Bagaimana cara nak mengenali Botol Susu jenis BPA?
Check logo apa yang tertera di botol susu anak anda. Simbol No 7 adalah Botol yang mengandungi BPA.
- Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
- Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
- Masalah kegemukan atau obesiti
- Kecacatan pada bayi baru lahir
- Menambahkan risiko kematian bayi
- Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
- Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
- Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Kerajaan mengumumkan akan menguatkuasakan pengharaman Botol Susu yang mengandungi BPA ini berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Aduhhh... Betapa selama ini ibu begitu jahil tentang logo2 yang terpampang di bawah botol susu yang ibu mahu belikan untuk Arif, Yang ibu tahu mesti syantek & buat Arif tertarik dengan botol2 tu.
Ade 5 botol susu Arif kat umah tapi hanya 1 je yang BPA free itu pun untuk 7oz,
Arif sekarang minum 9oz.
Nampak gayanya 4 lagi botol susu Arif yang baru je ibu belikan 2 bulan yang lepas akan selamat masuk kedalam tong sampah, memang rase rugi tapi demi kesihatan Arif ibu terpaksa lakukan. Selalu kita tengok harga botol susu BPA free ni mahal, tapi ade yang murah jenama Anakku, tak silap ibu 8 @ 9 oz dengan harga RM10 sahaja.
Jom pakat tukar botol anak anda...
Kesihatan anak adalah yang utama!
'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan