Heheeiiiyuuu..
Kali ni ibu nak kongsi skit info ngan korang..
Ibu sebenarnya memang suka sangat minum nescaffe instant, kalau kat opis tu 3x malam plak 2 kali kira 1 hari 5 paket lah, kemudian dalam masa sebulan ibu mengamal amalan yang tak bagus tu ibu bila baring meniarap atau tunduk menulis dimeja dada ibu akan sakit, sampai ibu terpaksa bangun perlahan2.
Pelik dengan keadaan ibu, ibu cari info ngan pakcik gugel, dan ibu terjumpa laman FORUM ni, dan ini hasil maklumat yang ibu dapat!!! Info dr seorang doktor, doktor mana ibu tak tahu, tapi sejak baca info ni ibu terus stop minum nescaffe instant dan ALHAMDULILLAH ibu memang tak de dah sakit2 dada lagi... Syukur YA ALLAH!
Seorang pesakit datang berjumpa beliau mengadu yang mengalami sakit dada yang kronik,
Setelah mendengar aduan si pesakit,
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenal pasti:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun
memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda,
jantung engkau sudah bermasalah.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung.
ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari
kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara
berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan
elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu
(non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy
creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
segala yang sewaktu dengannya
7.. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun
belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang
sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.
2 ulasan:
ouchh! Fara adalah penggemar Nescafe!
kena stop ni!
whoa, ye ke? kalo camtue, sumer instant drink pun xleh minum ke? huhu~.. kne bgtau hubby nie..
Catat Ulasan