walau bagaimana pun ibu ingin berkongsi pendapat dengan kawan2 ibu, ya ibu akui sememangnya ibu bukan lah dari golongan berada @ kaya namun ibu tak pernah hidup melarat, rezki sentiasa ada walaupun hanya bernilai 5 sen. Mungkin ade yang kasihankan ibu sehinggakan keluar dari bibir mereka ungkapan begini:
- "Kau jangan beranak lagi biar Arif besar dulu"
- "Tak payah beranak lagilah cukuplah Arif seorang je"
- "Jangan Beranak nanti nak bagi makan apa?
Ibu rindukan melahirkan (gambar Arif usia 2 hari)
Agak2 kalian kenapa ya mereka2 berpesan kepada ibu begitu?
Ibu tahu kenapa... sebab utama mereka rata2 mengatakan "ibu tak mampu menanggung lebih seorang anak" Ibu hargai keperihatinan mereka semua tapi bagi ibu persoalan diatas ibu jawab dengan jawapan dibawah......
~
- Kalau ibu tunggu Arif besar tentu mereka akan kata "Macamana kau nak beranak lagi, kos sara hidup sekarang tinggi dengan Arif mahu sekolah"
- Tak payah beranak lagi? betulkah itu keputusan yang bijak? rata2 kawan2 ibu yang hanya memiliki anak seorang dua menyesal kerana merancang diusia muda kerana sekarang anak2 dah besar tinggal diluar hanya mereka suami isteri dirumah, sunyi kata mereka. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya, cuma ibu mahukan anak lebih dr seorang jika diizinkan Allah, begitu juga dengan suami ibu, Arif pun tentu mahukan adik.
- Nak bagi makan apa? Rezeki Semua Allah yang tentukan, Allah tidak menzalimi hambanya.
Walauapa pun pandangan mereka ibu hargai kerana mereka ambil berat tentang ibu, ibu tahu mereka sayang ibu tapi mahu baby lagi.... Segalanya Ibu berserah kepada yang MAHA ESA..
& Apa pandangan kawan2?
Kasih Ibu Arif :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan