Selasa, 7 Oktober 2014

Faktor Anda Dan Pasangan Tidak Subur

Ramai diantara kita yang tidak tahu, tabiat pemakanan atau gaya hidup kita sehari-hari menjadi punca untuk mendapatkan zuriat, hari ni ibu nak share dengan kawan2 tabiat yang perlu anda hindari untuk kekal subur demi mendapatkan zuriat in sha ALLAH.

5 Tabiat Yang Boleh Menjadi Punca Tidak Subur Dikalangan Lelaki

1- Obesiti dikalangan lelaki membuatkan buah zakar dikelilingi lemak. Ini menyebabkan kilang sperma ditekan. Kesuburan pun terjejas

2- Memakai pakaian dalam ketat meningkatkan suhu buah zakar melebihi suhu sepatutnya (tidak melebihi 33-34° Celsius).

3- Komputer riba diletakkan di atas riba

4- Pergi ke sauna juga tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan dan fungsi buah zakar.

5- Telefon bimbit di dalam poket seluar

Faktor Menyebabkan Ketidaksuburan Pada Wanita

1. Usia

Tanpa kita sedari, kesuburan wanita menurun dengan usia. Bermaksud, makin lambat mendirikan rumah tangga dan merancang zuriat. Semakin rendah risiko mengandung.

Menurut kajian, semasa wanita mencecah umur 30 tahun, kesuburan mula menurun.

2. Merokok

Tabiat merokok ini juga mengurangkan kesuburan wanita. Bahan kimia dari asap rokok bukan saja membahayakan badan wanita, malah kualiti ovum terhasil juga kurang.

Ini disebabkan merokok menjejaskan peredaran darah dalam badan. Lebih lebih lagi paru paru kita akan kurang kemampuan untuk tukarkan oksigen dan karbon dioksisa. Perokok wanita akan jadi mudah penat dan semput.

Apabila darah dan oksigen tak cukup, sistem peranakan wanita pun terganggu. Kemudian kesuburan menurun. Susah nak dapat anak.

3. Obesiti Masalah Berat Badan

Faktor lain yang mempengaruhi kesuburan wanita ialah berat badan.

Oleh kerana majoriti rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti, Jika BMI anda diatas 25. Hormon didalam badan berada dalam keadaan tidak stabil dan menyukarkan kehamilan.

Anak adalah penyeri rumah tangga, pengikat kasih antara suami dan isteri. Kehadiran mereka membahagiakan rumah tangga dengan hilai tawa dan telatah lucu.

4. Tekanan / Stress

Wanita sekarang menggalas beban yang berat. Sebagai isteri, anak, ibu dan pekerja (Kalau berniaga part time.. Kan3).

Tekanan dengan tanggungjawab yang banyak ini boleh menurunkan kesuburan mereka. Jadi kawal tahap stress di tahap sihat ya.

Luangkan masa untuk melakukan hobi dan beriadah bersama keluarga. Suami juga perlu bekerjasama meringankan bebanan isteri.

Dengan Shaklee anda boleh cuba amalkan set kesuburan suami isteri, In sha ALLAH ia dapat membantu anda untuk sihat dan subur.

Untuk Isteri anda boleh amalkan Set Dalaman Wanita iaitu  Alfalfa & Gla Complex (boleh tambah ESP mengikut kemampuan) manakala untuk suami anda boleh amalkan Set Kesuburan Lelaki iaitu Zinc & Vit E in sha ALLAH berkat usaha dan tawakal, hajat anda dipermudahkan ALLAH.

 

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...