Jumaat, 25 Februari 2011

.::Remaja Zaman La Ni::.

Salam...
Ibu ingat malam ni x bleh on9 tp balik2 tengok bb adik ibu ade so pakai dulu lagi pun tuan empunya tak de kat umah!!! Ok ibu eceli nak cerite mengenai remaja zaman sekarang, ibu tak mahu lah cakap lebih2 sbb ibu juga ade anak... Kebanyakan remaja (budak2 sekolah) zaman sekarang tanpa segan silu mencarut & menggunakan perkataan kesat duhadapan orang tua. kenapa ibu cakap macam tu?
.
Ibu kerap kali terserempak dengan budak2 sekolah berbangsa melayu dalam bas buat bising tak tentu pasal tanpa menghormati golongan2 yang lebih tua dari mereka, kalau setakat buat bising tu biasalah budak2 kan tapi ni mencarut walaupun ketika itu dia sedang berdiri disebelah seorang lelaki @ perempuan yg seusia dengan ibuayah mereka & orang penuh dalam bas. Kemana rase segan silu mereka? mengapa mereka bersikap tidak masuk diajar?
.
Ibu ni bukan lah baik sangat ketika usia remaja, nakal juga tapi ntah lah bila dihadapan orang dewasa ibu malu, ibu dan kawan2 ibu juga ade buat bising tapi diasrama lah, ditempat awam kami jaga perilaku mencarut2 jauh sekali dihadapan orang tua. Dalam kes ni siapakah yang harus dipersalahkan? ibubapa @ mereka sendiri? Sering juga ibu merase takut bila fikirkan ini anak zaman sekarang zaman akan datang bagaimana pula?
.
Kadang2 tu ibu malu pada bangsa lain mengenangkan bangsa ibu yang tak beradat sopan di hadapan orang tua. Ermmm nampak tak tulisan kuning kat atas tu? knp dgn tulisan tu.. ok "tidak masuk diajar" kenapa ibu tak guna "Kurang ajar" 2 ayat ni amat berbeza bagi ibu... ibu terangkan ye....


  1. Tidak Masuk Diajar: Nama pun tidak masuk diajar bermakna mereka yg terlibat telah ditunjuk ajar tapi tak masuk ke kepala dan tak ambik kesah.
  2. Kurang Ajar: Kurang ajar bermakna kurang diajar so bila kita kate orang kurang ajar bermakna dia tidak diajar_andaikata kita terlepas kata pada anak orang & mak pak budak tu dengar bukan ke depa terasa..
haaaa itu lah celoteh ibu pada malam ni... adik2 yg diluar sana tolong lah jangan mencarut @ cakap benda2 yang tak elok tak kisah lah samaada di mana sekali pun terutama di depan orang yg lebih tua dari korang.. jagalah adab dan sopan budaya kita. 


'

2 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

salam perkenalan dan singgah BW sekejap...nice blog and do visit mine if u are free...keep in touch k..

luvmum berkata...

darna..bebudak skarang memang berbeza gan zaman kami remaja.huhu nak maki ikut suka.dunia akhir zaman

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...