Sabtu, 12 Mac 2011

.:: Adenovirus ::.

Apa itu adenovirus?

  • Adenovirus - sekumpulan virus yang menjangkiti saluran pernafasan, mata, usus, dan saluran kencing.  
  • Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing





Tanda dan Gejala 
  • Demam panas
  • Sakit tekak/ batuk
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Radang paru-paru
  • Sakit perut
  • Masalah pernafasan
  • Jangkitan selaput mata
  • Jangkitan pundi kencing
  • Ruam


Kaedah Penularan 
  • Adenovirus sangat mudah merebak melalui batuk atau bersin. 
  • Air yang telah tercemar semasa mencuci tangan, mandi, memasak. 
  • Persekitaran yang kotor memudahkan lagi penyebaran virus oleh lalat.
  • Sentuhan tangan dengan orang yang dijangkiti
  • Berkongsi mainan atau barang yang telah tercemar
  • Boleh tersebar melalui air (tasik atau kolam renang)
  • Tersebar melalui saluran rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan.


Pencegahan
  • Tidak ada cara berkesan yang boleh mencegah jangkitan adenoviral setakat ini. Untuk mengurangkan risiko penularan, kerbersihan perlulah dijaga. 
  • Selalu mencuci tangan, tidak menyentuh peralatan yang tercemar.
  • Tutup hidung ketika bersin dan batuk.
  • Basuh permukaan yang mungkin tersentuh tangan, untuk menghindari kontaminasi



Antara pautan petikan akhbar tentang Adenovirus
Sumber : Kid Health




'

2 ulasan:

najwa's berkata...

thanks for sharing :)

Unknown berkata...

nice info...
sdp jgk virus punya nama..

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...