Ahad, 6 Mac 2011

Kisah Benar--> Gadis melampau menerima padah


 Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
  yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat
 menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di
 wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi
 yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis
 tersebut sangat menjolok mata.

 Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang
 patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan
 lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20
 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban
 menegurnya. 'Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
 berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan
 adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
 berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum  lelaki.....' nasihat orang tua itu.

 Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan
 agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.


  'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu
 ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
 kuasa yang menentukan aku bakal  berada di syurga atau
 neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
  menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
 mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi
 sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil
  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong
 tempahkan sebuah bilik di  neraka jahannam untukku,'
 katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui
 bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan
 begitu biadab.


 Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari
 si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan
 perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain
 turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan.
 Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis yang
 masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan
 mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan
 akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit
 kemudian bas pun tiba  perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis
 itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
 tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita
 yang  menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu   yang aneh menimpa jenazah yang
terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
 tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
 dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan
mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah
 sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
 sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala
 sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran
 dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
 sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah
 RasulNya saw  dengan mempersendakan atau ejekan.


 Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan
 arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan
 buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang
 sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam.
 Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi
 kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja  
 yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam
 barzakh..  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
 orang yang bodohitu? Mereka  itulah orang yang ingin
 melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan
 melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
 undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk
 dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan anda, di
 dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara
  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu
 hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar
 undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini,
 anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di
 gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

 Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah
 swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara   yang telah
 diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama
 samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita
 petunjuk di atas jalan yang benar  dan kekuatan
 agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.



  *Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
 ISLAM'

 Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...



'

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...