Selawat-Selawat Kepada Nabi SAW
Selawat fatih
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar
Selawat tafrijiyah
اللَّهُمَّ صَلِّى صَلَوتًا كَامِلَة، وسَلِّمْ سَلاًمًا تَامًا عَلَى سيدنا محمدنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَد، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَب، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِج، وَتُنَالُ بهِ الرَّغَائِب، وَحُسْنُ الْخَوَاتِم، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيم، وَعَلَى الهِ وصحبهِ فِي كُلِ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك
YA ALLAH! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraaan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatangi semua hajat dan diperoleh semua pemberian dan Husnul Khotimah (sempurna akhir hayatnya) dan turunkan siraman medung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui olehMu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam
Selawat syifa’
اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ
Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau
Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW yang sedang duduk di dalam masjid. Beliau berkata: “Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi. Lalu Rasulullah memberi tempat duduk kepada beliau di antara Baginda dan Abu Bakar RA. Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah mendahulukan lelaki tersebut. Kemudian Rasulullah memaklumkan: “Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat kepadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.” Lalu Abu Bakar bertanya: “Bagaimanakah lafaz selawat beliau?” Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan:اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ فِي الأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِيْنَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِYa Allah, berikanlah restu kepada Muhammad dan keluarga Baginda di kalangan golongan terawal dan golongan terkemudian serta golongan tertinggi sehingga hari Qiamat.[Riwayat al-Sya`rani di dalam Kasyf al-Ghummah; al-Sakhawi di dalam al-Qaul al-Badi’]
Lihat:
*Nuzhah al-Majalis wa al-Muntakhab al-Nafais, Abdul Rahman bin Abdul Salam al-Sofuriy *Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.
Kelebihan Selawat:
- Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas‘ud RA: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).
- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”
Sumber:
Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan