Rabu, 26 Ogos 2015

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN.

 

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN. 

 

Wanita bersalin anak mempunyai darah nifas. Manakala wanita keguguran bergantung kepada keadaan dan jangka hayat janin tersebut untuk menentukan hukum solatnya. Terdapat 2 hukum solat untuk keguguran yang berlainan:- 

 

1. Pada keadaan janin ada yang sudah sempurna sudah kelihatan anggota badan tertentu seperti kepala, tangan dan lain-lain. Atau telah berumur 81 hari iaitu kurang dari 3 bulan. Menurut para ulama, janin itu sudah disebut makhluk apabila telah berumur 81 hari. Maka darah yang keluar adalah darah nifas. Wanita tersebut tidak boleh bersolat, berpuasa dan tidak halal bagi suaminya sehingga wanita itu sudah bersih maka wajib mandi hadas. 

 

Apabila lebih dari 40 hari masih saja ada darah yang keluar bererti ia adalah darah istihadhah yang tidak menghalangi solat, puasa dan menggauli suaminya. Wanita tersebut harus berwuduk setiap kali hendak solat seperti wanita yang sedang istihadhah. Apabila keluar darahnya bersambung dengan darah haid. Hukumnya berubah menjadi darah haid. Haram untuk solat, puasa dan menggauli suami. 

 

2. Pada keadaan janin itu belum diketahui bentuknya dengan jelas misalnya masih berupa daging atau darah. Atau janin tersebut belum berumur 81 hari. Maka hukum solatnya sama dengan wanita istihadhah, bukan haid dan bukan pula nifas. Dia harus tetap harus melaksanakan solat, puasa dan halal buat suaminya. Setiap kali solat harus memakai tuala wanita untuk kebersihan dan kepastian tiada darah yang keluar mengalir semasa solat.

 

 Wanita keguguran jangan ambil mudah dari hukum solat dan juga penjagaan kesihatan dalaman. Ramai wanita keguguran keliru samada mereka harus bersolat atau tidak dalam keadaan keguguran.

2 ulasan:

Puteri Wanita berkata...

perkongsian yang bermanfaat :) ...

Kasih Ibu Arif berkata...

Syukran Puteri Wanita

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...