semalam seharian ibu tak on9 blog n FB, huhuhu bukan apa ibu sbnrnya semalam dr lepas suboh hingga ke maghrib tak de di rumah, ibu ikut abang ibu ke PD..
~
Kami p 4 buah kereta, ibu & Arif p tumpang kereta abang ibu, sampai2 kat sana orang dah ramai, awalnya ibu tak nak main air tapi oleh kerana Arif tak mahu org lain bawa ke dalam air ibu pun bertukar "baju" heheeh. Masa ibu turun tu air dah mula surut.. ibu tengok org ramai ke tengah...
Ibu yang mula takut2 pun ikut, sampai ke tengah bukan main sakit kaki ibu n arif sbb pijak batu karang, tapi gagah kan jugak... hehehe sbb nak tengok org kutip lato ( sejenis rumpai laut)..
Gambar ni ibu amik dr incik gogel, yang depa kutip semalam ibu tak amik gambar, sbb adik ibu bawak kamera tapi tadak bateri, serupa dengan anak saudara ibu, gambar arif pun tak amik masa main air n selut kat tengah2 laut!
Last minit baru amik pakai fon itu pun kat tepi2 je... lain kali je la ye anak ibu bergambar dlm air.
~~~~~~~~~
Ok ibu nak story plak pasal "abang"..
Nak tahu siapa abang? ermm sbnrnya ibu dah beberapa kali dengar Arif sebut abang2 ni,
Tapi ibu buat dek je sbb ibu ingat biasalah Arif mmg suka sebut2 nama abang atau abah dia!
~
cuma semalam masa ibu mandikan Arif, tetiba dia cakap, abang akit... abang akit... sambil palingkan muka pandang ibu, bila ibu tanya abang mana? arif tepuk badan dia sambil cakap ni abang, abang akit!
ooooo... rupanya Arif bahasakan dirinya abang... Alhamdulillah Arif maju lagi kehadapan.
Sakit!!! Arif cakap abang sakit tu bila ibu gosok punggung dia, punggung dia melecet skit... mungkin sbb lambat basuh berak dia semalam masa otw balik!!!
Apa pun ibu bersyukur kehadrat ilahi di atas kurniaan NYA!
P/S: masa ibu buat en3 ni abang arif dah tido balik....
muahhh!!!!
Kasih Ibu Arif :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan