Ahad, 13 Februari 2011

~*~Buku Yang Buat Para Isteri Resah Tak Sudah~*~


Dialog sepasang suami isteri di sebuah kedai buku:

Suatu petang di gedung buku kelihatan satu pasangan suami isteri sedang berbaris untuk menunggu giliran bagi membuat pembayaran. Ada sedikit perbualan antara mereka…

Suami : Awak ambil buku apa?

Isteri : Novel.. ni ha.. Salju Sakinah. Novel Zaid Akhtar.. Dah lama release tapi belum pernah baca lagi.. Abang pulak ambil buku apa?

Suami : Abang ambil dua.. yang satu ni Sakinah . Buku Ustaz Ubaidillah Alias yang tulis novel Warkah Cinta Berbau Syurga tu.. Abang cari sambungan dia Kala Cinta dan Wahyu Bersatu.. tapi takde lagi.. mungkin belum release kot..

Isteri : Habis lagi satu abang ambil buku apa?

Suami : Err.. emm buku ni..

Isteri : Hah! buat apa beli buku ni…!?

Suami : Takde ape.. saje nak baca apa isi kandungan dia.

Isteri : Tapi untuk apa.. mesti ada sebabkan..?

Suami : Aik..! sebelum ni takde tanya pun apa sebab beli buku…

Isteri : Memang.. tapi buku ni lain sikit.. saya nak juga tahu.. apa yang buat abang terasa nak ambil buku ni?

Suami : Loh!.. sungguh laa takde ape.. saje nak baca.. salah ke?

Isteri : Tidaklah salah.. tapi musyhkil.. manalah tau kalau dah ada pasang niat.. itu sebab nak mendalami tuh.. kan?

Suami : Ish.. tak terfikir pun…… er.. buat masa ni lah hehe..

Isteri : Hah Tengok! ada niatlaa tuh…

Suami : Sungguh.. Tidak.. gurau jee tu.. boleh ye abang ambil buku ni.. cover dia cantiklah….

~Jgn marah ye ibu sekadar berkongsi cerita diatas... tapi kalau nak tahu ibu ade senaskah buku diatas buat bacaan ibu~

1 ulasan:

ieda berkata...

mesti suspen kalau suami beli buku macam tu..hehe.
ingat lagi masa kat uni dulu ada sorg kawan lelaki yg cakap,dia mesti akan kawen lebih daripada satu.tapi bila sembang kt fb sekarang ni katanya dia tidak terfikir utk menambah cawangan.cukup hanya dgn satu yg ada...
fikiran manusia boleh berubah mengikut keadaan semasa.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...