Hehehe dari khamis hari tu lagi ibu berniat nak masak bubur merah manis bertopping ala MEGAWATI.
Alhamdulillah pagi ni berjaya ibu sediakan bubur tu, puas hati walau pun mungkin tak sama dengan Otai yang mengajarnya.... ermmm sedapnya.. pecah rekod hari ni ibu breakfast awal, seawal pukul 8am....
Ok meh ibu nak bagi tahu bahan2 & cara2nya...
BAHAN2:
Beras 2 pot ( tapi ibu guna nasi lebih makan malam tadi)
Santan 1 biji
Daun pandan 2 helai
Gula Merah 3 keping (rujuk dlm gambar dibawah)
Garam secukup rasa
CARA2:
- Masak beras sehingga menjadi bubur.
- Kemudian masukkan daun pandan, garam & santan.
- Gaul santan sehingga sebati dengan bubur.
- Asingkan 1/4 bubur ke dalam bekas lain untuk di buat topping.
- Campurkan gula merah ke dalam 3/4 bahagian yang masih didalam periuk tadi.
- Gaul hingga sebati dengan api yang perlahan...
- Dah siap
- Makan laaaa....
Hahahaha... senangkan?
Ermm kat bawah ni gambar2 sepanjang penyediaan bubur gula merah bertopping!
Haa ni santan, daun pandan & gula melaka @ merah
Nak mudah racik halus2 dulu macam dalam gambaq ni
Nasi lebihan semalam sbb da jd nasik
Ibu masukkan sekali daun pandan dalam puyuk!
Ini keadaan bubur bila dah sebati ngan santan
Aramakss lupo nak amik yang bergula merah la plak!
*
*
*
*
*
*
*
Tadangggggggggg
Bubur merah manis bertopping
Thanks kakak ku kerna sudi sms cara2 memasak bubuq ni..
mesti Arif suka nanti bila bangun jew dapat mam bubuq manis2 ni.
Kawan2 jom lah cuba buat sedappppp...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan