Rabu, 23 Februari 2011

.::Naluri::.

Salam...
Tadi jengok FB adik ibu terjumpa gambar ni, ini masa raya tahun 2007 tak silap ibu,
Ini sebahagian dr adikbradik dan ipar duai ibu.
Kami mmg rapat Alhamdulillah sampai ke sekarang ni.

.
Tengok arwah mak ibu ade kan kat dlm gambar atas ni? terselit dia dicelah anak cucu dia, eceli ibu rindu sangat kat arwah, sejak arwah meninggal abang2 ibu minta ibu pindah duduk rumah peninggalan arwah sbb adik2 tak de orang nak tengok2kan. Bila dah tinggal sekali dan kira menjadi ketua pada diorang baru lah tahu macamana perasaan & naluri keibuan arwah dulu.
.
Jika dulu balik kerja tak kisah nak masak atau tak tapi sekarang tak boleh buat macam tu, kesiankan adik2, dulu masa arwah ade, arwah selalu sediakan makan untuk diorag, tiap pagi disediakan bekal, kadang2 untuk ibu pun ade, terintai2 arwah pagi2 untuk memanggil ibu ambil nasi yang dibungkuskan untuk ibu, kadang2 ibu menolak atas alasan dah lambat, zalimnya ibu kan? kesian arwah, tentu dia kecewa! tapi masa tu knp ibu tak terfikir semua ni..
.
Dah beberapa hari ibu masak nasi goreng untuk makan malam dan jika ade lebih ibu suruh adik ibu bawa ke tempat kerjanya.. Ibu puas hati walaupun sekadar nasi goreng. Mungkin bagi sesetengah orang itu biasa tapi ibu tak, kerana sekarang baru ibu mengerti perasaan arwah mak ibu yang selalu risau jika tak memasak untuk adik2 ibu. Naluri........... ya Naluri keibuan itu yg membuat arwah mak begitu.
.
Alfatehah buat arwah mak!!!


'

1 ulasan:

Dda Ly berkata...

alFatihah buat ibu darna...:)

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...