
Salam buat teman2....
~ Besday Arif tak lama lagi, hanya berbaki beberapa hari sahaja, cepat benar masa berlalu Arif nak menjangkau usia 2 tahun, rasa macam baru semalam aku melahirkan Arif, Masih lagi aku ingat saat Arif jalani pertukaran darah kerana demam kuning yang hampir2 ke fasa 2 kritikal dgn bacaan 544... Time tu Allah je yang tahu bagaimana perasaan aku.
(ARIF MASA NAK TRANSFER WARD SELESAI TUKAR DARAH)
~ Alhamdulillah Arif sekarang dah banyak ragamnya, walaupun kerap kali aku hilang sabar dengan ragamnya yang berbagai itu namun aku tetap bersyukur kerana Arif aktif. "Adik Manni" (anak pengasuh) selalu bermain2 di bibirnya, kadang2 tengah tdo boleh dia ngigau sebut "Manni, Manni". (bila agaknya Arif akan dapat adik sendiri secomel adik manninya?)
~ La ni setiap malam sebelum tdo mesti kena kol abahnya, kalau tak merengek dan merajuk tak berhentilah, awalnya aku tak endahkan tapi rajuk dan sendunya membawa ke dlm tdo. So la ni dah jadi rutin setiap malam aku kol abahnya, dan kadang2 abahnya yang tak tahan mendengar suara anaknya balik lagi malam itu walaupun malam sebelum itu sudah bermalam bersama kami.
~ Arif juga dah pandai meminta susu dan beritahu yang dia buang air besar, dia juga akan minta di salin pampers @ CD nya jika dah terlampau banyak tampungan. Cuma aku sebagai ibunya terasa sangat terkilan kerana aku rasa masih tak dapat menjadi ibu yang terbaik untuk Arif. Doakan saya ye teman2.
~ Semoga anak2 kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah juga sihat selalu.
*Adik Manni adalah Adik Wani)
Dan namanya AHMAD ADHA B. ATAN. Syukur alhamdulillah tak perlu menunggu lama atau mencari di dalam buku untuk menamakan bayi itu...
Puisi ini khas buat suamiku yang di sayangi...
Walaupun bukan dari nukilan isterimu ini, namun isi dan kata2 nya di tujukan khas buatmu....
PUISI BUAT SUAMI
Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…
Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…
Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…
Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…
Sumber: Majalah
Salam pagi rabu buat teman2 yang sudi singgah..
Isnin yang lepas (25 Okt 10) mak jalani rawatan susulan di klinik neprology HKL, di temani adik bongsu saya, doc memberitahu yang buah pinggang mak sudah teruk dan di beri 3 pilihan samaada untuk merawat secara cuci darah atau dialesis yang kosnya mahal (RM2600/sebulan).
Seawal 8 pagi aku dah pun tercegat di hadapan opis, seperti biasa aku singgah di opis iklan untuk bersarapan dengan member2 di sana, sebaik aku membuka pintu kelihatan Kak Mek sedang makan di tempat menyambut tetamu bukan di ruang makan seperti biasa.. aku pelik dan terus bertanya kenapa? Kak Mek menjawab "Minah tu tengah sibuk, hari ni kan dia buat jamuan besday dia" "Ooooo... ermm tak pe lah" jawab aku n terus masuk dan duduk di kerusi tanpa menegur si minah yang sibuk itu.
Hari ni Fb tak bleh buka kat opis aku, so tak dapatlah nak menharvest tanaman n ternakan aku di Farmville..hehehe! So tetiba teringatkan laman Freindster aku, memang dah lama tak buka semenjak aku bergiat aktif di Facebook!
Rerupanya banyak gambar Arif masa baby kat freindster aku, kat bawah ni di antaranya:~
@ opis editorial jam 10.10am, tengah aku ziarah blog member2 tetiba:
Sebenarnya aku merinduinya semalaman dan senangtiasa merinduinya.. biasalah bila hidup berkongsi kasih makanya yang tersayang tak selalu di sisi namun aku bahagia...
Ya Allah,
Sejak dua menjak ni aku suka benar menyakat Ahmad Arif, ntah kenapa seronok tengok gelagat Arif bila di sakat.
Burung... wung...
Yang terbaru Ikan... (Senyap tak mau ikut)
Banyak lagi yang Arif sudah pandai sebut Nenek, Bird, fish Dan yang paling aku suka dengar "Tannak" Tiap kali aku bertanya "Arif nak duduk dalam bilik gelap ke?" mesti dia jawab: Tannak!! hehehee
Lebih kurang setengah jam hujan pun nampaknya makin reda aku tanpa berlengah bersiap untuk menghantar Arif ke rumah pengasuh di tingkat atas. selepas menghantar arif aku terus bergegas ke bus stop, tak boleh berlengah2 lagi kerana waktu2 hujan macam ni biasanya jalan Genting Kelang jem teruk.. Benar sangkaan aku, memang jem teruk sangat, seawal 7.05am aku naik bas, sampai ke depan Tawakal hospital jam 8.30am.
Di dalam bas aku duduk di sebelah kenalan lama bernama Tan semasa berkerja di kedai buku Geleri Nufair dulu, sejak aku pindah ke Editorial ni memang tak pernah jumpa dia, rupa dia pun dah pindah kerja sebulan selepas aku berpindah ke editorial.
Sepanjang perjalanan ke opis dengan jalan yang jem teruk kami bersembang mengenai diri masing2 dan juga keluarga, berlanjutan dengan kos pengasuh anak.. terkejut aku bila Tan memberitahu aku yang anak saudaranya di jaga pengasuh dengan kos 650 sebulan setiap seorang, Masa 7am-7pm! Ya Allah mahalnya. Tan agak terkejut bila tengok perubahan wajah aku yang terkejut mendengar harga yang dia sebut, dia bertanya melayu berapa jaga anak? aku jawab 250-300 sahaja seorang. huhuhu dia lagi terkejut dengan harga yang aku sebutkan.
Ternyata perbezaan sara hidup kaum cina dan melayu amat ketara. syukurlah aku berada di dalam golongan bangsa yang tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi... Alhamdulillah n Thank you Allah!
Salam semua teman2 yang sudi menyinggah...
Semalam dalam pukul 6.25pm hubby kol memberitakan yang anaknya Nurain sudah pun sakit bersalin... Ya Allah seronoknya aku kerana akan menerima seorang lagi cucu... tak sabar punya pasal aku mendail no Ain, tapi Mie suami Ain yang jawab, Kedengaran suara di sana amat teruja.
9.05pm~hubbyku kol suaranya kedengaran gembira, masakan tidak Nurain telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah segala puji bagi Allah! Syukur Ya Allah! Tak sabar rasanya aku nak menatap wajah bayi itu mesti cantik seperti ibunya...
Oh tak sabarnya Oma mahu menatap wajahmu sayang...
Abang...
Abang...
Seminggu aku demam, batuk dan selsema, lepas arif berganti ke aku, tapi bila aku beransur nak baik arif pulak mula demam lagi :(! Ubat jgn cakaplah dah habis makan tapi masih tak baik2 batuk ni, sebelum tido aku pastikan yang aku makan ubat begitu juga arif, sudahnya time hubby balik kerja aku tak sedar, bangun pagi ade je dia di sebelah. hubby pun tak mau gerakkan aku mungkin kesian tengok aku tdo keletihan.
Ermm.. walau demam2 pun aku 2 branak, petang semalam aku sampai jugak ke rumah kak shekah, sampai agak lewat sbb keluarga abangku datang ziarah mak, kat sana Kimi & yus dah pun selesai makan, kak shekah masak banyak n macam2... TQ kak shekah!
Sbnrnya yang paling syok sbb dapat mengenali kak shekah dan berkumpul dengan Kimi & Yus.. tak lama lagi Yus nak balik Saudi... lepas tu ntah bila2 agaknya boleh jumpa lagi...
Duhai Hatiku...
Bersabarlah Duhai Hati...
Dah menghala ke petang ni baru lah aku terasa nak menulis lagi di blog sunyi sepi aku ni,
Mengingati balik apa yang di khabarkan seseorang pada aku lewat petang semalam buat hati aku bertambah2 sakit.. entahlah semua benda tak kena pada pandangan mereka. aku dah cuba yang terbaik tapi keburukan aku juga yang mereka nampak.
kadang2 aku pasrah sangat dengan keadaan aku yang tak macam orang lain, aku dah penat melalui perjalanan hidup ini, org2 di sekeliling hanya baik di hadapan tp di belakang perangai mereka mengalahkan aku yang mereka kata jahat atau kurang baik ini.
Seandainya aku berpeluang sudah pasti aku akan sepenuh masa berkhidmat sebagai suri rumah tangga sahaj tak perlu aku susah2 keluar mencari rezki.
Apa yang aku tulis di sini untuk luahan hati aku sahaja, kalau ade sesapa yang terbaja kemuadian dibawa kemeja rundingan terimalah persoalan dari Allah kerana ketahuilah Aku adalah yang teraniaya..... Aku pasrah!
Oh ya baru teringat lah hari ni opis aku adakan jamuan aidilfitri, maka 3 ekor kambing berjaya di tumbangkan, tapi kali ni memang mengejutkan, baru 1 lebih makanan sudah pun habis ramai sungguh jemputan yang di luar jangkaan... dengar kata ade rombongan yang menapau makanan... ermmm... kalau setakat datang makan walau tak di jemput tak kisah la sangat coz menda ni melibatkan makannan n jadi darah daging tapi dah lah tak di jemput menapau pulak bawak balik ape kesss?
tak tahukah kamu menghadiri kenduri atau jamuan tanpa jemputan adalah haram? inikan pula kamu memakan makanan yang di sediakan...
Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.
Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.
Tapi hari ini aku dapat melihat begitu ramai manusia yang hadir tanpa di jemput (tp tak tahu lah kalau ade penjemput yang mengunci mulutnya)..
Akibatnya jemputan yang datang kemudian tidak dapat menikmati hidangan yang sepatutnya... semoga di masa akan datang perkara begini tidak akan berulang lagi....