Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU

.


Selamat Malam Semua
Waa... Segmen kali ini khas untuk ibu, suka suka suka :)
.
Ok untuk segmen ni Bro.Ben minta ceritakan kenangan tidak kiralah pahit @pun manis, yang tak dapat dilupakan. Antara kenangan manis yang tak dapat ibu lupakan bersama arwah mak, sewaktu ibu masih remaja, mana arwah mak pergi kat situ ade ibu, sampaikan bila kami jalan bersama orang kampung akan kata kami tak macam anak dengan mak tapi macam adikberadik. 

Kami kalau berjalan mesti ketawe bergurau senda. Arwah mak memang seorang yang tegas tapi dia jugak boleh dibuat kawan, tak kira samaada dengan anak atau menantu. Miss u mak!!! Untuk pengatahuan arwah mak baru je meninggal awal disember 2010, pergi mak mengadap Ilahi adalah sesuatu yang tak disangka2. Kalau ibu tahu arwah nak meninggal ibu tak paksa arwah ke Terengganu. Arwah meninggal dalam keadaan merindukan Anak Ibu Arif!

Gambar Arwah dengan patung yg dipakaikan baju anak ibu Arif
Arwah bawa baju Arif ke TRG sbb takut Rindu. Gambar ni diambil 2 hari sblm arwah meninggal.

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

Arwah bapak meninggal sewaktu ibu berusia 14 tahun, rase2nya ibu tak pernah lebihkan mana2 pihak sbb masa tu pun ibu bergantung hidup sepenuhnya dengan kedua2nya, yang pentng ibu sayang mereka berdua. Ibu berharap sangat2 anak2 ibu yang 14 org ni (mungkin akan bertambah lagi) akan menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi kedua orang tua ibu..Amin.

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

Jujur ibu memang tak sanggup, biarlah ibu susah sekalipun ibu tak sanggup hantar kerumah orang tua jika mereka berdua masih hidup, anak2 yang berderet mereka boleh jaga kenapa pulak tidak kita nak jaga  mereka.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka

Apa yang ada pada harta jika hubungan kekeluargaan terutama adik beradik berpecah belah? Harta boleh dicari tapi adikberadik kita? walaupun ade kata2 bongkak yg berkata "adikbradik tak de pun tak pe". Tapi bagi ibu tidak.... Pandangan ibu bagi manusia yg jenis suka berebut harta pusaka ni, jenis manusia yang tak boleh dibuat saudara.  (minta maaf kalau ade yg terase). Ingatlah harta bukan boleh bawak masuk kubur!!!

Ok selesai sudah ibu berceloteh, last minit buat entri ni,  macam2 halangan blackout lah Arif usik lah... akhirnya siap juga. 
Akhirnya Ibu sayang mak & bapak



'

1 ulasan:

Sue Saari berkata...

syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...