huhu
tauhu kangkang tu.. wahaha
Catat Ulasan