Rabu, 27 April 2011

.:: Idaman Hati Ibu ::.

Skuter adalah motosikal mudah ditunggang dan menjadi antara pengangkutan terbaik di bandar terutama pada waktu puncak atau sekadar bersiar-siar.
Selain bentuknya kecil, kebanyakan skuter didatangkan dengan transmisi automatik yang bukan saja menarik perhatian kaum hawa malah penunggang lelaki juga tidak perlu merosakkan kasut kulit mereka untuk menukar gear.
Honda Icon bukan saja mempunyai kerangka lebih ringan daripada skuter yang terdapat di pasaran malah lebih stabil walaupun bergerak dalam kelajuan melebihi 100 kilometer sejam (km/j).
Selain itu, ia ringan, seimbang dan mudah dikawal dalam apa jua bentuk keadaan jalan raya sekalipun.
Sesekali berselisih dengan kenderaan berat seperti lori atau bas, Honda Icon langsung tidak bergoyang mahupun terjejas pergerakannya dan ia stabil. skuter berkenaan turut dijadikan motosikal rasmi untuk perlumbaan litar dan tidak mustahil ia begitu selesa di atas jalan raya mahupunlitar lumba.
ciri keselamatan dibangunkan Honda bagi mengelakkan penunggang menunggang tanpa melepaskan tongkat sisi.
Malah, Honda Icon turut mempunyai sistem brek tangan umpama kereta dan jika ia berada dalam keadaan bebas, skuter berkenaan tidak boleh bergerak langsung.
 Antara sistem yang betul-betul mencuri tumpuan ialah Transmisi Auto V-Matic dengan penggunaan tali sawat V yang lasak bagi memastikan penghantaran kuasa yang terus ke roda belakang, sekalipun bergerak dalam keadaan mendaki bukit.
Justeru, kecekapan transmisi yang tinggi serta prestasi optimum dipelihara pada setiap kelajuan (RPM) dan keselesaan tunggangan turut dipertingkatkan dengan enjin yang senyap.
Poket mini di bawah pemegangnya boleh dimanfaatkan dengan meletakkan barangan peribadi termasuk telefon bimbit atau beg dompet dengan mudah dan selamat.
Panel meter bergaya moden dengan penutup kristal berkonsep sport bertujuan memudahkan meter dibaca dalam sekali imbas saja walaupun dalam keadaan gelap mahupun cuaca buruk.
Reka bentuk tirus dan berpelana rendah memudahkan pengendalian Skuter Honda Icon, tambahan pula dibekalkan dengan enjin empat lejang, ia mampu memberi kuasa diperlukan dan tidak hairan dengan saiznya yang kecil, motosikal ini mampu memecut sehingga melebihi 110 km/j dengan mudah.
Honda Icon dilengkapi penghidup elektrik dan memudahkan penunggang terutama wanita menghidupkan enjin pada waktu pagi.
Bagaimanapun, tuil penghidup tendang turut disediakan sebagai persediaan ketika motosikal menghadapi masalah penghidup elektrik terutama apabila kehabisan bateri.
Penggunaan monoshock belakang dan penyerap hentak depan teleskopik menjadikan motosikal comel ini lebih stabil selain dipadankan denganrim bersaiz 14 inci.
Walaupun bersaiz kecil, Honda Icon dilengkapi brek cakera hadapan untuk pemberhentian lebih baik dan bantuan brek gelendung di belakang membolehkan jentera ini berhenti mengikut kehendak penunggang.
Pada masa sama, Honda Icon turut berfungsi sebagai jentera yang jimat minyak sehingga lapan peratus bahan pembakar.
Didatangkan dengan lima dwi-warna pilihan, Honda Icon dijual pada harga RM4,688 seunit dan menjadi antara motosikal paling menjimatkan dan praktikal untuk kegunaan di bandar.
HONDA ICON: MORE STABLE MORE AGILE - CHEAPER HONDA SCOOTER SMOOTH RIDING 110CC - 2 YEARS WARRANTY AND ECO- AT
SPESIFIKASI
Honda Icon 110cc
Enjin: Empat lejang OHC, Penyejuk Udara
Sistem penghidup: Elektrik dan tendang
Sistem pencucuhan: DC-CDI
Suspensi depan: Teleskopik
Suspensi belakang: Monoshock
Kuasa maksimum: 8.22 PS pada 8,000 rpm
Tork maksimum: 0.84 kgf.m pada 6,000 rpm

1 ulasan:

Misz-ella berkata...

KC pulak penakut bab-bab naik moto ni. hihi

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...