Hati ibu mana yang tak tertawan bila si anak buat posing maut mcm si Arif ni, hehehe bila dia tahu je ibu nak ambik gambar dia terus dia bergaya sakan....
~
Kalau tengok gambar dia yang atas kereta tu semua lengkap dengan musyuk2nya (puting & Bantal). Arif akan tak kan tdo lena kalau musyuk2 dia ni tak de, kalau tak siap lah dia merengek sepanjang malam, Ibu & abah dia tak de tak pe lagi,!
~
Ermm.... teringat masa mula2 tahu ibu mengandungkan Arif, ibu pelik kenapa badan ibu sakit2 bila jalan menaiki bukit, bila berjalan tengah panas ibu macam nak pitam, terdetik juga di hati ni mengandung kah ibu?
Petang hari yang nak tahu ibu mengandung tu ibu p beli UPT kat Jusco Wangsa Maju, balik rumah terlupa, kepala pening2 n badan masih sakit2. ibu pun telan xtifast 2 biji, lepas tu baru teringat kat UPT td, terus ibu buat test bila keputusan dah nampak jelas terpampang 2 line purple tu... ayyarkkkkk betul kah?
berkali2 ibu belek plastik pembungkus tu tengok balik arahannya, takut ibu tersilap... ternyata ibu tak silap dan kompem ibu mengandung...
~
Oleh kerana mr.yes ibu tak de kat rumah mlm tu ibu rahsiakan hal ni, ibu memang terkejut sangat2 dengan berita ni, ibu tak sangka ibu yang berbadan gempal ni boleh mengandung... sebelom tu ibu memang takut yang ibu tak boleh mengandung ye lah ibu kan demok!!!! Dan akhirnya oleh kerana terlalu terkezuttt ibu tdo malam tu sampai jatuh katil..... heheheheeheh..
Posing lagi sampai ternganga!!!
Bersama Barney, Pink & Joeynya-mulut muncung coz tengah nyanyi
Kasih Ibu Arif :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan