Rabu, 9 Februari 2011

~*~Ibu kena tangkap khalwat~*~


Jeng.. Jeng.. Jeng... hahaha tajuk yang panas buat para pembaca.....
Betul ke ibu kena tangkap khalwat? betul, reality dalam kehidupan ibu.... ibu pun tak sangka ibu ditangkap khalwat..... hahhhh terkujatkan korang? ishhh korang baca dulu sampai habis ok.... baru buat andaian...

~

Al-kisahnya... macam ni... korang yang folo blog ibu ni mesti pernah baca n3 NI, Kes ibu hampir2 hilang sabar dengan makcik tarak cukup akai.... berbalik pada tajuk, beberapa bulan yang lepas hari tu hari rabu ibu tak ingat tanggal berapa.. masa kejadian dlm jam 3.30pm, ibu naik jumpa dengan bos ibu (lelaki), ibu nak bagitahu yang ibu nak minta balik awal dlm 4 @ 4.30pm, sebelom tu ibu minta bos tolong print borang claim penulis untuk buat bayaran pada depa. tapi tau2 lah bos bz, so dia minta tunggu sampai dia settlekan kerja dia sikit. sambil tu kami bersembang2.


Kebetulan Hari rabu ni bukan hari dateline so tingkat 2 tak de org lain, so tinggal kami berdua... atas urusan kerja, lagi pun tempat terbuka kan... tetiba lepas 15 minit si polan yang selalu dia lalu sambil menoleh sekali imbas.... ibu cakap pada bos "kakak angkat bos dah dtg" hahahah bos jawab "biarkan"... tak lama lepas tu dengar dia menuju ke arah bilik bos sambil berjalan ke arah lif dia buka pintu bilik bos n sound ibu&bos "ni apa duk berdua ni nak kena fitnah ke?"....
berderau darah ibu ketika itu, ikut hati nak je ibu kejar minah ni bagi penyepak sekali, tapi fikirkan dia punya penyakit dah kembali ibu releks n tenangkan diri.
~
Selesai berurusan dengan bos, ibu terus turun G, adehh si polan ni ade duk tercangak kat depan penyambut tetamu, dengan sengeh menyeringai tanda perli dia tanya ibu "Dah nikah dah?".. ibu yang asal2 malas nak amik kesah pasal dia berhenti betul2 depan dia, kecikkkkk je ibu tengok dia masa tu... ibu jawab "akak ni apsal ha?" tangan ni memang dah menggeletar nak makan pp dia tp memandangkan ramai yang dah tegak berdiri takut ibu bertindak di luar dugaan ibu terus masuk ke dalam untuk ambil barang ibu.
~
Hajat di hati ibu nak terus balik, terpaksa lalui depan minah ni detik hati ibu, waktu ibu lintasi dia, soalan cepu besi lagi dia bagi " mana surat nikah"... Aishhhhh memang nak kena lah dia ni mujur tangan penuh barang kalau tak memang sedas dua kena... terus ibu beraku ko dengan dia tiada hormat lagi, ayat jahat ibu ialah "ko ni gila tu yg suka amik tahu hal org"... keluar terus & amat puas hati dapat bidas dia.
~
Panjangnyer n3 kali ni... korang nak baca lagi tak???
Ok ni antara maklum balas member2 ibu salah satunya sms yang bos bahagian iklan hantar kat bos ibu ...
"Tuan dengar cerita kena tangkap khalwat dengan Darna, saya kalau dengan darna tuan kena tangkap khalwat saya tak percaya, kalau dengan Lisa Suryani @ Fasha sandha percayalah Hahahaa"
~
Tak bleh blah dengan sms ni, waaa terasa secoet, mentang2 ibu tak secantik depa berdua, hahaa apa pun memang menjadi topik lawak seminggu dua kat opis kami... semuanya gara2 ibu di tangkap khalwat dengan org hilang ingatan...

Kasih Ibu Arif :)

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...